Saturday, October 31, 2009

Tekanan perasaan

Entah kenapa hari ini, aku berasa tertekan, setelah lama aku tak berasa begini.

Pertama, mungkin sebab handphone aku yang rosak terkena hujan. Handphone aku dah tak boleh di 'charge' semula.

Kedua, aku sampai lambat di Shah Alam gara-gara hujan yang berterusan.

Ketiga, aku ke Melaka dengan meminjam motor Hazwan. Sekarang, aku rasa bersalah sangat-sangat. Terima kasih kepada hujan juga.

Aku harap Hazwan akan memahami sebab aku lambat, aku harap dia tak akan memandang serong pada diri aku, aku harap hubungan kami tak keruh.

InsyaAllah. :(

Saturday, October 24, 2009

Agenda dan peperiksaan akhir

Salam kepada semua.

Seperti biasa, aku memang sudah jarang mengemaskini blog. Nak cakap sibuk, ada juga, nak cakap tak sibuk, ada juga. Maknanya, di tengah-tengah lah. Nak kemaskini blog, ada niat dah, cuma tak terlaksana saja.

Alhamdulillah, ada kesempatan untuk mengemaskini blog ini juga. Kebelakangan ini, banyak perkara yang berlaku. Maklumlah, peperiksaan akhir bakal tiba, maknanya setiap pelajar memang kena bersedia untuk menerima beban 'assignment' yang berlambak-lambak. Sama seperti aku, banyak juga yang perlu disiapkan. Alhamdulillah, dapat diselesaikan. Cuma memberi laluan untuk mengulangkaji pula.

Oh ya, sempat juga aku melakukan urusniaga dengan rakan di Jepun, iaitu Hilmi. Rancangan untuk membekalkan 'spray cap' akan terlaksana. InsyaAllah. Pelbagai rancangan lagi di buat untuk memajukan 'scene' graffiti di Malaysia. Yang sebenar-benarnya ialah seni. Tetapi lebih kepada graffiti itu sendiri. Aku telah memesan lebih kurang 160 biji 'spray cap'. Agak sedikit, sebagai permulaan untuk melihat sambutan ramai. Maklumlah, 'spray cap' ini agak terhad di Malaysia. InsyaAllah dalam 2 minggu akan sampai ke Malaysia.

Untuk tempahan boleh melayari blog proceez di Proceez Propaganda.

Spray cap jenama 'SCOTCH'

Semoga Proceez semakin maju, dan aku juga lulus dengan cemerlang di peperiksaan.

InsyaAllah. Semoga berjumpa lagi di entri akan datang. :)

Tuesday, October 13, 2009

'Appointment' baru

Salam kepada semua.

Baru saja balik dari Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR), dah dapat tarik pemeriksaan susulan yang seterusnya. Agak bingung juga sekarang ni. Kenapa?

Ok, tarik pemeriksaan seterusnya ialah pada 2 November 2009. Pada jam 8 pagi.

Cuba perhatikan tarik peperiksaan akhir tahun pada entri sebelum ni. Ada perasan sesuatu tak?

Jadi, adakah aku akan ke 'pemeriksaan' atau 'peperiksaan'?

Monday, October 12, 2009

Jadual 'Final Exam'

Salam kepada semua.

Setelah aku meneliti jadual untuk peperiksaan akhir, akhirnya aku terjumpa juga jadual di 'Student Portal'.

Berikut adalah jadualnya.

**************************************************


MAT435 / 9-12 / week 2 / 2 Nov

MEC410 / 2:15-5:15 / week 2 / 5 Nov

MEC481 / 2:15-5:15 / week 3 / 10 Nov

CTU551 / 8:30-10:30 / week 1 / 30 Oct

**************************************************

Persoalannya, bila agaknya tarik yang sesuai untuk menjalani pembedahan?

Bingung.

Graffiti Competition - Rakan Muda Puchong - 10 Oktober 2009

Wednesday, October 7, 2009

Kisah hari ini

Salam kepada semua.

Ok, di sini aku ingin menceritakan apa yang telah berlaku pada hari ini.

