Tuesday, June 30, 2009

Baju JAD + Twitter Merdeka 2009

Salam kepada semua.

Agak lama sebenarnya aku tak mengemaskini blog ni. Maklumlah dah nak naik semester baru, banyak perkara yang aku perlu urus
kan. Banyak juga masa yang aku gunakan untuk memuat turun lagu. Banyak juga lagu yang aku dapat, hampir kesemuanya lagu-lagu indie. Oh maaf, aku bukanlah fanatik kepada indie, tapi lagu-lagu yang dihasilkan mereka agak sedap untuk di dengar. :)

Baru beberapa hari lepas, iaitu hari Jumaat (26 Jun 2009), aku telah menerima 2 helai baju yang aku tempah sebelum ini melalui rakan JAD ku iaitu Faizal a.k.a. Sugar. Pada asalnya, aku menempah baju yang mempunyai 'design' I Love JAD yang berwarna hitam, namun oleh kerana tiada stok, aku terpaksa memilih warna putih. Dan 'design' Kuala Lumpur to Narita pula, pada asalnya aku memilih warna putih. Oleh kerana aku ingin mempunyai 2 baju yang berlainan warna, aku memilih baju berwarna hitam untuk 'design' Kuala Lumpur to Narita. Terima kasih kepada saudara Omar Afiq yang menguruskan penghantaran baju. Kos penghantaran pula adalah percuma, aku amat menghargainya. :)

'Design' I love JAD

'Design' Kuala Lumpur to Narita

Sebentar tadi, adik aku meminta tolong untuk mencari info tentang hari ibu, jadi aku memulakan kerja 'browsing' aku dan menemui beberapa artikel, dan akhirnya telah berhenti sebentar di blog saudara Sejuk. Aku telah tertarik dengan artikel mengenai 'Twitter Merdeka 2009'. Oleh kerana aku juga merupakan pengguna Twitter, maka tak salah jika aku menyertainya juga. Berikut merupakan petikan dari pencetus idea iaitu saudara Mohd Ismail.

" Idea aku begini, pada sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 tahun ini, kita semua pengguna Twitter di Malaysia laungkan Merdeka! dengan matlamat menjadikan perkataan ‘merdeka’ menjadi topik terhangat sekurang-kurangnya 24 jam.

Maka, sepanjang hari pada 31 Ogos 2009, pengguna Twitter di seluruh dunia akan dapat melihat satu perkataan Melayu yang sangat bermakna menjadi bualan hangat."
Gambar-gambar promosi Twitter Merdeka 2009, comel kan?

Jadi, apa pandangan anda? Apa yang kita tulis pada 'shout out' kita di Twitter akan terpapar di semua halaman pengguna Twitter. Gempak bukan?

Tak tahu apa tu Twitter? Ok, Twitter ni juga adalah sebahagian lagi jaringan sosial seperti juga Facebook, Friendster dan lain-lain. Jadi, tak salah jika anda menyertainya bukan?


Sebagai rakyat Malaysia, kita tunjukkan pada dunia bahawa kita juga menyayangi negara kita dan juga kita adalah seorang yang bersemangat patriotik.


Tunjukkan pada dunia, kita rakyat yang begitu menghargai kemerdekaan!

Monday, June 29, 2009

10 Seksaan Wanita Diperlihatkan Semasa Israk Mikraj Rasululullah

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan

(1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah

(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan

(3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan

(4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana

(5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.
Ada pula

(6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking . Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat

(7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala . Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.
Baginda juga melihat

(8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah

(9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai . Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang

(10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.


Diharap bagi yang membaca artikel ini, tolong lah sebarkan untuk maklumat orang ramai. Segala jasa anda akan diberikan balasan. InsyaAllah.

Saturday, June 20, 2009

Urusan beberapa hari

Salam.

Untuk beberapa hari yang akan datang ni, aku akan jadi sibuk sedikit dari hari biasa. Semester baru akan bermula beberapa minggu lagi.

