Tuesday, January 25, 2011

Tag dari Zaty

Salam kepada semua.

Hari ini, dapat juga aku melaksanakan 'tag' yang diberi oleh seorang rakan 'blogger' iaitu Zaty.

25 perkara mengenai aku, jadi ambil nota, boleh jadikan modal untuk mengenakan aku. Oh, gurau saja. S
iapa ejek aku, aku ejek balik sehabis mungkin, hahaha...


'Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts or goals about you. In the end, choose 25 people to be tagged'.

+Nama yang keluarga beri Mohammad Faiz Syazwan.
+Dilahirkan pada tanggal 12 April 1988.
+Seorang yang selamba.
+Agak pendiam.
+Suka memendam.
+Amat minat pada 'gadget'.
+Suka bermain permainan 'Car Town'.
+Sudah berpunya.
+Pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal di UiTM Shah Alam.
+Suka melakukan sesuatu secara teratur.
+Tak suka melihat pembaziran (Elektrik, Air).
+Kerap bermuhasabah diri.
+Suka memerhatikan gelagat manusia.
+Seorang yang pelat huruf 'S'.
+Anak kedua (Angah).
+Tegas terhadap adik-adik (Tiada adegan pukul-memukul, cuma menegur).
+Mak masih memanggil dengan gelaran 'adik' walaupun ada 2 orang lagi adik selepas aku (Beza umur 6 tahun).
+Pernah patah peha kanan dan mempunyai besi di bahagian peha kanan.
+Minat benda-benda seni.
+Suka mendengar lagu.
+Minat pada warna biru.
+Tak angkat panggilan dari nombor yang tak dikenali.
+Suka fikir positif, kadang-kadang berfikiran negatif juga.
+Agak cerewet pada bab makanan.
+Tak suka orang yang terlalu melayan perasaan sampai lupa tanggungjawab sebenar.
+Suka menangguh kerja.
+Tak pandai bermain gitar (Sedang mempelajari teknik bermain gitar).
+Darah jenis 'O'.
+Berketinggian 165cm.
+Tak suka membalas perbuatan jahat orang lain.
+Suka mencatat perbelanjaan harian.
+Mempunyai banyak 'wishlist'.
+Mempunyai lesen motor sahaja.
+Ingin berbisnes selepas tamat pengajian.
+Boleh menjadi seorang kawan yang baik (Perasan).

Alamak, ni bukan 25 lagi, dah terlebih-lebih ni sampai 35 perkara. Tapi lagi untung, lagi banyak yang anda akan tahu mengenai aku. Jadi, silakan baca 1 demi 1 perkara-perkara mengenai diri aku ni. :)

Maka, aku juga akan memberi 'tag' ini kepada 25 orang 'blogger' yang lain. Bagi yang dah buat 'tag' ini, sila abaikan. Tapi tak salah jika ingin membuatnya untuk kali kedua. :)

Nama-nama sasaran aku ialah :
Nur Hazwani
Zainatun Adilah
Suzairi Hazmi
Siti Nur Hazirah
Suzairi Hakimi
Myra
Nurul Lalala
Anastasyea
Afif Izzat Syazwan
Nufar
Salfa Najihah
Muhd Ikhwan
Cik Fia
Ifahafiza
Afirah Shah

Ada 15 orang saja. Ok lah, seimbang. Tadi aku jawab 35, yang ni aku bagi 'tag' 15 pula.

35+15 = 25=25. :)

Thursday, January 20, 2011

Burung yang marah

Salam kepada semua.

Ya, hari ini, di pagi yang indah ini, aku ingin bercerita mengenai burung yang marah. Cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa sahaja, sama ada yang amsih hidup atau yang telah meninggal dunia. Cerita ini berkaitan dengan sebuah permainan. Saya ulangi, hanya sebuah permainan.

Sebenarnya, lebih tepat lagi, burung yang marah ini dibangunkan oleh sebuah syarikat terdaftar bernama 'Rovio Mobile'. Permainan ini pada pertama kali dilancarkan untuk platform sistem operasi bagi produk 'Apple' pada Disember 2009.

Permainan ini menjadi fenomena di mana hampir 12 juta salinan telah dimuat turun dari 'Apple's Store'. Kemudian, permainan ini dicipta pula untuk versi komputer peribadi (PC).

Tujuan aku menulis tentang burung yang marah ini adalah untuk berkongsi dengan anda semua keseronokan bermain permainan ini di layar yang lebih besar. Pertama kali aku bermain dengan permainan ini adalah ketika di 'Mac Store' di Berjaya Times Square. Bermain pula menggunakan 'iPad'. Sangat kecil pula skrin, hanya 10". Pasti tidak puas.

Hari ini, aku membelek-belek internet, dan akhirnya terjumpa dengan pautan untuk memuat turun permainan ini.

Dipersembahkan, permainan bernama 'Angry Bird'!

Muat turun di pautan ini.

Angry Bird For PC (Hotfile).

