Monday, March 30, 2009

Youthsay, emailcashpro dan juga A.W. Survey!

Salam kepada semua.

Kebelakangan ini, aku telah terjumpa beberapa benda yang menarik.

Ya, sangat menarik bagiku kerana ianya memberikan anda duit.

DUIT!

Duit dari Youthsay, Emailcashpro dan juga A.W. Survey!

Memang benar, dan ianya sangat mudah. Hanya dengan menjawab survey dan membaca iklan, anda diberi bayaran.

Jika anda ingin duit percuma, boleh lah ke URL berikut:






http://www.emailcashpro.com

Thursday, March 26, 2009

Aku yang semakin buntu?

Memang benar aku semakin buntu.

Kenapa?


Terfikir semula saat aku mendapat surat dari PTPTN. Penangguhan bayaran pinjaman bagi semester 1 2009/2010.


Oh tidak!!!


Kini aku sedang berfikir-fikir cara untuk mencari duit ni. Dengan keadaan aku yang kurang upaya buat masa ini, aku semakin buntu. Huhu...


Teringat pada kawanku yang pernah meminjam sebanyak RM1500. Dan telah memulangkan sebanyak RM500 kepadaku setelah digertak. Kini tinggal lagi baki RM1000. Adakah perlu aku memberi muka kepadanya? Sudah hampir 6 bulan pinjam, tapi setakat ini cuma membayar RM500. Oh tidak sama sekali, aku perlu bermain kasar. Orang seperti itu perlu di ajar. Aku perlu menghubungi mak ciknya dan meminta detail tentangnya. No handphone nya juga sudah di tukar. Inilah gaya seorang bacul. Aku berniat menolong, tapi apa yang aku dapat? Tahi?


Atau aku perlu bertindak melaporkan kepada pak cik ku yang juga seorang anggota polis? Nantikan sajalah wahai manusia bernama Azim. Aku akan menuntut hak aku!


Aku dah susah, tapi dia tetap buat tak tahu menahu. Tak guna memberi muka terhadap orang seperti ini.

Pandanganku tentang percuma

Salam kepada semua.

Pagi ini, aku telah terbangun awal seperti biasa. Selesai je solat Subuh, aku terus saja menghidupkan benda bernama komputer, kerana ingin mengemaskini fail-fail lagu yang telah aku download pada malam tadi.

Oh ya, aku ada memuat turun lagu terbaru Pop Shuvit iaitu Oh Sizuka. Pada pandangan aku, lagu ini agak berlainan dari lagu-lagu mereka sebelum ini. Konsep juga ternyata sudah banyak berbeza dari sebelum ini. Ternyata Pop shuvit telah berjaya mengubah arah muzik mereka, dan menjadi lebih bervariasi. Kembali ke tajuk utama kita, iaitu tentang pandanganku berkaitan sesuatu yang kita dapatkan secara percuma.

Teringat dengan istilah 'freeloader' yang pertama kali di dengar di cerita anime jepun iaitu Bleach. Renji sebagai salah satu watak utama telah di label sebagai 'freeloader'. Bagus ke menjadi seorang 'freeloader'?

Memang benar, pada zaman yang semakin meruncing dengan kegawatan ekonomi, tiada lagi benda yang percuma. Hatta untuk ke bilik air, kita pasti akan dikenakan bayaran sebanyak RM0.20 atau RM0.30. Di warung-warung, ada juga yang mengenakan bayaran untuk segelas air kosong. Konsep tiada lagi barang percuma telah diterapkan dengan begitu mendalam sekali di dalam jiwa setiap manusia.

Menjadi seorang 'freeloader', mungkin ada yang suka, mungkin juga tidak. Kita ambil contoh. Anda ingin makan di warung, anda ingin makan secara percuma? Adakah berbaloi membiarkan peniaga tidak mendapat hasil dari segala penat lelahnya. Oh, jauh juga aku melencong. Maaf! :-P

Aku sebenarnya ingin menyentuh perkara berkaitan 'freeloader' di internet.

Di internet, dunia tanpa sempadan, segala kemungkinan boleh berlaku. Segala perkara di dunia pasti akan menggunakan kemudahan internet untuk melancarkan segala kerja. Di internet juga wujudnya satu benda iaitu 'online file storage' yang dalam Bahasa Melayu nya ialah simpanan fail online.

File sharing network yang terkenal ialah 4shared, rapidshare dan banyak lagi. Aku juga memuat turun lagu dari kedua-dua web ini. Tapi ada juga rasa bersalah, kenapa? Kerana kita berkongsi fail dengan orang lain? Aku terasa bersalah kerana apa yang aku muat turun selama ini ialah lagu-lagu artis Malaysia yang 'top' pada masa kini. Terfikir juga, mereka mencari nafkah dengan menjual album, tapi kita dengan selamba berkongsi dengan rakan-rakan di internet. Oh dalam dilema juga aku ni. :-(

Yang baiknya tentang file sharing ni ialah, kita mendapat secara percuma. Walaupun wujudnya web yang menawarkan muat turun yang berbayar, tapi nampaknya seperti tidak mendapat hati di kalangan 'freeloader'.

Sedang menulis isi di blog, terfikir juga aku ni seorang 'freeloader' tapi bukan sepenuh masa, cuma 'part time' saja. Hahaha..

Apa-apa pun, memang lumrah hidup di dunia, dengan adanya internet, segala-galanya boleh berlaku.

Aku ingin meneruskan juga hobi memuat turun, kerana ianya adalah hobi. :-) Sambil mendengar lagu dendangan Massive Attack - Teardrop.

Sehingga berjumpa lagi.

:-)

Sunday, March 22, 2009

Trip ke Johor Bahru

Salam kepada semua.

Maaflah lama sudah tak mengemaskini blog ini. Ada banyak sebab juga, iaitu dengan kehadiran abang aku, aku jadi lupa kepada blog. Hahaha...

Pada 20hb Mac (Jumaat) yang lepas, aku telah ke Johor Bahru bersama dengan abangku dan juga Zai. Kami ke sana untuk berjumpa dengan kawa
n baik Along (banyak sangat kawan baik, semua perempuan pula tu). Kalu Along balik ke semenanjung je, memang pasti dia akan melawat sahabatnya, lagi-lagi yang berada di Johor Bahru. Perjalanan kami bermula pagi, dan kami tiba semula di Batu Pahat pada sekitar 8 malam.

Sempat juga mengambil beberapa gambar di sekitar Majidee. Jom kita ushar.

Zai, aku dan Along.

Aku pun posing walaupun bertongkat

Di tag lagi oleh Fawani

Salam kepada semua.