Antara beberapa perkara yang harus aku lakukan ialah melakukan pendaftaran kursus. Aku akan ke UiTM Shah Alam untuk menyelesaikan perkara ini. Mulanya aku ingin ke sana dengan menaiki bas, mungkin dengan perkhidmatan bas Cepat
Ekspres. Perjalanan dari Batu Pahat ke Shah Alam. Kemudian, Idham (rakan UiTM) akan menjemput aku di stesyen bas seksyen 17.

Malam tadi mak aku memberitahu abang saudaraku yang bekerja sebagai tentera darat di Kem Sungai Besi pulang ke kampungnya di Kota Tinggi pada hari minggu ini. Jadi, mak aku mencadangkan aku menumpang abang saudaraku pada hari Ahad, iaitu semasa abang saudaraku pulang ke Kuala Lumpur. Satu kemudahan bagi aku yang agak sukar bergerak. Alhamdulillah. Aku masih memikirkan untuk menumpangnya ataupun tidak. Nak tumpang ke tak nak?

Apa yang aku perlu lakukan di Shah Alam?

Pertama sekali, aku dah memutuskan untuk menumpang di rumah Afiq (rakan UiTM) buat sementara waktu. Dalam beberapa hari sehingga selesai urusan aku. Afiq duduk di rumah sewa di seksyen 7. Dekat dengan UiTM tersebut. Sebelum ini, aku telah menetapkan untuk menumpang di rumah Idham, tapi kerana dia duduk dengan keluarganya, aku merasa tak elok jika menumpang di rumahnya. Sama ada Afiq atau Idham yang akan menjemputku, itu aku belum putuskan. Masih berfikir. Pada waktu ini, Afiq melakukan kerja sambilan di restoran. Mana lebih baik?

Kemudian, urusan yang perlu dilakukan. Pertamanya, pergi ke pejabat Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, tanya tentang kes aku. Pada pra pendaftaran yang lepas, aku telah terlepas kerana telah tutup tarikh. Pada 22 Jun - 24 Julai, akan ada pendaftaran kursus, lebih kepada memilih kelas. Kemudian pada 28 Julai - 10 Ogos pula, akan ada pengesahan kursus. Aku ingin terus ke pejabat kerana dalam surat kebenaran cuti aku ada dinyatakan, aku kena melakukan pendaftaran awal sebelum semester baru bermula. Jadi, aku akan mengambil kesempatan ini untuk memilih kelas yang aku suka dan menyusun jadual dengan rapi. :)

Seterusnya, urusan permohonan kolej. Aku rasa ada baiknya aku memohon kemudahan kolej. Oleh kerana kedudukan rumah sewa di luar kampus akan menyukarkan aku ke fakulti, lebih baik aku duduk di kolej sahaja. Kolej yang akan aku pohon ialah kolej Perindu. InsyaAllah dengan mengemukakan surat dari doktor dan melihat kepada keadaan aku, pihak pengurusan kolej akan memberi kebenaran untuk duduk di kolej. Aku juga akan memohon sekali untuk Idham, kerana ianya lebih mudah. Kami kawan rapat, maka senang untuk aku meminta tolong jika ada masalah. Aku pada dasarnya, jarang meminta pertolongan orang. Tapi dengan keadaan begini, aku memang memerlukan pertolongan. Terima kasih kepada Idham.

Oh ya, jika Tieha jadi ke UPM dan UiTM untuk menghantar rayuan, aku akan dapat berjumpa juga dengannya. Bergantung pada keadaan juga. InsyaAllah jika tiada aral yang melintang, kami dapat berjumpa. :)

Kemudian, aku akan pulang ke Batu Pahat semula, mungkin dengan menaiki bas pula. Yang aku harapkan ialah, kelancaran urusan semasa di UiTM nanti. InsyaAllah.

Friday, June 19, 2009

Pemikiran

Salam.

Kehidupan. Apa itu kehidupan? Aku adalah makhluk yang hidup, atas sebab apa aku dihidupkan? Kenapa rohku memenuhi jasadku sekarang ini? Terkadang tertanya juga persoalannya, namun aku tahu apa jawapannya. Cuma terterbit persoalan ingin bertanya kepada diri (muhasabah diri).