Oh ya, jangan lupa ucapkan terima kasih kepada pemilik laman sesawang 'angrybirdforpc' di angrybirdforpc.

Aku ingin meneruskan perjuangan berlawan dengan makhluk berhidung penyek, yeah!

Perjuangan menentang si hidung penyek.

*Hidupku kan damaikan hatimu.

Tuesday, January 18, 2011

Terpaksa ku akur jua

'Facebook' jahat.

Saya benci awak wahai si 'Facebook'.

Berani awak tukar 'profile style' saya. Haih.


Selamat tinggal 'profile' lama.

*Damn.

Monday, January 17, 2011

Sila Ambil Perhatian

Kami merujuk kepada perkara yang tersebut.

Sila ambil perhatian bahawa kes ini telah ditetapkan untuk keputusan pada 11hb Februari 2011 di Mahkamah Seksyen Shah Alam.

Tuan tidak perlu hadir ke Mahkamah pada hari tersebut kerana peguam kami akan menyebutkan kes ini bagi pihak tuan.

Kami akan memberitahu pihak tuan segala perkembangan mengenai kes ini.

Sekian, terima kasih.


*Kesimpulannya, insurans pasti masuk lambat lagi. Haih.

Saturday, January 15, 2011

Nak beranjak tu susah sebenarnya.

Salam kepada semua.

Seperti biasa, aku akan bangun awal di pagi hari, dan selesai sahaja solat Subuh, memang amat payah untuk melihat aku tidur semula. Aku tak biasa tidur selepas Subuh jika berada di tempat orang, contohnya ketika di rumah sewaku di Shah Alam, atau di mana-mana rumah orang lain. TETAPI, aku akan tidur selepas Subuh jika berada di rumahku di Batu Pahat. Perasaan itu lain sebenarnya jika berada di tempat orang. :D

Sebenarnya ayat yang aku taip panjang-panjang di atas ni cuma nak menjelaskan keadaan pagi hari yang sungguh nyaman. Sekarang, aku berada di Sungai Buloh, menumpang di rumah Mak Ngah kepada teman wanitaku. Hari ini, ada menu istimewa yang akan dibuat oleh Mak Ngah, iaitu laksa. Sama ada Laksa Penang atau Laksa Johor, itu aku belum pasti. Pasti teruja untuk merasakan laksa ini. Saya suka!

Oh ya, bermulanya semester baru, semua pun berubah. Paling ketara sekali adalah waktu tidurku. Kini, aku sering tertidur awal. Niat untuk tidur sebentar bertukar dengan tidur yang lama sehingga 6-7 jam. Itu aku tak berapa kesal. Yang paling mengecewakan aku ialah, aku terlupa untuk Solat Isyak. Serius aku benci bahagian ni. Hari-hari muhasabah diri, tak nak tidur awal dengan tujuan ingin Solat Isyak dulu. Tapi tak mengapa, dengan kewujudan entri ini, pasti aku akan ada lebih dorongan untuk melakukan Solat Isyak di awal-awal waktu, agar aku tidak akan meninggalkan kewajipan ini lagi. Dalam sehari, aku akan pastikan aku berjaya memenuhi kelima-lima waktu. Yakin!

Anjakan memang perlukan keazaman. Azam yang kuat pasti akan membentuk kita mengikut apa yang kita hajatkan. Memang susah, tapi ianya boleh dilakukan. Yakin pada pertolongan Allah, yakin pada diri. Pasti akan dipermudahkan.

Jadi, bagi yang asyik bertukar-tukar azam baru di tahun baru ni, jangan sekadar berazam saja, lakukannya.

'Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang'.

Sekarang, semakin giat merancang ekonomi. Awal-awal lagi aku sudah mengasingkan duit sewa untuk setahun (12 bulan). Ini perlu kerana duit sewa rumah perlu dibayar pada setiap awal bulan. Aku tak nak meminta-minta dari kedua orang tuaku. Aku faham mereka perlu membayar macam-macam lagi. Jadi, wang perbelanjaan aku telah tinggal sekitar RM2000 setelah ditolak duit sewa + bil air + bil api + bil internet untuk setahun iaitu lebih kurang +-RM1000.

Jadi, setiap penggunaan duit akan aku catit di dalam sehelai kertas (kini sudah jadi 2 helai) untuk menunjukkan ke mana wang aku dihabiskan. Memang aku mempunyai sumber tambahan, iaitu duit insurans. Tapi jika terlalu mengharap duit tersebut, susah juga. Sehingga kini, masih belum ada panggilan dari pejabat peguam. Aku tak pasti bila akan dapat duit tersbeut. Dengan tidak terlalu mengharap, aku mencari alternatif lain untuk melakukan penjimatan. Bak kata peribahasa 'sediakan payung sebelum hujan'. :)

Baiklah, setakat ini saja entri kali ini. Entri seterusnya mungkin adalah soalan-soalan yang telah di'tag' oleh sahabat 'blogger'.

*Edward Sharpe & The Magnetic Zeros - Home