Saturday, January 31, 2015

Ulangtahun ke-5 Perkenalan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dapat juga mencuri sedikit masa untuk menaip di sini. Syukur sebab diberi lagi kurniaan hidup di dunia ini.

Alhamdulillah, tak sangka-sangka sudah 5 tahun kami berkenalan.

Kali pertama berkomunikasi di alam maya, melalui 'Facebook', kemudian beralih kepada 'Yahoo Messenger', kemudian bertemu di alam nyata. Terima kasih kepada Farah Domo kerana memperkenalkan kami berdua.

Berkenalan kami pada tanggal 31 Januari 2010, iaitu kira-kira 5 tahun yang lalu. Memang tidak disangka kami mampu mempertahankan hubungan ini sehingga sekarang dan akan menuju ke fasa seterusnya dalam hidup ini.

Majlis itu yang dijangka akan dilangsungkan pada 1 dan 3 Mei 2015. In shaa Allah jika diizinkan Allah S.W.T. pasti akan  berjalan dengan lancar. Amin.

Selamat ulangtahun perkenalan ke-5 sayang!

Lepas ni kita kira ulangtahun perkahwinan pula, hehe...

Sunday, March 16, 2014

Selamat hari jadi ke-26 sayangku!


Salam, dan selamat malam.

Fuhhhh, lama betul tak kemaskini blog ni. Dah bersawang habis ni. Maklumlah, sejak adanya bermacam-macam media sosial ni, kegiatan ber'blogging' semakin dipinggirkan. Namun, aku tak lupa pada jasa blog ini.

Ok, malam ni, lebih kurang dalam 15 minit lagi, tepat pukul 12 malam adalah ulangtahun ke-26 untuk buah hatiku, kekasih terang dan gelapku, dan paling terkini, bakal isteriku dia masa hadapan, iaitu Nur Hazwani.

Selamat ulangtahun ke-26 sayang!

Semoga sentiasa murah rezeki dan dipanjangkan umur. In shaa Allah.

Wednesday, November 13, 2013

Apa benda yang harus sentiasa ada denganku?

Salam, selamat petang, selamat sore kalian semua.

Kadang-kadang tu, bila fikir-fikir balik, ada benda yang kita harus bawa ke mana-mana, hampir 24 jam kadang-kadang.

Bagi aku, berikut antara barang-barang yang harus ada jika aku hendak ke mana-mana, terutamanya ketika keluar dalam jangka masa yang lama.

1. Jam tangan
-Benda ni sangat wajib di bawa. Fungsi utama sudah tentu untu melihat masa. Bila tak pakai walaupun untuk seketika, rasa lain macam je. Ok, jam ni dari jenama Casio (G-shock G-5500AL-1), berusia hampir 2 tahun setengah di tangan aku.


2. Cermin mata
-Sangat wajib di bawa, sebabnya aku rabun. Nak memandu kereta, nak menunggang motosikal, nak tengok keadaan sekeliling. Jadi, mata kena betul-betul awas. Cermin mata ni, menggunakan bingkai Oakley Holbrook. Cermin kanta menggunakan kanta jenis 'photochromic' yang mana ianya akan berubah menjadi gelap apabila terdedah dengan sinaran UV yang banyak.


3. 'External battery casing phone'
-Antara yang wajib. Sebagai sumber kuasa untuk telefon bimbit, tapi yang ini unik sedikit. Sebabnya, ia merupakan 'external battery' dan juga sebagai 'phone casing'. Jenama Mophie, berharga sekitar RM250, dan berupaya membekalkan sehingga 2000mAh kepada iPhone 4 aku. Sudah berkhidmat denganku hampir 2 tahun setengah.


4. 'Wallet'
-Paling wajib, sebab ada duit, dan dokumen-dokumen berkaitan seperti kad pengenalan, lesen memandu dan sebagainya. Yang ini dari model Leno, dihadiakan oleh yang tersayang pada ulangtahun hari jadi yang ke-24. Berusia hampir setahun setengah.


5. Telefon bimbit
-Sangat wajib di bawa, sebab mengandungi banyak benda-benda berkaitan terutamanya sebagai medium perhubungan. Model telefon bimbit aku dari model Apple, iaitu iPhone 4. Sudah hampir 2 tahun setengah berkhidmat. Masih hebat seperti dulu. Dan telah banyak berjasa kepada tuannya. :)


Disebabkan beberapa faktor seperti penggunaan telefon bimbit yang kerap, aku sedang berkira-kira untuk mendapatkan sebuah 'powerbank' untuk kegunaan jangka masa panjang. Yang kini menjadi 'target' sudah tentu daripada model 'Pineng' yang berkapasiti 16800mAh. :)


Wednesday, October 2, 2013

Rezeki

Rezeki itu ada di mana-mana.

Baru saja pagi ni aku ber'chatting' dengan kawan lama. Sekali dia boleh bagi link facebook seorang kawan lama. Aku pun ushar punya ushar, tak sangka kawan yang seorang ni dah berjaya.

| Azrul Mustapa |

Dikenali sebagai sifu pemasaran di dalam facebook. Sudah bertunang, sudah ada kereta BMW sendiri.

Aku mengenali dia semasa tahun 2007. Kami di dalam satu course yang sama iaitu Asasi Kejuruteraan UiTM Shah Alam.

Aku dengar cerita lagi, dia dah kena dismiss semester lepas dari UiTM. Ini bukan isunya.

Isunya di sini, walaupun dia tak mempunyai segulung ijazah, adakah masa depan dia akan kelam? Kejayaan bukan diukur dari segenggam ijazah ataupun apa-apa saja sijil di dunia ini yang menjamin kerja makan gaji. Kejayaan dicipta oleh insan yang tak pernah kenal erti putus asa. Contohnya seperti kawan ku ini.

Dia ada cita-cita. Aku masih ingat sampai sekarang.

Dia ingin mengecapi 'title' jutawan sebelum umurnya 25 tahun. Dan lihatlah, sekarang ini telah nampak bibit-bibit kejayaan, dan kemajuan. Semoga dia akan dapat mencapai cita-citanya.

Apa yang positif tu kita ambil jadikan iktibar, yang negatif kita jadikan pengajaran.

Untuk berjaya, mesti kena ada usaha. Kemudian berdoa. Dan paling penting sekali, tawakal. Kerana rezeki di dunia ini semuanya milik Allah. Bila dah berjaya ataupun bila sudah diberi kesenangan, jangan lupakan Allah. Kerana semua itu datangnya dari Allah.

Allah Maha Besar.

Allahuakbar!

Friday, September 27, 2013

Di atas motor


Salah satu perangai aku adalah muhasabah diri apabila di atas motor.

Macam pelik kan?

Tapi itulah realitinya. Setiap kali kita di atas motor untuk ke mana-mana, pasti macam-macam ragam dapat dilihat di atas jalan raya.

Bila di atas motor, kepala akan ligat berfikir macam-macam, dan kadang-kadang akan terganggu sedikit fikiran tu. Bila rasa geram, aku akan pulas throttle motor lebih sikit. Lepas tu akan rasa lega sikit.

Bila berfikir macam-macam, fokus di atas motor akan jadi lemah. Jadi, aku tak akan berfikir yang berat-berat. Bahaya, seolah-olah memperjudikan nyawa.

Di atas motor, aku berfikir masa depan.

Di atas motor, aku berfikir tentang pelajaran.

Di atas motor, aku berfikir tentang apa akan jadi seterusnya.

Di atas motorlah tempat untuk aku bermuhasabah, berfikir, merancang segala-galanya.

Di atas motor.....