Aku, diberi nama Mohammad Faiz Syazwan, lahir dalam keluarga Islam. Jadi Islamku adalah warisan keturunan. Anda tahu apa maksudnya? Ini adalah nikmat terbesar sepanjang hidupku. Nikmat Islam. Aku bersyukur aku lahir dalam keluarga Islam. Bukan semua makhluk di dunia lahir kalangan keluarga Islam sahaja, tapi ramai lagi yang lahir dari keluarga yang berlainan agama.

Tapi, itu bukan persoalannya.

Persoalannya ialah sejauh mana anda mentakrif perkataan Islam itu dalam diri anda? Ok, jika anda seorang Muslim, apa yang perlu anda buat? Apa pula yang tak patut anda buat?

Apa yang aku perhatikan di sekeliling aku, sangat-sangat menyentap hati nuraniku. Aku melihat saudara-saudara seagamaku yang sewenang-wenangnya meninggalkan ajaran agama dan melakukan kemungkaran. Namun, itu bukan sepatutnya cara yang betul untuk mengadili mereka, kerana aku juga bukanlah sempurna. Tapi, aku juga ada perasaan. Adakah mereka tidak sedar bahawa kiamat itu semakin dekat? Ataupun mereka buat-buat tak tahu semata-mata ingin mengecapi segala-gala keindahan dunia? Dunia itu fana.

Di dalam kesunyian, aku cuba merenung diri. Aku cuba bermuhasabah diri.

Aku mengharapkan kekuatan iman seperti para sahabat, namun itu memang jauh sekali bagiku. Namun, di sisi Allah, hamba-Nya adalah sama rata. Asalkan aku selalu mengamalkan 'amar makruf, nahi mungkar', itulah dia perjuangan yang patut aku laungkan dan laksanakan.

Dewasa ini, kedengaran tentang 'Islam Liberal'. Aku anti Islam Liberal, bagaimana anda? Anda faham apa itu Islam Liberal? Islam yang terpesong dari asasnya iaitu sesuatu ajaran yang tidak mengguna pakai Hadis dan Al-Quran, dipadukan dengan pemikiran barat, dan juga diperjuangkan atas kesamarataan antara lelaki dan perempuan. Boleh ke seorang perempuan mengimamkan solat jemaah-jemaah lelaki? Anda akan percaya dengan sesuatu benda yang seperti ini? Tetapi untuk aku, tetap TIDAK.

Aku sakit, sakit hati memikirkan perkara-perkara ini. Namun, jauh di lubuk hatiku, aku berharap mereka ini kembali ke pangkal jalan. Masih ada ruang untuk mereka sehingga kiamat, yang mana sudah banyak tanda-tandanya yang kita boleh lihat.

Maka, bersedialah semua manusia di bumi ini untuk menerima pembalasan yang setimpal atas setiap amalan anda. Tapi ingat, perkara pertama yang akan dihisab ialah SOLAT. Maka, jangan ambil ringan perkara ini. Lakukan lah solat tanpa meninggalkannya. Ianya wajib.

Anda adalah Muslim, bangkitlah saudaraku.

(Jika anda rasakan aku mengarut, cermin diri dulu)

Tuesday, June 16, 2009

Kemalangan di depan rumahku

Salam kepada semua.

Alhamdulillah, pada kali ini aku masih lagi diberi peluang untuk mengemaskini blog ini. Agak lama juga sudah tak mengemaskini blog ini. Maka, dengan ini aku akan mengemaskini blog ini dengan sedikit perkara yang berlaku dalam hidup aku.

Pertama sekali, seperti yang diketahui, aku masih lagi belum pulih sepenuhnya. Tapi aku sudah berjaya mengorak selangkah ke hadapan. Maksudnya, ada kemajuan. Jika sebelum ini, aku berjalan dengan menggunakan bantuan kedua-dua tongkatku, sekarang aku sudah boleh menggunakan sebelah tongkat sahaja. Maklumlah, sebagai persediaan untuk menyambung belajar. Menggunakan dua tongkat agak leceh, apatah lagi digunakan untuk menampung tubuh badanku. Sakit di ketiak pula tu. Tapi bersyukurlah aku sudah boleh menggunakan sebelah tongkat. Sebelum ini aku juga pernah mencuba berjalan tanpa tongkat, tapi aku tak berniat ingin mencubanya lagi. Berjalan secara terhincut-hincut, membuat aku rasa kurang selesa. Perkara ini disebabkan lutut kananku yang belum kuat seperti biasa. Sejak kemalangan tersebut, sudah lama aku tak menampung diri menggunakan kaki kanan. Maka, lutut aku menjadi sangat lembik. Kemudian, selepas aku mencuba berjalan tanpa menggunakan tongkat, aku akan berasa kurang selesa di bahagian yang dimasukkan besi. Perkara ini terjadi kerana ada sedikit bahagian tulangku yang belum bercantum. Jadi, kesimpulannya aku tak nak mencuba berjalan tanpa tongkat sehingga pemeriksaan selanjutnya pada 27 Julai 2009 yang akan datang.

