Salam.
Ok, aku dah tak terfikir cara lain untuk meluahkan isi hati aku melainkan di blog. Hari ini aku tak dapat nak berkata-kata seperti biasa, terkunci.
Kisahnya begini. Wakil peguam aku telah menghubungi aku untuk mengaturkan temu janji pada sekitar hari Jumaat lepas. Maka, temu janji telah di atur pada 04hb Oktober 2009 (Isnin) pada jam 4 petang di Sentosa Specialist Hospital. Ok, menurut perintah, aku menjalani checkup di hospital tersebut.
Aku mengharapkan khabar gembira, bukannya sesuatu yang menyedihkan. Tapi, aku sangat kecewa selepas melihat keputusan x-ray yang di buat.
Kesimpulan yang di buat, aku perlu menjalani pembedahan semula, sama da untuk menampal tulang di bahagian yang belum bercantum, atau menggantikan besi dengan besi yang lain, iaitu memasukkan besi ke ruang rongga tulang.
Apa yang aku rasa? Gembira? Kecewa?
Ok, aku sangat berputus asa. Tapi, itu saja caranya. Aku tak sanggup mengambil risiko, doktor juga memberitahu bahawa ada kemungkinan plat besi pada kakiku akan patah kerana wujudnya ruang di antara tulang.
Ok, tak semua orang tahu, rakan serumahku juga tak tahu. Hanya keluargaku yang tahu. Aku tekad menyembunyikan perasaan sedihku, aku tak nak membiarkan rakanku sedar bahawa aku masih lagi belum sembuh. Sebahagian mereka menganggap aku tak perlu di beri muka, terpulanglah. Ada aku isytiharkan diri aku ni kurang upaya ke? Selagi aku boleh menggunakan kudrat, biar aku terus berusaha sendiri.
Bagi yang membaca entri ni, tolong doakan pembedahan seterusnya akan berjalan lancar. Aku akan menjalani hari-hari mendatang dengan tabah. InsyaAllah.
Faiz Syazwan, yakin dengan diri, yakin dengan pertolongan Allah S.W.T.
Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini.
16 comments:
minum la susu banyak2 pais.. ko jalan byk sgt.. smoge bjaye.
ya Allah.. parah!
jga diri leklok!
doakan semuga pembedahan kao berjaya, insyaAllah..
kuatkan semangat faiz!
insya-Allah selamat Faiz.
faiz! jage diri.. kn da ckp.. jgn byk wt keje berat..jgn byk jln sgt..jgn jaln jauh2...
hurm... sorry to hear that.. but.. tieha tahu.. faiz kuat.. be strong.. insyaAllah the operation will go smoothly....
"ya Allah, engkau tabahkan hati temanku ini.. jauhkanlah kesakitan dalam dirinya..."
amin~~~~~~~~
parol - dah byk sgt dah,doktor kata ni rare species je yg kne,haha..aku lak termasuk dlm golongan tu..ces..
sheh - Thanks..x teruk,pk positif ok..
khay - thanks,ko mmg baik..sem dpn extend,x dpt jumpa ko gak..ko pun praktikal kan..:)
ash - InsyaAllah..doakan ea..:)
tieha - thanks..2la,x dgr nsht,pdn muka kan..tp its ok,faiz terima je..mn yang terbaik,itu yg kt kne pilih..thanks taw..
oke faiz! tp biar ape pn... faiz mesti kuat.. sbb kite xjupe lgi.. tfaa pn nk jupe.. kuat dan cepat sembuh oke..? ganbatte faiz!
;)
tieha - kt jumpa b4 operation la,is it ok?:)
hurm..ala..bz lak time b4 tu..
haish..
yeke?xpe2..next 6 months kt jumpa lg..:)
ala... lmbtnye..haish!
tieha - then?mn ada ms lg dah,haha..ada rezeki jumpa gak..:)
Salam. baru sempat menyinggah masa ni. bz byk kerja sampai tak sempat nak baca blog kawan2.
be strong ok? takmo sedih-sedih. ade hikmah semua ni. believe in that because i've already experienced it. Allah allows pain so we can be stronger. and you should be grateful that Allah chooses you to handle the pain,because not everybody can handle that.only we, the special ones which are chosen that can handle this pain, dengan izin Allah.Because Allah knows the best for us! :)
insyaAllah, semoga pembedahan seterusnya berjaya. I'll pray for you :)
tambah lagi.
jangan rasa diri kurang upaya sedangkan kita sebenarnya masih berupaya ok. sebab tu Allah jadikan anggota badan kita berpasangan, to support each other. kalau kiri tak boleh kanan tolong, kalau kanan tak boleh, kiri tolong :)
xpe2.. nt kite buat ade mase k..?
fracture kat tibia u sama mcm i.. i accident 17/9/2005 n after 4 months pakai cast still hv a gap between that fract bone.. so 5/1/2006 i do operation sama sebiji u punyer x-ray film dgn i.. n now after 6 years, rasa sakit yg amat sgt.. Doc suggest utk buang aluminium plate ni.. so now, tgh tunggu next appointment.. time accident tu mur i 20..
-naz, jb-
Post a Comment