Wednesday, October 2, 2013

Rezeki

Rezeki itu ada di mana-mana.

Baru saja pagi ni aku ber'chatting' dengan kawan lama. Sekali dia boleh bagi link facebook seorang kawan lama. Aku pun ushar punya ushar, tak sangka kawan yang seorang ni dah berjaya.

| Azrul Mustapa |

Dikenali sebagai sifu pemasaran di dalam facebook. Sudah bertunang, sudah ada kereta BMW sendiri.

Aku mengenali dia semasa tahun 2007. Kami di dalam satu course yang sama iaitu Asasi Kejuruteraan UiTM Shah Alam.

Aku dengar cerita lagi, dia dah kena dismiss semester lepas dari UiTM. Ini bukan isunya.

Isunya di sini, walaupun dia tak mempunyai segulung ijazah, adakah masa depan dia akan kelam? Kejayaan bukan diukur dari segenggam ijazah ataupun apa-apa saja sijil di dunia ini yang menjamin kerja makan gaji. Kejayaan dicipta oleh insan yang tak pernah kenal erti putus asa. Contohnya seperti kawan ku ini.

Dia ada cita-cita. Aku masih ingat sampai sekarang.

Dia ingin mengecapi 'title' jutawan sebelum umurnya 25 tahun. Dan lihatlah, sekarang ini telah nampak bibit-bibit kejayaan, dan kemajuan. Semoga dia akan dapat mencapai cita-citanya.

Apa yang positif tu kita ambil jadikan iktibar, yang negatif kita jadikan pengajaran.

Untuk berjaya, mesti kena ada usaha. Kemudian berdoa. Dan paling penting sekali, tawakal. Kerana rezeki di dunia ini semuanya milik Allah. Bila dah berjaya ataupun bila sudah diberi kesenangan, jangan lupakan Allah. Kerana semua itu datangnya dari Allah.

Allah Maha Besar.

Allahuakbar!