Pertama sekali, pagi tadi aku ada kelas CTU (Tamadun Islam dan Tamadun Asia). Oleh kerana aku tak menghadiri kelas pada minggu lepas, aku terkejut besar bila Ustaz Yusof mengedarkan kertas Ujian 2. Pada mulanya, aku buntu juga. Betul ke ni? Akhirnya, aku menjawab juga, mengikut logik akal juga. Minta-minta dapat juga markah logik. :)


Kemudian, ke Pejabat Am Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Tujuannya adalah untuk mendapatkan surat pengesahan pelajar. Surat ini akan dihantar ke pihak Yayasan Pelajaran Mara (YPM) berhubung dengan penangguhan bayaran DPPT. Surat pengesahan ini akan di proses, dan akan di berikan dalam tempoh masa 3 hari bekerja, sama ada Jumaat ini atau Isnin hadapan.

Seterusnya, ke Pusat Kesihatan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan Guarantee Letter (GL) yang akan digunakan semasa menjalani pembedahan nanti. Menggunakan GL ini, pihak UiTM akan membayar semua kos pembedahan, di mana meliputi lingkungan bajet RM5000 ke bawah. Ini merupakan GL kedua aku selepas GL pertama dikeluarkan semasa pembedahan pertama. Tarikh berkuat kuasa GL ini adalah bermula pada hari ini (7hb Oktober 2009) sehingga sebulan (7hb November 2009). Maknanya, aku akan menjalani pembedahan pada lingkungan waktu ini. Dan semestinya, masa ini merupaka tarikh peperiksaan akhir tahun iaitu 28hb Oktober 2009 - 15hb November 2009. Boleh ke macam ni?

Buntu.

Tuesday, October 6, 2009

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul


Salam kepada semua.

Aku agak terkejut semasa membuka blog ini hari ini. Ok, pertama sekali, terkejut melihat dah ada 5 ulasan di entri yang lepas - Kisah Checkup di Sentosa Specialist Hospital.

Kenapa terkejut? Akhirnya ada juga yang respon terhadap masalah yang aku pendam dari kawan-kawan. Dan tentunya hanya rakan blogger dan yang rajin mengikuti blog ini yang pasti mengetahuinya. Terima kasih Sheh, Khay, Ash, Tieha dan juga Fahrul. Terima kasih banyak-banyak.

Kesimpulannya, dah terlerai rahsia ini. Aku tak memberitahu rakan-rakan kerana tak mahu mereka risau dengan keadaan aku. Aku tahu ada yang ambil berat, ada juga yang memandang sebelah mata. Itu lumrah. Maka, aku mendiamkan diri. Hanya blog ini saja tempat aku meluahkan semuanya. Mulut aku masih terkunci saat aku menaip entri ini. Aku telah memberitahu kepada orang tertentu saja, dengan harapan tak nak orang terlalu risaukan aku. Kenapa aku tiba-tiba perasan terkenal macam artis ni? Hahaha... :P

Aku mempunyai plan terakhir, impian untuk membuat graffiti bersama-sama semua rakan rapat, Fahrul a.k.a Peroltz, Hafizul a.k.a Eon, Aifa a.k.a Epa, Ikman a.k.a Munk dan juga tak lupa Fauzan a.k.a Kronixx. Aku harap ini akan menjadi kenyataan, sebelum aku terbaring tak boileh berjalan buat sementara. InsyaAllah.

Kata orang, 'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'.



Kisah Checkup di Sentosa Specialist Hospital

Salam.

Ok, aku dah tak terfikir cara lain untuk meluahkan isi hati aku melainkan di blog. Hari ini aku tak dapat nak berkata-kata seperti biasa, terkunci.

Kisahnya begini. Wakil peguam aku telah menghubungi aku untuk mengaturkan temu janji pada sekitar hari Jumaat lepas. Maka, temu janji telah di atur pada 04hb Oktober 2009 (Isnin) pada jam 4 petang di Sentosa Specialist Hospital. Ok, menurut perintah, aku menjalani checkup di hospital tersebut.

Aku mengharapkan khabar gembira, bukannya sesuatu yang menyedihkan. Tapi, aku sangat kecewa selepas melihat keputusan x-ray yang di buat.

Kesimpulan yang di buat, aku perlu menjalani pembedahan semula, sama da untuk menampal tulang di bahagian yang belum bercantum, atau menggantikan besi dengan besi yang lain, iaitu memasukkan besi ke ruang rongga tulang.