Ok, cerita seterusnya.

Malam tadi sekitar jam 7:30 malam, telah terjadi kemalangan di jalan hadapan rumahku (rumahku terletak di tepi jalan utama). Ketika itu, aku sedang melihat adik aku memotong bahan-bahan memasak seperti bawang, lada, dah bawang putih. Aku dan adik aku terdengar bunyi yang kuat. Lalu dia bertanya kepadaku tentang bunyi tersebut. Aku buat tak tahu menahu saja. Kemudian menuju ke bilik air untuk berwuduk. Selesai solat Maghrib, Abang Nazri iaitu peniaga di hadapan rumahku mengetuk pintu rumah bertanyakan lampu suluh kerana terjadi kemala
ngan di hadapan rumah. Aku terkejut, lalu menuju ke hadapan.

Sakit-sakit pun nak menyibuk ke? Hehe...

Kejadian tersebut melibatkan sebuah Perodua Kenari berwarna putih dan juga Proton Iswara berwarna biru. Kereta Kenari tersebut dipandu oleh seorang pemuda, yang cuma mengalami kecederaan di tangan. Menurut saksi yang menolong, kereta Kenari tersebut terbalik-balik di jalan beberapa kali sebelum pemandunya terhumban keluar (kes tak memakai tali pinggang keselamatan) sebelum dihempap oleh keretanya. Saksi yang ternampak telah menolong membetulkan posisi kereta yang terbalik tersebut untuk menyelamatkan mangsa yang tertindih kereta tersebut.

Maka, dengan itu tangannya telah cedera dihempap kereta. Sewaktu aku melihatnya, pemandu tersebut boleh berjalan lagi untuk mencari telefon bimbitnya, tapi aku dapat rasakan kepalanya sudah pening (mamai) akibat kemalangan tersebut. Tayar kanan hadapan kereta telah tercampak jauh, di samping kerosakan teruk pada bahagian enjin. Aku sempat menangkap gambar kereta tersebut namun tak cukup jelas akibat ketiadaan fungsi 'flash'.


Bahagian sisi kiri kereta Kenari.

Bahagian sisi kanan kereta Kenari. Tayar hadapan telah tercabut.

Untuk sebuah lagi kereta, iaitu kereta Iswara tersebut. Kereta Iswara tersebut dipandu oleh keluarga Cina. Menurut orang ramai, ada penumpang yang dikejarkan ke hospital akibat kecederaan teruk di kaki. Manakala semasa aku ke tempat kejadian, aku ternampak pemandu kereta Iswara tersebut masih di situ. Kecederaan yang dialami juga seperti pemandu Kenari terbabit iaitu kecederaan di tangan. Kereta Iswara ini telah terbalik ke tepi jalan, mujurlah kawasan terbabit berumput. Dapat mengurangkan impak juga. Satu lagi yang aku perasan, kereta Iswara ini telah melanggar penanda jalan 'Bahaya'. Agak bergaya juga bukan? Hehehe...

Kereta Iswara terbabit.

Baiklah, setakat sini saja coretan aku. Berjumpa lagi di entri akan datang. InsyaAllah.

Salam.

Saturday, June 13, 2009

Tutorial 1

Salam.