Untuk kali kedua aku di tag oleh Fawani. Jadi, ini dia jawapan aku.

5 Hadiah yang anda impikan :

- Kesihatan yang baik
- Isteri yang solehah dah taat
- Rumah yang besar
- Family yang bahagia
- Anak yang soleh

Alasan terhadap pilihan tersebut :
- Kesihatan amat penting sekarang ni
- Supaya boleh menjaga aku apabila dah tua di samping menjadi teman berbicara (memahami)
- Boleh simpan semua harta-harta aku,hahaha..
- Alangkah indahnya jika mempunyai family tanpa pergaduhan, :-)
- Aset kepada aku apabila sudah meninggal dunia

5 Perkara hebat yang pernah dilakukan:
- Minum minyak tanah
- Minum minyak merah/panas
- Kaki kanan tersangkut dengan mata kail
- Kepala terlanggar dan tercucuk duri pelepah kelapa sawit, ada lagi kat kepala ni,haha..
- Pernah terlibat dalam kemalangan yang hebat-hebat :-P

5 Ciptaan yang paling disukai :
- Televisyen (Menghubungkan kita dengan dunia luar)
- Handphone
- Komputer
- Motosikal
- Kereta

5 Perkara yang paling dibenci :
- Hujung bulan, di mana internet percuma D'Campus tamat tempoh (kena bayar RM30 lagi, :-P)
- Orang yang terlalu berahsia
- Orang yang tak dengar kata
- Pati ikan haruan + ginseng (nak taw kenapa,cuba lah sendiri)
- Kehabisan kredit handphone

5 orang yang hendak ditag :
- Nonoy
- Shikin
- Hazwan
- Nurul Atiqah
- Syada (first time aku tag dia,haha..)

Selamat mencuba! :-)

Wednesday, March 18, 2009

Menonton filem Geng dan Watchmen

Salam kepada semua.

Dah hampir 2 hari juga aku tak mengemaskini blog ini. Salah satu sebabnya ialah, kelajuan internet yang seperti kura-kura ataupun lebih layak lagi dengan panggilan siput. Hehehe...


Pada 16 Mac, iaitu 2 hari lepas, aku telah mengikuti abangku ke bandar bersama-sama kawan baiknya. Pada mulan
ya aku tak terasa nak ikut sama, tetapi aku bosan duduk di rumah. Akhirnya, aku terpaksa juga mengikut. Hehehe... (padahal memang nak ikut)

Kami ke Summit Parade untuk menonton wayang. Kawan abangku bernama Wani, tak pasti apa nama panjangnya. Maaflah ye kepada Kak Wani. :
-)
Kami segera ke GSC yang terletak di tingkat 3 Summit. Terasa juga konfius untuk memilih filem untuk ditonton. Belek punya belek, akhirnya kami memutuskan untuk menonton filem Geng, walaupun agak terlambat. Filem ini te
lah lama berada di panggung, cuma tak berkesempatan untuk menonton. Yang aku rasa pelik adalah, kami menonton 2 filem pada hari tersebut iaitu cerita Watchmen. Aku tak pernah terfikir untuk melakukan perkara ini. Ini semua idea Kak Wani dengan Along. Haih. *mengeluh*

Tiket yang kami terima untuk cerita Geng ialah pada
pukul 12:00, manakala untuk cerita Watchmen pada pukul 3:15. Kami sempat merayap, tawaf satu Summit. Penat juga aku, sebab kena pakai tongkat. Malu pun ada, tapi apa kan daya. Aku buat tak tahu menahu je. Bergaya juga memakai tongkat. :-)

Poster Geng

Cerita Geng sememangnya seronok dan juga mencuit hati. Aku juga kagum dengan produk buatan Malaysia ni. Filem animasi yang aku rasa agak hebat. Tahniah kepada tenaga produksi LES' COPAQUE. Aku menonton dengan agak fokus, sebab tak nak ketinggalan babak-babak yang melucukan. Anda pernah melihat Vespa belumba atau ayam yang jahat (suka mendengki)? Kalau nak tengok, tontonlah cerita Geng. :-)


Cerita Watchmen pula (adaptasi dar
i komik), memang tak dinafikan kehebatannya. Pada permulaan cerita, memang rasa agak tak faham walaupun bunyi efek yang agak hebat. Bila dah agak lama menonton, aku mula faham sedikit demi sedikit. Aku sukakan semua soundtrack cerita ini. Semuanya amat menarik, dan sedap di dengar.

Babak menarik dalam cerita ini, sewaktu kemuculan Dr. Manhattan (berbadan biru) yang aku rasa tak akan wujud di alam nyata.
Kuasanya tak terkalahkan. Memang gempak, tapi ini hanyalah cerita rekaan. Hehehe.. Manakala watak yang sentiasa teguh pendirian ialah Rorschach. Wataknya memang agak radikal berbanding watak lain. Semuanya bermula selepas kematian The Comedian yang dibunuh orang. Cerita yang menarik, anda harus menontonnya.

Poster Watchmen

Rorschach yang cool

Aku baru sahaja selesai memuat turun lagu-lagu filem Watchmen di 4Shared. File zip bersaiz 60MB yang mengambil masa selama 5 jam untuk di muat turun. Saki hati juga. Tapi puas hati sebab dapat dah lagu-lagu tersebut. :-)

Cuba dengar lagu ini :


Bob Dylan - The Times They Are A Changin'

Simon & Garfunkel - The Sound Of Silence


Lagu yang menarik sekali. Dan telah berfungsi sebagai ringtone handphone ku. Hehehe...

Dan terima kasih kepada Kak Wani sebab belanja. :-)

Sunday, March 15, 2009

Along sudah pulang + majlis kahwin

Inilah Along.

Salam kepada semua.


Oh lupa bertanya. Anda semua apa khabar? Sihat? Diharapkan anda semua sihat-sihat belaka.


Hari ini, setelah lama menunggu, abangku
telah balik ke semenanjung. Ya, setelah lebih kurang 7 bulan berada di bumi Borneo, baru hari ini beliau menjejakkan kaki semula ke semenanjung. Dengan menaiki pesawat AirAsia yang berharga RM233 untuk perjalanan pergi balik pada hari ini dan juga 11hb April nanti. Along tiba di lapangan terbang Senai pada sekitar pukul 1o pagi. Kami pula masih di lebuhraya PLUS menuju ke Senai pada ketika itu.

