Wednesday, June 16, 2010

Rutin harian

Salam kepada semua.

Ketika ini, aku berada di Old Town di Bukit Pasir, di suatu sudut di bandar Batu Pahat. Memang ini tempat kegemaranku untuk melayari internet. Jika bukan di sini, pasti aku akan melayari internet di JKR di Dataran Batu Pahat. Beginilah rutin harianku. Datang menaiki motor, keseorangan, bukankah itu lebih baik? Sudah terbiasa dengan cara hidup seorang, sehingga muncul insan tersebut. Namun, bila berjauhan, aku jadi keseorangan lagi, haha.. :p

Tujuan aku melayari internet pada hari ini adalah untuk :
1. Memuat turun 'driver' bagi 'laptop' rakanku yang akan di format olehku.
2. Melayari 'facebook, dan memeriksa segala komen dan juga kemas kini.
3. Mengemaskini blog ini.
4. Melayari laman web Dell. Sudah banyak kali aku membuka laman web ini, semata-mata untuk membuat keputusan yng bijak dalam pembelian 'laptop'.
5. Melayari laman web Nikon. Sudah pasti bertujuan untuk melihat-lihat model 'DSLR', dan harga-harga.

Semalam, aku ke bandar untuk menemani adikku membeli barangan sekolah. Banyak juga yang dibelinya, antaranya ialah buku rujukan, pensil, dan juga pen. Buku rujukan saja sudah sampai 3 naskah. Berat juga.

Aku juga tidak melepaskan peluang. Sedang berjalan-jalan, ternampak pula sandal yang lawa. Dan akhirnya aku membeli sandal tersebut, berjenama 'Kronos'. Selama ini asyik memakai selipar, sekali sekala mematangkan diri dalam penjagaan imej. Baru nampak anjakan paradigma. Sempena semester baru yang akan datang. :)

Semalam juga aku tidak sempat memperbaharui lesen dan juga melayari internet seperti yang dirancang. Bila agaknya aku ingin memeprbaharui lesen agaknya?

Sejuk juga duduk di dalam Old Town ni, hampir kecut tangan, otot-otot juga jadi lenguh dan sengal-sengal. Makin menyampah untuk menaip panjang. Jumpa di entri akan datang. :)

*p/s - ingin membeli 2 'laptop', 1 untuk aku, dan 1 lagi untuk adikku. :)

Tuesday, June 15, 2010

Menjadi abang yang baik

(Entri ini ditulis pada 14.06.2010)

Salam kepada semua.

Penulis dalam keadaan kurang sihat sedikit sewaktu menaip entri ini. Sedikit pening kepala, dan badan berasa sejuk, disusuli dengan sedikit selsema. Sudah semestinya aku berasa kurang selesa dengan keadaan ini, tapi aku sedar ini adalah kesan daripada kegiatanku yang sering keluar malam sekitar jam 09:00 malam dan pulang lewat sehingga 02:00 pagi. Mulai esok (15.06.2010), aku hanya akan keluar pada siang hari sehingga sembuh selsema ini. Maklumlah, hanya pada masa cuti ini aku dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan sekampung. Sudah masuh belajar nanti, aku hanya akan berada di Shah Alam untuk tempoh yang lama. :P

Demam piala dunia juga sudah bermula. Di warung-warung sepanjang jalan, aku lihat ramai orang sedang khusyuk menonton perlawanan bola, dan semestinya tempat duduk akan penuh sehingga habis perlawanan. Aku cukup bengang kerana tiada ruang untuk aku duduk, tapi apa kan daya, aku kena faham, bukan warung tu milik keluarga aku pun. Di rumah aku juga tiada Astro, maka aku faham dengan situasi mereka. :)

Setelah berhari-hari menanti untuk memeriksa keputusan peperiksaan, akhirnya aku berjaya masuk ke dalam 'student portal' dan berjaya melihat keputusan. Alhamdulillah syukur kerana aku telah lulus subjek 'Basic Mechanics', aku hampir putus asa dan tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk lulus dan menyambung pelajaran, namun setelah aku lulus subjek ini, aku mempunyai peluang untuk memperbaiki diri, dan semestinya ingin menggunakan kesempatan ini untuk meningkatkan nilai GPA dan CGPA aku. Aku juga terpaksa mengulang subjek 'Thermodynamics' dan juga subjek ko-kurikulum iaitu 'Chess I'. Semoga semester hadapan ini, aku akan lebih berusaha. InsyaAllah.