Ok, hari ini, kenapa dengan secara besemangatnya aku akan mengendalikan tutorial, hehehe... Perasan hebat lah pula. :)

Ceritanya begini, oleh kerana terpengaruh dengan cik milimilo, maka aku juga ingin memberikan sedikit tutorial. Diharap dap
at membantu kawan-kawan sekalian. Tutorial hari ini adalah berdasarkan kepada subjek 'comment'. Anda tahu apa itu 'comment'? Ok, dalam bahasa Malaysia, 'comment' ni adalah komen. Belajar bahasa sekejap bagi yang tak faham. :P

Anda perasan tak? Selalunya jika ada pelawat
yang membaca entri yang kita buat, paling tidak pun, mereka akan meninggalkan sedikit komen, sama ada yang baik atau buruk. Komen ini dapat membangkitkan semangat kita untuk memperbaiki mutu penulisan atau boleh juga menjatuhkan semangat kita. Tapi, bergantung pada jenis komen juga. Tapi macam mana kita boleh tahu jika mereka meninggalkan komen? Jika blog anda adalah seperti aku, yang cuma membenarkan 5 entri dipaparkan pada satu-satu halaman, agak sukar untuk anda mengesan jika ada sesiapa yang meninggalkan komen pada entri-entri anda yang lama.

Aku juga berfikir begitu sebelum ini. Bagaimana caranya? Lantas, dengan melakukan 'blogwalking', aku terjumpa blog milik Syada, iaitu seorang 'blogger' dari UiTM Shah Alam. Mata aku tertarik pada satu bahagian di sisi blog. Ya, ianya adalah 'sidebar comment'! Ini yang aku cari-cari selama ini. Maka, aku pun mula bertanya kepada Syada mengenai hal tersebut. Maka, beliau telah berbesar hati membantu aku mendapatkan kod HTML untuk 'sidebar comment' tersebut. Terima kasih Syada.

Berikut adalah contoh HTML bagi 'sidebar comment'. Tadi aku telah mencuba meletakkannya di dalam 'scroll box' seperti yang di ajar milimilo, tapi disebabkan ada kesilapan sedikit, maka aku terpaksa menjadikannya kepada format jpeg (gambar). Jadi, minta maaf kerana tidak dapat membekalkan 'text format'. Bagi yang tak keberatan, bolehlah menyalin semula kod-kod tersebut. :)


Ok, seperti yang anda lihat, ada url blogku iaitu http://bilapenabersuara.blogspot.com/, tukarkan url ni kepada url blog anda. Kemudian, anda akan lihat angka '3' iaitu di bahagian var a_rc=3; tukarkan nilai '3' tersebut kepada jumlah komen yang ingin anda paparkan. Jika seperti di atas, ianya akan memaparkan 3 komen. Anda bebas untuk menukarnya kepada 5 atau 7 atau 10, terpulang kepada anda. :)

Kesimpulannya, aku terpaksa belajar lagi sebelum memberi tutorial pada anda semua. Tapi bagiku, berbaloi mencuba, ilmu perlu dikongsi. Hati dah tak tertahan lagi ingin berkongsi ilmu. Oh, perasan mulia lah pula, hahaha...Ok, maka dengan sedikit tutorial ini, anda bolehlah mencubanya. Semoga berjaya. :D

Salam.

Friday, June 12, 2009

Hari ini hari Jumaat

Salam.

Hai kawan-kawan, nampaknya hari ini aku membuat 2 entri. Dah tak tahan nak meluahkan apa yang aku rasa dan pendam. Takut meluap-luap tak tertahan nanti meletup pula, hahaha... :P

Ok, hari ini hari Jumaat (12 Jun 2009) seperti hari Jumaat biasa. Aku pasti akan ke masjid di kampungku untuk menunaikan solat Jumaat. Ya, aku gembira dapat solat Jumaat. Semasa aku masih lagi terlantar tak bergerak, aku begitu rindukan saat untuk menunaikan solat Jumaat berjemaah. Dan Alhamdulillah, kini aku sudah dapat menunaikannya seperti biasa. Walaupun masih ada yang musykil sama ada aku sudah boleh sembahyang atau tidak. Perlu di ingatkan di sini, solat itu tiang agama. Walau macam mana susah pun anda, jangan sesekali meninggalkan solat. Islam sentiasa memberi kemudahan kepada penganutnya. Macam aku, untuk pengetahuan anda, masih lagi solat di bangku kerusi roda. Ok, kerusi roda. Aku sedar solat itu wajib, maka harus lakukannya walaupun sakit. Bila aku memikirkan tentang aku yang meninggalkan solat semasa sakit dahulu, aku sedih.