Ketika mengambil Along, banyak juga barangan yan
g di bawanya. Tapi semuanya tidak melebihi 20Kg. Tapi bagiku, 15Kg juga sudah agak berat. Hahaha... Maklumlah, aku kan sudah kurang upaya, hahaha... Setelah memunggah barang ke dalam kereta, perkataan pertama beliau kepadaku ialah 'POYO'. Rasa macam nak tendang je abang aku ni, tapi apa kan daya, aku kan tempang, hahaha... :-P

Selepas itu, ayah segera memacu kenderaan pu
lang ke Batu Pahat kerana kami terpaksa menghadiri majlis persandingan sepupu aku (abang saudara). Bertempat di sebelah Wet World Batu Pahat, kami menghantar rombongan bersanding. Aku juga turut menyertainya walaupun bertongkat. Unik juga aku kan. Hahaha... Ramai yang melihat aku bertongkat, aku peduli apa. Ada juga ramai saudaraku yang bertanya mengenai kakiku. Aku ingatkan mereka sudah mengetahuinya, maklumlah dah hampir 3 bulan. *mengeluh*

Abang Ajid yang bergaya sebagai raja sehari

Abang Fazid atau lebih dikenali dengan panggilan Ajid, kini melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan dari Kampung Jorak Ilahi, jika aku tidak silap. Oh, bila agaknya giliran aku. Terdengar Along berbual dengan teman wanitanya mengenai perkahwinan. Aku tersenyum. :-)


Kami sempat bergambar bersama (credit to Ijat)

Saturday, March 14, 2009

Baju baru Pop Shuvit

Ha, ada berita gembira ni.

Setelah lama tak mengemaskini Myspace ku yang dah bersarang, aku kembali mengemaskininya. Kerana ada orang telah meng'add' aku, iaitu Aniss. Jadi, misi utama ialah untuk 'approve' dia lah.

Belek punya belek, aku ternampak buletin terbaru yang telah di post oleh Pop Shuvit. Ya betul, Pop Shuvit artis Malaysia yang popular di Jepun. Hebat bukan? Aku minat dengan band Pop Shuvit ni sejak tingkatan 4. Oh, lambat juga aku menjadi pengikut setia mereka. Hehehe...

Oh ya, post mereka yang terbaru adalah berke
naan dengan T-shirt baru mereka. Design yang menarik sehingga aku juga berminat (memang lah minat, dah band pujaan). Berharga RM35 dan datang dengan 3 design tak silap aku lah. Aku nak beli ni, hahaha... Memang hobi aku pun mengumpul T-shirt, apa nak jadi ni. Huh. :-P

Anda berminat? Dapatkan di Myspace lah, add je pop Shuvit. Kalau anda peminat setia mereka, jom rembat satu. :-)

Poll's result for next PM

Pagi ini, telah mengemaskini Gmail dan juga Yahoomail ku.

Di Gmail, telah banyak email diterima juga, terutamanya dari Facebook, kerana banyak notifications telah ku terima.

Selesai mengemaskini Gmail, beralih ke Yahoomail pula. Di Yahoo! browser, telah terjumpa poll yang agak menarik. Telah mengambil bahagian, dan telah mendapat keputusan poll.
Hahaha...

Soalan berbunyi begini, "In your opinion, who should be Malaysia's PM when Badawi steps down in the early April?".

Setelah menjawab, keluarlah result begini.

Kenapa result begini agak-agaknya?

Fikir-fikirkanlah.

Lagu-lagu baru yang aku terima

Salam dan selamat pagi.

Ha, ni aku nak cerita tentang lagu-lagu baru yang aku telah terima.

Antaranya ialah :

Lagu Kita - Aizat
Puspa (Putuskan saja pacarmu) - ST 12
Bukan Superstar - Project Pop
Dangerous - Akon
Cinta ini membunuhku - D'Masiv
Disampingmu - The Divine Masters
Burnin' Up - Jonas Brothers
Crush - David Archuleta
Munajat Cinta - The Rock
Right Now - Akon
So What - Pink
Stay - Estrella
What About now - Daughtry
Yuna - Deeper Conversation

Terima kasih kepada Diela sebab telah meng'e-mail' lagu, dan juga Nizam kerana telah mem'bluetooth' lagu.

Aku tahu lagu-lagu ni dah agak lama, aku dah selalu dengar di radio, tapi sebab nak selalu dengar kena lah download kan.

Aku cuba download di mp3central, tapi dapat download sikit je. AKhirnya, aku meminta pertolongan Diela. Arigatou nee.

Friday, March 13, 2009

JAD bagi diriku

Salam kepada semua.

Kebelakangan ini, aku agak tak sempat mengemaskini blog aku walaupun mempunyai masa lapang yang tersangat-sangat banyak mengalahkan rakan-rakan UiTM aku. Hahaha... Anda semua jangan cemburu. :-P

Sebenarnya, sebelum aku menjejakkan kaki di bumi UiTM Shah Alam, aku telah terlebih dahulu direkrut oleh Unisel. Kebetulan pula, masa ni cerita 'Dunia Baru' telah meletup. Jadi, aku pun rasa macam seronok+takut lah. Seronok sebab aku fikir aku dapat tengok orang berlakon agaknya. Hahaha... Aku pun tak tahu menahu apa sebabnya aku seronok+takut ni. Ah, pedulikan semua tu.

Ha, aku belajar di Unisel kerana dapat melanjutkan pelajaran di dalam program yang berprestij iaitu Japanese Associate Degree (JAD). Program ini secara ringkasnya ialah program lepasan SPM yang menjurus kepada 2 cabang kejuruteraan (engineering) iaitu elektrik (denki) dan juga mekanikal (kikai). Program ini bertempoh 5 tahun, di mana 3 tahun diploma di Unisel, dan 2 tahun ijazah di universiti (daigaku) terpilih di Jepun. Perbelanjaan untuk seorang pelajar (gakusei) berjumlah RM400,000. Nilai yang agak besar untuk melanjutkan pelajaran. Hahaha... Takut juga masa mula-mula menerima surat tawaran. :-)

Untuk makluman semua, Unisel mempunyai dua kampus iaitu di Berjuntai Bestari (dulu dikenali sebagai Batang Berjuntai, lucah juga bunyinya), dan juga di Shah Alam. Program JAD di tempatkan di kampus Shah Alam. Jadi, secara automatiknya aku tak dapat menonton pembikinan cerita 'Dunia Baru' kerana ianya dijalankan di kampus Berjuntai Bestari. Hahaha... Petempatan kami ialah di Wisma MAIS, bersebelahan dengan McD seksen 3.

