Tuesday, June 15, 2010

Menjadi abang yang baik

(Entri ini ditulis pada 14.06.2010)

Salam kepada semua.

Penulis dalam keadaan kurang sihat sedikit sewaktu menaip entri ini. Sedikit pening kepala, dan badan berasa sejuk, disusuli dengan sedikit selsema. Sudah semestinya aku berasa kurang selesa dengan keadaan ini, tapi aku sedar ini adalah kesan daripada kegiatanku yang sering keluar malam sekitar jam 09:00 malam dan pulang lewat sehingga 02:00 pagi. Mulai esok (15.06.2010), aku hanya akan keluar pada siang hari sehingga sembuh selsema ini. Maklumlah, hanya pada masa cuti ini aku dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan sekampung. Sudah masuh belajar nanti, aku hanya akan berada di Shah Alam untuk tempoh yang lama. :P

Demam piala dunia juga sudah bermula. Di warung-warung sepanjang jalan, aku lihat ramai orang sedang khusyuk menonton perlawanan bola, dan semestinya tempat duduk akan penuh sehingga habis perlawanan. Aku cukup bengang kerana tiada ruang untuk aku duduk, tapi apa kan daya, aku kena faham, bukan warung tu milik keluarga aku pun. Di rumah aku juga tiada Astro, maka aku faham dengan situasi mereka. :)

Setelah berhari-hari menanti untuk memeriksa keputusan peperiksaan, akhirnya aku berjaya masuk ke dalam 'student portal' dan berjaya melihat keputusan. Alhamdulillah syukur kerana aku telah lulus subjek 'Basic Mechanics', aku hampir putus asa dan tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk lulus dan menyambung pelajaran, namun setelah aku lulus subjek ini, aku mempunyai peluang untuk memperbaiki diri, dan semestinya ingin menggunakan kesempatan ini untuk meningkatkan nilai GPA dan CGPA aku. Aku juga terpaksa mengulang subjek 'Thermodynamics' dan juga subjek ko-kurikulum iaitu 'Chess I'. Semoga semester hadapan ini, aku akan lebih berusaha. InsyaAllah.

Esok, aku akan lebih sibuk. Aku akan ke bandar untuk memperbaharui lesen motor yang akan tamat tempoh pada 18.06.2010 nanti. Kemudian, menemani adikku mencari sedikit peralatan untuk ke sekolah dan juga melayari internet seketika. Ini adalah percubaan untuk menjadi abang yang baik. :P

Jika aku mempunyai kelapangan, akan aku nukilkan sedikit untuk dimuatkan lagi pada entri akan datang. Buat masa ini, aku sedang memikirkan sesuatu dengan sangat serius. :)

Selamat menikmati cuti yang akan tamat tidak lama lagi ini. :p

*Sedang menonton Slot Aksi di TV3 - Arjuna.

No comments: