Sebenarnya, dari aku lepas SPM hingga sekarang, aku tak pernah belajar secara serius. Semasa di JAD, kerja semua meniru. Di asasi, kerja buat, tapi langsung tak ulangkaji. Semester 1 degree, belajar semangat, datang kelas awal, tapi kerja buat semua bertangguh. Jadi, tiada masa mengulangkaji. Banyak main-main.
Semester hadapan, aku akan berubah. Aku kena mencari rentak dalam belajar. Insya Allah boleh dapat anugerah dekan. Aku akan mencuba yang terbaik!
No comments:
Post a Comment