Di JAD, aku ditempatkan di kelas Z. Ada 3 kelas iaitu X, Y, dan juga Z. Rata-rata yang menyertai JAD ialah bekas pelajar MRSM. Aku juga bekas pelajar MRSM, tapi MRSM biasa je, bukan mRSM Bitara pun. Hahaha... Ada juga yang datangnya dari Sekolah Sains, dan ada juga dari sekolah harian. Di kelas Z, aku duduk bersebelahan Iqbal (ex MRSM Jasin). Di belakangku pula ialah Aizuddin (ex MRSM Langkawi) dan juga Farhan a.k.a Moll (ex MRSM Jasin). Mereka bertiga ni memang pandai (tensai), tak syak lagi. Aku tahu sebab aku belajar (benkyou) dengan mereka lah. Hahaha...

Aku paling suka bila kelas Matematik (suugaku). Guru (sensei) yang mengajar ialah Anuar sensei. Anuar sensei ni memang sempoi. Bila sampai masa dia mengajar, dia akan masuk ke kelas dan terus menulis di white board, tanpa menyapa kami dahulu. Agak pelik bukan? Itulah dia Anuar sensei. Sempoi dan juga ceria.

Kelas yang paling aku tak boleh 'handle' ialah kelas Fizik (butsuri). Guru mengajar ialah Azrul sensei. Azrul sensei ni baik orangnya, tapi tegas. Semua pelajar takutkannya. Kenapa? Cara mengajar dia memang 'style' habis. Masuk-masuk, bagi salam, edarkan nota. Semester pertama, belajar dalam Bahasa Inggeris, semester kedua, dalam Bahasa Jepun. Masalah aku bermula di semester kedua, bila fizik belajar dalam Bahasa Jepun. Nak cuba? Hahaha...

Berbalik kepada persolalan takut tadi, bila kami dapat nota, ianya dalam Bahasa Jepun. Jadi, Azrul sensei akan menyuruh kami membaca nota tersebut mengikut giliran. Masa ni memang semua menggelabah. Hahaha... Aku lah yang paling menggelabah. :-P Setiap kali nak kena giliran aku, aku mesti tanya Iqbal kat sebelah. Dah lah semuanya tulisan 'Kanji' (chinese character), memang susah nak faham lah. Berbelit otak nak fahamkan. :-(

Kelas yang paling ceria pula ialah kelas Kimia (Kagaku). Guru bertugas ialah Tachibana sensei. Beliau merupakan rakyat Jepun, agak berusia tapi sangat cergas (energetic). Tachibana sensei ni akan mengajar sampai kami faham. Alhamdulillah aku tak pernah gagal dalam semua ujian kimia. :-)

Kelas Bahasa Inggeris (Ei Go) juga seronok. Guru mengajar ialah Shirin sensei. Comel orangnya dan sangat peramah. Suka bergurau. :-)

Kemudian, kelas Bahasa Jepun. Kelas paling mencabar. :-P

Berdasarkan statistik, pelajar paling ramai tidur semasa kelas Bahasa Jepun. Aku juga tersenarai sekali. Hahaha... Sebabnya mungkin kerana persekitaran berhawa dingin yang selesa untuk kami tidur, ataupun sebab belajar Bahasa Jepun ni susah. Entahlah.

Sensei-sensei yang mengajar bahasa ni ada ramai, kebetulan kami dibahagikan kepada 6 kelas. Jadi sekelas ada lah dalam 15 orang. Yang menariknya ialah, kami akan bertukar-tukar kelas dan rakan kelas. Kira macam 'random' lah. Jadi, kami beramah mesra dengan rakan-rakan baru melalui cara ini. Aku pernah mendapat kelas 'Yonde' yang bermaksud membaca. Itu je yang aku ingat, ada banyak lagi kelas.

Barisan-barisan sensei ialah :-

Yamashita
Mori
Furuuchi
Yano
Onuma
Sakurai
Maeda
Mizoi
Takahashi
Hasparina

Dan ada beberapa lagi yang aku lupa. Paling suka melihat Yano sensei mengajar, sebab terlampau-lampau bersemangat semasa mengajar. Rindu sama Yano sensei. :-P Furuuchi sensei ni suka 'aim' aku sebab aku suka tidur. Hahaha... Onuma sensei paling bergaya sekali, rambutnya agak 'style'. Sakurai sensei juga ramai peminat. Hahaha... Masih muda lagi. Mori sensei ni comel je, kecil juga orangnya. Tapi baik hati sangat. Aku pernah mengikuti kelas tambahan Bahasa Jepun dengannya, kerana agak sukar untuk memahami Bahasa Jepun. Arigatou sensei! Hasparina sensei ni satu-satunya sensei Melayu yang mengajar Bahasa Jepun. Baru masuk, tak silap aku semasa semester kedua. Beliau sangat peramah dan juga sangat hebat berbahasa Jepun. :-)

Yang mengajar subjek engineering (kougaku) pula ialah Arbain sensei, guru Melayu juga. Seorang yang berpengalaman luas dan pernah bekerja di Jepun. Baik orangnya. :-)

Sebelum aku meninggalkan JAD, telah berlangsungnya pertandingan ROBOCON 2007. Pertandingan ini adalah pertandingan robot oleh kami, pelajar tahun pertama JAD. Robot-robot juga telah dibina oleh kami semua. Setiap kumpulan terbahagi kepada 3 orang. Ahli kumpulanku ialah Hisham dan juga Wana. Nama kumpulan kami ialah, oh aku terlupa. Hahaha... Robot yang dihasilkan semuanya comel-comel dan berkuasa tinggi..Hahaha... tugas robot ialah membawa bola ping pong ke gol pihak lawan. Kami tak berjaya ke akhir kerana telah tewas disebabkan wayar remote yang putus. Agak sedih kerana kami yakin akan berjaya. Hampir 2-3 kali wayar kami putus semasa perlawanan. Sedih (Zannen).

Yang seronok ialah, pemenang ROBOCON pada tahunku telah berlawan dengan pemenang ROBOCON 2006. Keputusannya, robot tahun kami yang diwakili kumpulan Rafiq telah menang. Yay! :-) Kami yang sudah kalah ini mengambil kesempatan berlumba robot di belakang kawasan pertandingan. Hahaha... Geram sebab tak menang. :-P Pertandingan ini juga mendapat liputan di akhbar (shinbun).

Keputusan periksa telah keluar, dan aku telah mendapat gred 'D' dalam subjek Matematik dan juga Fizik. Aku telah di arah berjumpa dengan Dekan, ada juga Shirin sensei di situ. Aku diberi 2 pilihan, menyambung pelajaran di JAD atau memohon universiti lain. Agak berat bagiku untuk membuat keputusan. AKu tak sanggup gagal berkali-kali, jadi aku meminta ke universiti lain. Aku tahu ianya keputusan yang sukar, tapi aku mesti kena kuat. Aku akan berjaya di universiti lain. Aku tahu, pembelajaran subjek sains dalam Bahasa Jepun agak menyukarkan aku.