Esok, aku akan lebih sibuk. Aku akan ke bandar untuk memperbaharui lesen motor yang akan tamat tempoh pada 18.06.2010 nanti. Kemudian, menemani adikku mencari sedikit peralatan untuk ke sekolah dan juga melayari internet seketika. Ini adalah percubaan untuk menjadi abang yang baik. :P

Jika aku mempunyai kelapangan, akan aku nukilkan sedikit untuk dimuatkan lagi pada entri akan datang. Buat masa ini, aku sedang memikirkan sesuatu dengan sangat serius. :)

Selamat menikmati cuti yang akan tamat tidak lama lagi ini. :p

*Sedang menonton Slot Aksi di TV3 - Arjuna.

Thursday, June 10, 2010

Yeah! Entri baru akhirnya.

Salam kepada semua.

Cukup lama blog ini tidak di kemaskini di sebabkan ketiadaan kemudahan internet di rumah si penulis. Maklumlah, orang kampung saja, tak mampu memiliki kemudahan internet yang begitu moden. :P

Sepanjang ketiadaan internet, apa yang mampu aku lakukan?

Berjalan-jalan cari makan. Sebenarnya lebih kepada membuang masa. Berpusing-pusing di bandar, tanpa arah tuju. Tempat biasa dituju adalah ke dataran Batu Pahat. Tiada apa yang menarik, cuma beberapa hari lepas telah diadakan karnival/ekspo di sana. Ketika itu, beberapa jalan telah ditutup untuk memberi ruang kepada peniaga menyewa tapak untuk berniaga. Karnival ini telah diadakan sehingga 06/06/2010.

Kini, keadaan kembali seperti biasa. Pernah juga ke bandar untuk melayari internet percuma di JKR Batu Pahat. Namun kini, tempat yang lebih ideal untuk melayari internet adalah di Old Town Bukit Pasir. Memang benar, air di sana mahal, tetapi lebih selesa, ada pula soket untuk mengecaj bateri. :D

Terdengar desas desus bahawa keputusan peperiksaan akan keluar pada 10/06/2010, iaitu hari ini. Memang takut, tapi aku harus menghadapinya, sama ada lulus atau tidak, aku perlu tahu. Setelah meneliti keputusan, akan aku kemas kini. Berdebar-debar rasanya. :(

Beralih ke cerita lain.

Jika aku melayari internet,perkara pertama akan aku buat adalah membuka 'facebook', kemudian membuka blog-blog tertentu, dan akhir sekali mencuba mencari maklumat-maklumat lain.

Semalam (09/06/2010), aku meneliti web Dell, Apple, dan juga Sony. Tujuanku adalah untuk memilih laptop yang sesuai mengikut keinginanku. Semuanya hebat,ada kelebihan masing-masing, namun aku lebih tertarik kepada Dell kerana teknologinya yang agak ke depan berbanding jenama lain. Aku telah cuba untuk bersikap bias. Akan aku senaraikan kelebihan laptop pilihan hatiku. Ada 2 jenis, dan kedua-duanya adalah keluaran Dell.

Seperkara yang menarik mengenai laptop ini adalah ianya menggunakan teknologi baru pada cakera kerasnya (hard disk). Cakera keras teknologi baru ini dinamakan 'Solid-State Drive' ataupun singkatannya SSD. Apakah kelebihannya? Aku ada terjumpa artikel berkenaan SSD
ketika membaca majalah pc luar negara yang berformat pdf. Mari kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan SSD ini.

1. Make Windows run more smoothly than any mechanical disk
2. Allow applications to open almost instantly
3. Faster OS booting
4. Can be install in both laptop and desktop systems

Berikut adalah sedikit kelebihan untuk SSD, tapi untuk masa ini harganya adalah 30x ganda lebih mahal berbanding cakera keras biasa.

SSD ini ada digunakan di dalam laptop keluaran Dell iaitu model Studio XPS 16'.

Maklumat lanjutboleh dirujuk di pautan berikut.

Solid-State Drive

Namun begitu, sehingga kini aku masih belum dapat membuat keputusan untuk memilih laptop yang mana satu. Haih.

*Dah memutuskan untuk membeli DSLR dari keluarga Nikon. :D