Saturday, January 31, 2015

Ulangtahun ke-5 Perkenalan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dapat juga mencuri sedikit masa untuk menaip di sini. Syukur sebab diberi lagi kurniaan hidup di dunia ini.

Alhamdulillah, tak sangka-sangka sudah 5 tahun kami berkenalan.

Kali pertama berkomunikasi di alam maya, melalui 'Facebook', kemudian beralih kepada 'Yahoo Messenger', kemudian bertemu di alam nyata. Terima kasih kepada Farah Domo kerana memperkenalkan kami berdua.

Berkenalan kami pada tanggal 31 Januari 2010, iaitu kira-kira 5 tahun yang lalu. Memang tidak disangka kami mampu mempertahankan hubungan ini sehingga sekarang dan akan menuju ke fasa seterusnya dalam hidup ini.

Majlis itu yang dijangka akan dilangsungkan pada 1 dan 3 Mei 2015. In shaa Allah jika diizinkan Allah S.W.T. pasti akan  berjalan dengan lancar. Amin.

Selamat ulangtahun perkenalan ke-5 sayang!

Lepas ni kita kira ulangtahun perkahwinan pula, hehe...