Jadi, aku telah pun bertapak di UiTM sebagai pelajar asasi kejuruteraan. :-)

Dan telah memasuki ijazah tahun pertama pada tahun 2008. Semoga aku akan berjaya.

Pagi tadi, aku telah diberitahu bahawa Aizuddin, Jasmeen dan juga Nazirul telah masuk MHI. Aku bangga dengan pencapaian mereka. Semoga mereka berjaya di Jepun. InsyaAllah. Amin.

Aku juga difahamkan, mereka akan terbang ke negara matahari terbit pada 21 dan 22hb Mac, iaitu minggu hadapan. Mereka juga baru lepas konvokesyen pada hari semalam (12hb Mac). Aku pasti akan rindukan sahabat-sahabatku ini. Walaupun cuma setahun bersama kalian. Namun aku amat rindukan kalian. :-(

Aku pasti tak akan terserempak mereka di Unisel lagi ketika mengisi minyak di Petronas seksen 7. Sungguh aku rindukan saat itu.

Aku juga telah menempah baju yang pasti menyimpan segala memori JAD dalam diri aku, meskipun jaket Unisel yang aku terima semasa di JAD telah hilang semasa kemalangan (jiko) akhir tahun lepas.Aku akan merindui JAD, sungguh bagiku, JAD adalah sebahagian memori hidupku yang tak ternilai.

Kepada rakan-rakanku, kuatkan diri anda semua. Aku juga akan menjadi kuat semangat dan berjaya seperti anda semua!

Aku akan ingat kata-kata ini, 'Ganbatte Kudasai'.

Arigatou nakama.

Thursday, March 12, 2009

Proceez Concept Store

Proceez?

'Proceez' merupakan satu klik yang diasaskan oleh penggiat graffiti iaitu aku a.k.a. Nopx dan juga Fahrul a.k.a. Peroltz semasa mereka masih
di bangku sekolah. Proceez kini akan mengorak langkah lagi dengan mengusulkan cadangan terbaru, iaitu untuk membuka concept store seperti The Super Sunday concept Store.

Menyentuh berkenaan TSS (The Super Sunday), aku tengok dulu Bob a.k.a. The Kioue adalah seorang breakers (B-Boy), orang biasa je, namun berjaya membuka sebuah concept store. Bangga tu, dulu menari-nari di lantai je, sekarang dah menari di dinding pula (conteng dinding). Hahaha...

Jadi, kenapa kami tidak? :-)


Aku dan Peroltz berkongsi minat yang sama. J
adi tak mustahil semua ini. Aku juga ada membuat design untuk baju kami, simple je rasanya. Begitu juga Peroltz telah melakukan sedikit design pada baju dan juga kad.

Jom kita lihat!


CPU Nizam

RAM DDR 1GB

Graphic Card 512MB

Salam kepada semua. Apa khabar anda semua? Diharapkan berada di dalam keadaan yang sihat walafiat. :-)

Oh ya, berbalik kepada tajuk entri kali ini, iaitu CPU Nizam.
Ada apa dengan CPU Nizam? Sebenarnya, kawanku yang bernama Nizam (kawan sejak tingkatan 2), telah membeli sebuah CPU second hand. Jenama IBM. Mantap juga lah. Baru dalam 2 bulan juga lah dia beli. Harga pun tak mahal sangat.

Semasa aku bekerja dengan Nizam di kedai kain terkemuka di Batu Pahat (Prima Moda), dia sering memberitahuku ingin memiliki sebuah komputer. Walaupun dah bekerja, masih tak dapat membeli? Kerja ni jangan ingat kita dapat gaji semua benda boleh beli. Hahaha... Aku dulu bekerja pun sekadar untuk menghilangkan bosan semasa cuit semester dan untuk mendapatkan duit membayar yuran pengajian. Peh! Berdikari kan. Hahaha...


Kembali kepada CPU Nizam. Bentuknya agak kompak la, padat dan kecik. Bertunjangkan cip pemproses Intel Pentium 4, agak laju juga. Dan menggunapakai RAM jenis DDR 256MB, dan juga berkapasiti hard disk 40GB.
Baru-baru ini, iaitu 2 hari yang lepas bersamaan 10hb Mac, Nizam telah ke Low Yat Plaza di KL bersama-sama Usop. Apa yang mereka cari? Tujuan utama ialah mencari RAM baru untuk CPU nya. Dan Nizam telah membeli RAM berkapasiti 1GB jenama Kingbox. Dan juga graphic card berkapasiti 512MB jenama GIGABYTE.

Tugas untuk memasangnya semestinya diserahkan kepadaku. Nizam ni sibuk sebenarnya, kerja masuk 10 pagi balik 10 malam. Dan dia ni penyelia pula tu. Lagi lah pening kerja. Hahaha... Banyak insiden berlaku antara dia dengan aku semasa bekerja dulu. Kelakar je bila di fikirkan semula. :-P
Semalam Nizam telah menyerahkan item-item tersebut kepadaku untuk dipasang ke CPU nya. Aku dapat memasang RAM tersebut, namu tidak graphic card tersebut. Tak jumpa slotnya. Pening aku menjelajah seluruh tubuh CPU tersebut. Hehehe... Mungkin terdapat slot yang tak 'fit' untuk slot graphic card ni.

Aku dah buat sedaya aku. Nak keluar ke bandar agak mustahil, aku kena duduk diam kat rumah, kalau tak, lambat sembuh lah. Huh!
Apa-apa pun, aku dah buat bersungguh-sungguh. Dan aku puas hati walaupun hanya dapat memasang RAM. Hahaha... Budak 6 tahun pun boleh buat. :-P

Ok lah, aku ada banyak kerja untuk dilaksanakan. Petang nak ke pejabat pos, tuntut Tune Card aku pula. Bertemu lagi di entri seterusnya. :-)


Salam.

Monday, March 9, 2009

Tag kuasa tiga Fawani, hoho..

Salam kepada semua. Akhirnya aku telah di tag oleh Fawani, oh oh oh...
Dipersembahkan tag kuasa tiga Fawani! Jom!