Baru-baru ini, semasa aku sedang duduk berehat, aku terdengar adik saudaraku berbual dengan adikku. Ok, pada perancangan, adik aku merancang untuk ke bandar bersama rakan-rakannya. Untuk makluman, adik saudaraku ini seorang perempuan, berusia lingkungan 14 tahun. Bila adik aku berkata ingin menonton wayang dan kemudia ke surau untuk solat, adik saudaraku mencelah pula.

"Eh, baik gila kau nak sembahyang!", katanya.

"Mestilah, kan wajib!", ujar adikku.

Aku yang mendengar memang berdesing telinga, tapi aku diamkan. Entah kenapa, aku merasakan aku tak mampu untuk menegurnya. Mungkin aku merasakan diri aku ni tak cukup baik untuk menegur orang. Sepatutnya tak boleh begitu. Aku menyesal kerana aku tak mampu berkata-kata dan menasihati adik saudaraku. Aku kenal benar dengan perangainya. Dia ni suka mencari lelaki-lelaki yang kononnya hensem atau matang, kemudian akan di ajak bercinta. Ramai yang menjadi mangsa perangai 'playgril' nya. Ok, aku sedar, ini satu langkah ke arah maksiat. Malah, ada juga kawanku yang melayan mesej-mesej yang dikirim oleh adik saudaraku. Aku tak mampu nak menegur dia, kerana dia juga berani kurang ajar dengan orang tuanya. Kerap kali aku perhatikan, dia menengking ibunya. Kalaulah itu adik kandungku, pasti sudah hinggap tapak tanganku ke pipi mereka. Aku sangat tegas terhadap adikku.

Keluargaku juga pernah menegur kedua-dua ibu bapanya. Namun, seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Ternyata ibu bapanya juga seakan-akan tidak berani menegurnya. Aku yang melihatnya juga berasa bengang. Sedangkan ibu bapa juga tak menegur, memanglah akan naik kepala. Aku harap sekali agar mereka dapat mengawal anak mereka, jangan lah dah terhantuk baru nak terngadah.

Ok, cukup dengan kisah itu. Siang tadi, sekitar pukul 4 petang, Nizam datang ke rumahku. Tujuan asalnya untuk mengambil lagu. Kemudian sempat berborak dengannya mengenai cek yang baru aku terima pagi tadi dari Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd. Cek bernilai RM4350 telah selamat dihantar menggunakan perkhidmatan kurier GDEX. Nizam juga berminat dengan projek yang aku buat ini. Nampaknya dia juga akan berusaha untuk menjana pendapatan pasif bersama-samaku. Semoga kita sama-sama berjaya. Untuk meninjau apa yang aku lakukan, boleh melawat ke web berikut : http://www.jutawanceramic.com/proceez

Kemudian, selepas solat Asar, aku mengajaknya ke bandar dengan tujuan untuk mendeposit duit ke bank seseorang. Nizam ingin membeli minyak Pomme Verte iaitu minyak Lampe Lerger yang akan digunakan pada masa raya nanti. Ya, jika kita mendapatkannya secara langsung dari pejabat, harganya ialah RM200+. Tapi dengan seseorang ini, kami membelinya dengan harga RM60 + RM15. Harga minyak Pomme Verte ialah RM60, dan RM15 untuk servis kurier. Sungguh murah bukan? Nak juga? Boleh hubungi aku. :)

Selesai mendeposit wang di Maybank Bukit Pasir, kami ke pusat bandar iaitu Jalan Rahmat. Tujuannya adalah untuk melakukan fotokopi terhadap cek yang aku terima pagi tadi. Kemudian, Nizam mengajakku makan di kawasan yang aku selalu lalu, namun tak pernah singgah. Jika tak silap, aku ternampak tulisan di luar kawasan gerai makan tersebut, iaitu Pertubuhan Persatuan Wanita. Ada nama panjangnya, namun aku lupa. Ok, tujuannya ialah untuk merasa bubur ayam. Menurut Nizam, bubur ayam di sini sedap. Aku mencuba, nyata sedap. Bubur ayam yang disertakan dengan teluar masin, sedikti hirisan lobak masin dan juga sedikit ikan bilis goreng. Pedas juga, kerana aku mencampurkan lada jeruk ke dalam buburku. Tapi sedap. Promosi ni. :)