Apa yang aku rasa? Gembira? Kecewa?

Ok, aku sangat berputus asa. Tapi, itu saja caranya. Aku tak sanggup mengambil risiko, doktor juga memberitahu bahawa ada kemungkinan plat besi pada kakiku akan patah kerana wujudnya ruang di antara tulang.

Ok, tak semua orang tahu, rakan serumahku juga tak tahu. Hanya keluargaku yang tahu. Aku tekad menyembunyikan perasaan sedihku, aku tak nak membiarkan rakanku sedar bahawa aku masih lagi belum sembuh. Sebahagian mereka menganggap aku tak perlu di beri muka, terpulanglah. Ada aku isytiharkan diri aku ni kurang upaya ke? Selagi aku boleh menggunakan kudrat, biar aku terus berusaha sendiri.

Bagi yang membaca entri ni, tolong doakan pembedahan seterusnya akan berjalan lancar. Aku akan menjalani hari-hari mendatang dengan tabah. InsyaAllah.

Faiz Syazwan, yakin dengan diri, yakin dengan pertolongan Allah S.W.T.

Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini.


Keadaan plat besi sekarang.


Cadangan memasukkan besi ke dalam rongga tulang.


Sunday, October 4, 2009

Sedikit perkongsian di 'Comeback'

Salam semua.

Setelah agak lama menyepi, akhirnya aku kembali. Alhamdulillah ada juga kesempatan untuk mengemaskini blog ini.

Banyak perkara yang aku lalui, namun tak dapat dikongsikan bersama di dalam blog ini, maklumlah 'student', lumrahnya memang dengan kerja-kerja yang bertimbun. :)

Oh, aku ada terbaca tentang sebuah artikel yang sedikit sebanyak memberikan kesedaran kepada kita. Bacalah dah hayatilah. Kredit kepada blog MRSM MERSING Onlines.

***************************************************************************************
Extracts of speech by Hafez A.B Mohamed: Director-General, Al Baraka Bank.

Demographics:
o World Jewish Population. 14 million
o Distribution: 7 m in America
5 m in Asia
2 m in Europe
100 thousand in Africa
o World Muslim Population: 1.5 billion
o Distribution: 1 billion in Asia/Mid-East
400 M in Africa
44 M in Europe
6 M in the Americas
o Every fifth human being is a Muslim.
o For every single Hindu there are two Muslims
o For every Buddhist there are two Muslims
o For every Jew there are 107 Muslims
o Yet the 14 million Jews are more powerful than the entire 1.5 billion Muslims

Why?

Here are some of the reasons.

Movers of Current History
o Albert Einstein Jewish
o Sigmund Freud Jewish
o Karl Marx Jewish
o Paul Samuelson Jewish
o Milton Friedman Jewish

Medical Milestones
o Vaccinating Needle: Benjamin Ruben Jewish
o Polio Vaccine Jonas Salk Jewish
o Leukaemia Drug Gertrude Elion Jewish
o Hepatitis B Baruch Blumberg Jewish
o Syphilis Drug Paul Ehrlich Jewish
o Neuro muscular Elie Metchnikoff Jewish
o Endocrinology Andrew Schally Jewish
o Cognitive therapy. Aaron Beck Jewish
o Contraceptive Pill Gregory Pincus Jewish
o Understanding of Human Eye. G. Wald Jewish
o Embryology. Stanley Cohen Jewish
o Kidney Dialysis Willem Kloffcame Jewish

Nobel Prize Winners
o In the past 105 years, 14 million Jews have won 180 Nobel prizes whilst 1.5 billion Muslims have contributed only 3 Nobel winners

Inventions that changed History
o Micro- Processing Chip. Stanley Mezor Jewish
o Nuclear Chain Reactor Leo Sziland Jewish
o Optical Fibre Cable Peter Schultz Jewish
o Traffic Lights Charles Adler Jewish
o Stainless Steel Benno Strauss Jewish
o Sound Movies Isador Kisee Jewish
o Telephone Microphone Emile Berliner Jewish
o Video Tape Recorder Charles Ginsburg Jewish