• 3 lagu yang wajib ada dalam playlist.
; Daybreak's Bell - L'Arc En Ciel
; Buried Myself Alive - The Used
; Lucky - Jason Mraz feat Colbie Caillat

• 3 barang yang wajib bawa bersama.
; Wallet (Complete set)
; Handphone
; Tongkat

• 3 tempat yang dekat di hati.
; Shah Alam
; Johor Bahru
; Batu Pahat

• 3 laman web yang selalu dilawati (Selain Facebook,Friendster & Myspace)
; Blogger
; Harakahdaily.net
; Onemanga


• 3 blog yang mahu ditag.
; Hazwan
; Shikin Anuar
; Zainoor Ain Jamil (Nonoy)

Cerita sehariku

Salam kepada semua.

Penat sungguh rasanya pagi ini, tapi tak terasa hendak tidur semula sesudahnya solat Subuh. Mungkin kerana sudah terbiasa. Aku berasa sangat lenguh sekali. Sebabnya? Aku pulang ke rumah pada pukul 1 malam tadi, setelah berjalan-jalan menaiki kereta selama sehari.

Seawal pukul 10 pagi, aku bersama ayah dan adikku telah ke stesyen bas Batu Pahat untuk menjemput ibuku yang baru sahaja tiba dari rumah kakanya di Air Hitam. Kemudian, kami terus menuju ke Sungai Gersik untuk menghantar mak cikku. Setelah itu, kami bergegas menuju ke Melaka untuk urusan seterusnya. Jam pula sudah menunjukkan pukul 10:30 pagi. Semasa tiba berdekatan Jambatan Muar, kami telah terserempak dengan kereta mak cikku, iaitu Mak Idah. Kami sempat melambai juga, memandangkan kami hendak sampai dengan segera di Melaka.

Lokasi tujuan kami di Melaka ialah Teluk Mas. Sekitar pukul 11:30 pagi, kami tiba di Melaka. Maklumlah, jarak Melaka dari melaka cuma sekitar 10-15 Km sahaja. Jadi, sekejap sajalah kami tiba. Kami terus menuju ke Taman Teluk Mas untuk ke Madrasah Anak-anak Yatim Ai Tam, di mana di sinilah ibuku hendak berubat. Setibanya di sana, ibuku mendaftar, tetapi disebabkan pelawat agak ramai, ibuku telah mendapat giliran ke 75. Aku cuma memerhatikan sahaja. Tiba-tiba ayahku mengajak masuk ke kereta semula. Dia memberitahu, pihak madrasah menyuruh kami datang semula pada sekitar pukul 3 petang disebabkan pesakit yang ramai.

Ku lihat ayah memacu Wira-nya ke Bandar Hilir, Melaka. Terfikir juga aku, ada masa 3 jam lagi. Mungkin ayah ingin singgah di mana-mana kawasan di sekitar Bandar Hilir. Kebetulannya, jarak ke Bandar Hilir cuma sekitar 10 Km. Tiada masalah rasanya, getus hatiku. Akhirnya, kami tiba juga di Bandar hilir, cuma tinggal beberapak Km sahaja. Telah ternampak papan tanda bertulis 'Menara Taming Sari' dan juga 'Eye of Malaysia'.
Tapi, setibanya di lampu isyarat ke simpang Bandar Hilir, ayahku melakukan pusingan U. Aku memang dah menjangka, sebabnya, bandar di Melaka ni cukup mencabar kesabaran pemandu kenderaan. Bagi motor tiada masalah rasanya. Kerana aku pernah ke melaka bersama kawanku, Nizam. Aku ketika itu yang duduk di tempat duduk sebelah pemandu juga pening kepala. Sistem lalu lintas di Melaka sangat memeningkan, hinggakan ayahku juga berasa pening. Aku rasa lalu lintas Johor Bahru lebih senang. Huhuhu...

Jam pula sudah menunjukkan pukul 1 petang. Sejam kami dalam kereta, aku tetap penat. Bosan sebenarnya duduk dalam kereta je. Ayahku menghalakan kenderaan ke Taman Teluk Mas semula. Setibanya di Teluk Mas, ayah ingin pula ke Medan Ikan Bakar Terapung Pernu, tetapi tiada apa yang menarik. Lantas ayah mengambil keputusan ke warung berdekatan. Akhirnya, kami pun memesan makanan dan mengisi perut. Aku memesan nasi ayam. Hahaha... Tapi malangnya, nasi ayam ni tak sedap langsung. :-(

Kemudian, kami menuju ke surau berdekatan kerana sudah masuk waktu Zohor. Kami menunaikan solat Zohor di surau berdekatan kawasan madrasah tersebut. Semasa masuk ke kawasan tersebut, aku telah ternampak bas kepunyaan Universiti Teknikal Melaka (UTeM). Pelik juga, kenapa ada bas ni di laluan masuk. Aku tetap berfikir dalam diam. Selesai solat Zohor, kami ke madrasa tadi, dan menunggu giliran. Sekitar pukul 4 petang, baru nama ibuku di panggil.

Sepanjang menunggu, aku telah duduk di tempat memasak burger yang terbiar. Terdengar pula suara-suara penghuni rumah anak yatim tersebut. Aku nampak mereka berlari-lari dalam kumpulan, aku terdiam. Adikku yang berada di sebelah bersuara, dia memberitahuku mereka mungkin melakukan 'explorace'. Menarik, fikirku. Terlihat juga kelibat dua lelaki berbaju hijau. Aku meneka mereka dari UTeM. Dan tekaanku te
pat sekali. Di baju mereka ada lambang UTeM di bahagian tepi dan juga tulisan 'Jalinan Ukhwah' di bahagian belakang. Aku juga sempat mengambil gambar mereka.

Aku ada juga melihat aktiviti mereka, di mana di satu 'check point' ni, mereka menyuruh peserta membuat 'Karangan Maut'. Menarik kataku. Peraturannya mudah, buat karangan sebanyak 50 patah perkataan tetapi mesti bermula dengan satu huruf yang telah dipilih fasilitator. sebagai contoh, huruf 'S'. Ada sebua
h kumpulan ni, mereka terpaksa membuat karangan dengan awalan 'S'. Ada seorang ahli kumpulan tersebut, kecil lagi ku lihat, memakai baju 'Ben 10', bercakap di depan fasilitator.

"Salmah terkencing dalam seluar", katanya.

Aku tergelak di situ, begitu juga dengan fasilitator. 'Sengal', itulah yang aku sempat labelkan dengan spontan untuk budak tersebut. Dia ta
k faham peraturan rasanya. Aku tergelak lagi di dalam hati. Budak-budak memang macam tu, getus hatiku. Banyak juga kumpulan seterusnya terpaksa membuat karangan dengan awalan 'J' dan juga 'M'. Macam-macam, fikirku.

Kumpulan yang mendapat awalan 'S'

Kumpulan seterusnya, kelihatan baju beraneka warna, hahaha...

Seronok melihat mereka, hidup aman sahaja. Walaupun mereka tidak mendapat kasih sayang ibubapa kandung, kita perlu mengasihi m
ereka. Tetapi aku juga di fahamkan yang ada juga peserta yang masih mempunyai sama ada ayah atau ibu, atau lebih layak di panggil anak yatim. Bukan yatim piatu. Terdapat juga anak-anak yang ibubapa mereka bercerai, lantas ayah atau ibu mereka memasukkan mereka ke madrasah ini. Had umur sehingga 19 tahu sebelum mereka terpaksa hidup di dunia luar.

Penat menonton, aku menuju ke gerai berd
ekatan, ada otak-otak dan roti canai. AKu memesan otak-otak dan sebotol air botol 'Sarsaparilla' cap Ayam. Jenama air kegemaranku semasa kecil. Hahaha... Otak-otak berharga RM0.60 satu. Sedap juga.

Otak-otak dan juga air 'Sarsaparilla' a.k.a. Sarsi

Setelah lama menunggu, akhirnya sekitar pukul 6:30, kami bergerak meninggalkan Teluk Mas, dan menuju ke Muar. Sepanjang perjalanan, kami dapat melihat sebuah kereta MyVi putih dan sebuah Proton Saga BLM yang terlibat dalam kemalangan. Aku sempat mengambil video semasa melalui tepi kereta tersebut. Lokasi masih di Melaka.

Perodua MyVi dan Proton Saga BLM yang terlibat dalam kemalangan

Setibanya di muar, keluargaku ingin singgah sebentar di rumah baru Mak Idah, mak cikku yang kami terserempak pagi tadi. Rumahnya di Taman Bahagia, kebetulannya mak cikku dari Johor Bahru juga ada di situ. Aku juga di fahamkan pak cikku yang tinggal di Johor Bahru juga ada sebentar tadi. Tapi telah bergerak balik sekitar pukul 4-5 petang. Kami berbual dan bersolat Maghrib berjemaah. Selepas itu, kami disajikan dengan sedikit makanan, iaitu mee goreng dan juga nasi putih dengan sedikit lauk. Aku menjamah sedikit makanan. Aku fikir cukuplah, kerana aku sudah kekenyangan.

Mee goreng dan air teh yang telah habis

Semasa hendak bergerak pulang, aku difahamkan lagi bahawa Mak Idah ingin mengajak kami pekena 'Mee Bandung Muar'. Kami makan di sekitar kawasan bandar juga, tapi aku tak dapat meneka dengan tepat kawasan tersebut. Aku sempat menyuruh adikku mengambil gambar kami semua. Gambar walaupun tak jelas, tapi mencoret seribu kenangan. :-)

Kerabat keluarga kami yang menikmati 'Mee Bandung Muar'

Terima kasih kepada adikku, Aizat yang menjadi tukang gambar. Kesian tak masuk gambar. Kelihatan aku memakai 'trucker cap' dan juga baju 'I'm so electric'. Kenapa ayahku mengangkat tangan? Huh? Musykil.

Kemudian, aku sangkakan dapatlah balik dan melepak di rumah. Tetapi, sangkaanku meleset. Mak cikku telah mengesyorkan kami berubat lagi. Kali ini di kampung berdekatan kampungku. Aku yang mengantuk, bersama adik-adikku ini, telah tertidur di kerusi rumah tempat berubat. Jam pada waktu itu menunjukkan pukul 11 malam. Aku berasa mengantuk dan telah tidur dengan lena. Hahaha...


Aku tiba di rumah pada pukul 1 malam. Penat sangat-sangat. Selepas membersihkan diri dan solat Isyak, aku pun tertidur.

ZzZZZzzzzzZZzzz...

Saturday, March 7, 2009

Precautions!!!!

PRECAUTIONS !!!!

PLEASE FORWARD THIS WARNING AMONG FRIENDS, FAMILY AND CONTACTS!

You should be alert during the next few days. Do not open any message with an attachment entitled 'POSTCARD FROM BEJING', regardless of who sent it to you. It is a virus which opens A POSTCARD IMAGE, which 'burns' the whole hard disc C of your computer. This virus will be received from someone who has your e-mail address in his/her contact list. This is the reason why you need to send this e-mail to all your contacts. It is better to receive this message 25 times than to receive the virus and open it.


If you receive a mail called 'POSTCARD FROM BEJING', even though sent to you by afriend, do not open it! Shut down your computer immediately.

This is the worst virus announced by CNN. It has been classified by Microsoft as the most destructive virus ever. This virus was discovered by McAfee yesterday, and there is no repair yet for this kind of virus. This virus simply destroys the Zero Sector of the Hard Disc, where the vital information is kept.

COPY THIS E-MAIL, AND SEND IT TO YOUR FRIENDS.

REMEMBER: IF YOU SEND IT TO THEM, YOU WILL BENEFIT ALL OF US.

Perhimpunan membantah PPSMI

Hari ini, 7 Mac 2009 telah menjadi sejarah di mana rakyat mula menyuarakan suara hati dan hak mereka melalui perarakan menyerahkan memorandum membantah dasar PPSMI. Perhimpunan ini telah berjaya mengumpul sebanyak 100,000 rakyat untuk turut serta.

"Asalnya polis benarkan, tiba-tiba di penghujung meraka bertindak kasar kepada orang ramai. Saya kira ini bukan kehendak mereka tetapi terpaksa ikut arahan BN yang tidak peduli keselamatan rakyat dan meremehkan suara mereka "

"Yang hadir ada 60, 70 tahun ke atas malah kanak-kanak juga terpaksa menghadapi gas pemedih mata dan insiden kejar-mengejar yang menjadikan suasana hiruk-pikuk sedangan PDRM berperanan menjaga keselamatan. Saya sangat kecewa dengan tindakan polis yang hanya mengikut telunjuk Bn yang terang menganiaya rakyat"


Jelas menggambarkan bahawa polis tidak melindungi rakyat, walhal polis ditubuhkan untuk melindungi rakyat!



Ha, ini lah 2 design yang sepatutnya menjadi logo untuk Mechanical Engineering Carnival '09, tapi tak sempat submit sebab aku accident. Hahaha... Sampai sekarang aku tak tahu menahu apa design yang PSSKM gunakan. Hahaha... :-P

Kakak angkatku

Pada malam 5hb Mac yang lepas, aku telah mengikut keluargaku ke bandar untuk membayar hutang di Courts Mammoth. Selepas pembayaran, ibuku ingin mencari barang di 1 Stop, dan tekalah apa yang aku jumpa?