Influential Global Business
o Polo Ralph Lauren Jewish
o Coca Cola Jewish
o Levi's Jeans Levi Strauss Jewish
o Sawbuck's Howard Schultz Jewish
o Google Sergey Brin Jewish
o Dell Computers Michael Dell Jewish
o Oracle Larry Ellison Jewish
o DKNY Donna Karan Jewish
o Baskin & Robbins Irv Robbins Jewish
o Dunkin Donuts Bill Rosenberg Jewish

Influential Intellectuals/Politicians
o Henry Kissinger , US Sec of State Jewish
o Richard Levin, PresidentYaleUniversity Jewish
o Alan Greenspan , US Federal Reserve Jewish
o Joseph Lieberman Jewish
o Madeleine Albright , US Sec of State Jewish
o CasperWeinberger , US Sec of Defence Jewish
o Maxim Litvinov , USSR Foreign Minister Jewish
o DavidMarshal , Singapore Chief Minister Jewish
o Isaacs Isaacs, Gov-GenAustralia Jewish
o Benjamin Disraeli, British Statesman Jewish
o Yevgeny Primakov, Russian PM Jewish
o Barry Goldwater , US Politician Jewish
o Jorge Sampaio, President Portugal Jewish
o Herb Gray, Canadian Deputy - PM Jewish
o Pierre Mendes, French PM Jewish
o Michael Howard, British Home Sec. Jewish
o Bruno Kriesky, Austrian Chancellor Jewish
o Robert Rubin , US Sec of Treasury Jewish

Global Media Influential
o Wolf Blitzer, CNN Jewish
o Barbara Walters ABC News Jewish
o EugeneMeyer , Washington Post Jewish
o Henry Grunwald, Time Magazine Jewish
o Katherine Graham , Washington Post Jewish
o Joseph Lelyeld, New York Times Jewish
o Max Frankel, New York Times Jewish

Global Philanthropists
o George Soros Jewish
o Walter Annenberg Jewish


Why are they powerful? why are Muslims powerless?
Here's another reason. We have lost the capacity to produce knowledge.

o In the entire Muslim World (57 Muslim Countries) there are only 500 universities.
o In USA alone, 5,758 universities
o In India alone, 8,407 universities
o Not one university in the entire Islamic World features in the Top 500 Ranking Universities of the World
o Literacy in the Christian World 90%
o Literacy in the Muslim World 40%
o 15 Christian majority-countries, literacy rate 100%
o Muslim majority - countries , None
o 98% in Christian countries completed primary
o Only 50% in Muslim countries completed primary.
o 40% in Christian countries attended university
o In Muslim countries a dismal 2% attended.
o Muslim majority countries have 230 scientists per one million Muslims
o The USA has 5000 per million
o The Christian world 1000 technicians per million.
o Entire Arab World only 50 technicians per million.
o Muslim World spends on research/development 0.2% of GDP
o Christian World spends 5 % of GDP

Conclusion.
o The Muslim World lacks the capacity to produce knowledge.

Another way of testing the degree of knowledge is the degree of diffusing knowledge.

o Pakistan 23 daily newspapers per 1000 citizens
o Singapore 460 per 1000 citizens.
o In UK book titles per million is 2000
o In Egypt book titles per million is only 17

Conclusion.
o Muslim World is failing to diffuse knowledge

Applying Knowledge is another such test.
o Exports of high tech products from Pakistan is 0.9% of its exports.
o In Saudi Arabia is 0.2%
o Kuwait , Morocco and Algeria 0.3%
o Singapore alone is 68%

Conclusion.
o Muslim World is failing to apply knowledge.

What do you conclude? no need to tell the figures are speaking themselves very loudly we are unable to listen

Advice:

Please educate yourself and your children. always promote education, don't compromise on it, don't ignore your children's slightest misguidance from education (and please, for God's Sake, don't use your personal contacts or sources to promote your children in their education; if they fail, let them and make them learn to pass; b/c if they can't do it now, they can't ever).
We are World's biggest and strongest nation, all we need is to identify and explore our ownselves. Our victory is with our knowledge, our creativity, our literacy...And nothing else..

....Wake up....

Original Artikel


***************************************************************************************

Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar, bangkitlah, dan hancurkan rejim zionis ini.

Semoga berjumpa lagi di lain entri, InsyaAllah.

Salam.