Kakak angkatku, iaitu Kak Nurul. Dia telah naik pangkat, menjadi penyelia (supervisor). Sekali pandang, aku terkejut! Selama ni aku tengok dia bekerja di 1 Stop cuma memakai baju warna kuning. Tapi malam itu, aku melihatnya memakai baju warna biru. Ada kemajuan, getus hatiku.

Kak Nurul ni comel orangnya, kecil je. Hahaha... Umurnya tak silap dah 25@26 tahun. Agak berumur berbanding aku. Hehehe... dia dah bekerja di 1 Stop lebih kurang 3 tahun. Aku pernah menjadi yang terawal bekerja di 1 Stop sewaktu pembukaan pertama cawangan 1 Stop di Batu Pahat, iaitu di tapak lama pawagam REX. Kemudian aku telah ditugaskan ke Muar untuk membuka cawangan. Dan juga ditugaskan membuka cawangan seterusnya di Batu Pahat iaitu di tapak lama pawagam ODEON. Banyak juga pengalamanku, hehehe...

Aku juga sempat mengambil gambar bersama Kak Nurul semasa dulu dan baru-baru ini.

Gambar 3 tahun yang lepas

Gambar pada malam tersebut

Pagi ini

Salam kepada kawan-kawan.

Masih lagi di pagi hari, ramai yang sedang lena dibuai mimpi rasanya. Tapi bagi aku, memang tak tidur sebaik sahaja bangun tidur.

Pagi ini, aku sempat bertanyakan kepada ibuku mengenai baju JAD yang bakal aku tempah. Aku berminat dengan design 'I Love JAD' dan 'Dari KLIA ke Narita'. Ibuku memberi pendapatnya agar aku memilih baju berwarna hitam untuk 'I Love JAD' dan baju berwarna putih untuk 'Dari KLIA ke Narita'. Alasannya kerana design 'Dari KLIA ke Narita' tidak menonjol pada baju berwarna hitam. Boleh diterima alasan begitu kerana nampak sangat tak jelas.

Akhirnya keputusan yang terakhir, iaitu saiz. Aku tak tahu nak pilih saiz apa kerana tiada sample. Masalah juga ni, takut terkecil dan terbesar pula kalau salah beli. Dan aku telah pun menghantar mesej di YM Faizal untuk menanyakan tentang saiz. Aku begitu ragu-ragu. Huhuhu...

Pagi ini, aku telah mesej Nonoy. Kantoi Nonoy bangun lambat, balas dendam agaknya, fikirku. Yelah, 3 minggu je di Malaysia. Hahaha... Dan sebenarnya aku telah mendapat tahu bahawa sepupuku telah menjadi juara dalam pertandingan Raja Lawak, iaitu Suib dari kumpulan 'Sepah'. Aku sebenarnya tak pernah tahu menahu dia ni pandai buat lawak. Hahaha... Info tentang sepupuku ini telah diberitahu oleh abangku di Sarawak yang kebetulan menonton Raja Lawak malam tadi. Begitu juga nonoy yang juga menonton Raja Lawak. Kenapa aku tak menonton? Rumah aku tiada Astro, senang cerita. Hahaha...

Aku terasa ingin melayari internet puas-puas.

Jom!

Friday, March 6, 2009

Projek Cinta JAD




Salam kepada semua.

Ha, berkenaan tajuk di atas, ianya mengenai projek cinta JAD, semestinya. Tapi bagaimana kita mengeluarkan perasaan kita terhadap JAD?

Aku, seorang bekas pelajar JAD, juga menyayangi JAD walaupun telah lama meninggalkan JAD di atas keterpaksaan, hahaha...

Jadi, sebelum berangkat ke Jepun, sahabat aku di JAD telah terfikirkan projek istimewa ini, iaitu t-shirt 'I love JAD'. Ini merupakan kali pertama JAD melakukan perkara seumpama ini. Jadi, aku sebagai bekas pelajar JAD yang sama batch dengan si pemikri idea ini, berasa amat bangga kerana beliau dapat memikirkan idea seumpama ini.

Sahabatku ini bernama Faizal, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Sugar'. Dah 3 tahun nama ni melekat kat dia ni, hahaha... berkenaan t-shirt ini, aku juga telah menempahnya sebanyak 2 baju, sebab aku merasakan aku masih mempunyai pertalian yang kuat bersama JAD. Yeke? Wallahualam. :-)

Anda berminat?

Lengan pendek - RM25

Lengan panjang - RM28

Apa yang perlu anda buat?

Pilih design yang menawan jiwa raga anda, pilih saiz anda, dah hubungi

Faizal@Sugar

017-2525030

YM : boboq88@yahoo.com

email : faizalakmal@gmail.com

Bagi yang jauh, sila lah bank in ke akaun berikut:

12470075129521 (CIMB)

Sebelum terlupa, tempahan hanya sehingga 10hb Februari sahaja. Tempah untuk diri anda sekarang!

Let's spread the love!

Wednesday, March 4, 2009

Cerita beberapa hariku

Salam kepada semua.

Wah, sudah lama rasanya aku membiarkan blogku ni bersarang, hahaha... Maklumlah sejak hujung bulan Februari, aku dah tak membuka blogku ini. Sebabnya kerana tempoh internet percumaku telah berakhir pada hujung bulan tersebut. Jadi, aku telah topup semula D'campus aku sebanyak RM30, barulah dapat menikmati internet percuma untuk sebulan.
Berbaloi bukan? Hehehe...

Semalam aku telah melayari internet dan terus sahaja ke web Mainkata untuk melihat keputusan contest #004, dan ternyata aku telah memenangi RM5 untuk contest tersebut.
Jumlah keseluruhan kemenangan aku ialah RM6. Tak cukup untuk mengalahkan 'Mal', iaitu ibu kepada salah seorang sahabatku. Bagi peluang veteran menang (padahal memang aku tak dapat nak menang, hehehe...). Untuk kedudukan keseluruhan pula, aku telah tertinggal jauh di bawah. Hahaha... Teruknya. :-P

Semalam juga aku mengemaskini Facebook ku, dan yang aku terkejut (tak terkejut sangat pun),aku telah mempunyai 2 friends request dan juga 46 notification. Dan penyumbang terbanyak notifications itu ialah dari photo yang telah di tag sekali lagi oleh Nonoy. Huh, aku kena tag lagi. Jaga-jaga lah anda Nonoy. Hahaha...

Dan aku, hari ini, ingin melayari internet sepuas-puasnya. Hahaha...

Nak join?
Jom lah.