Bubur ayam yang sedap a.k.a delicious. :P


Gambar aku yang diambil oleh Nizam, sedang menghayati kesedapan bubur ayam ini. Lihat pelanggan di belakangku yang juga membaham serakus-rakusnya bubur ayam. :)


Nizam juga kelihatan sedang menghayati kesedapan tiada tandingan bubur ayam tersebut. Hahaha...

Jadi, sekitar jam 7 malam, hampir maghrib, kami bertolak pulang. Penat rasanya. Jadi aku ingin berehat sementara.

Semoga berjumpa di entri akan datang. InsyaAllah.

Salam.

Blog yang menarik untuk anda

Salam kepada semua.

Pagi ini, awal-awal pagi lagi dah melakukan 'blog walking' ke blog sahabat-sahabat 'blogger'. Ternyata banyak juga yang aku terlepas. Maka, aku luangkan sedikit masa membaca entri mereka. Pelbagai jenis entri yang aku jumpa, ada yang berupa tutorial, ada juga yang berupa pengalaman.

Antara blog yang aku suka yang menceritakan tentang pengalaman diri berserta sedikit tutorial ialah blog milik Milimilo. Aku menjumpai blog beliau semasa kerap melakukan 'blog walking' dahulu. Mempunyai jumlah 'follower' yang banyak, ternyata beliau sangat 'famous'. Baru tadi aku dapat lagi sedikit ilmu untuk membuat 'layout' sendiri. Terima kasih kepada milimilo. :)

Kemudian, aku melawat blog seorang pemikir yang aku boleh kategorikan kreatif dan berfikiran kritis. Aku berkata begini kerana aku pernah satu MRSM dengannya. Walaupun tak berapa mengenalinya, aku dapat memahami sedikit perangainya. Segala yang difikirkan olehnya akan diterjemah ke dalam blog. Sebelum membaca entri di blognya, aku akan memastikan otak aku kosong untuk menerima apa yang di sampaikan. Macam pelajar nak dengar pensyarah mengajar pula. Hahaha... Ok, beliau bernama Naza, seorang pelajar, dan juga guru tuisyen semasa cuti ni. Bagi yang ingin membaca entri beliau yang agak kritis dan bersifat pengalaman, boleh melawat ke blog beliau. Anda sangat-sangat dialu-alukan. :)

Lagi seorang rakan 'blogger' ku iaitu Fais Sani. Ok, secara dasarnya, beliau merupakan rakanku semasa aku masih di dalam program JAD. Kini beliau sudah berada di Jepun untuk menyambung pengajian. Beliau juga mempunyai blog iaitu http://mohdfais.net/. Ok, beliau juga seorang yang berfikiran kritis. Aku memang agak suka pada artikel-artikel yang beliau selalu tulis. Dari apa yang aku baca setakat ini, beliau akan meluahkan segala-segalanya pengalaman di negara 'Matahari Terbit' tersebut. Maklumlah, pengalaman di Jepun juga sangat mencabar. Bayangkanlah untuk mendapatkan daging halal juga sudah agak sukar. Kemudian, entri-entri beliau juga bersifat Islamik. Anda digalakkan berkunjung ke blog beliau.

Asahlah pemikiran kritis anda dengan melawat ke blog-blog yang juga mempunyai entri yang agak berat untuk anda fahami. Betul, belum cuba belum tahu. Jadi, mulalah dari sekarang.

Tak lupa juga, terima kasih kepada Fisha, sahabat yang baru aku kenali di 'Facebook'. Dan kebetulan dia juga belajar di tempat yang sama denganku. Jadi, kami menjadi mesra dengan cepat. Hehehe... Jangan fikir bukan-bukan. Ok, sebenarnya aku nak beritahu bahawa Fisha ni telah memberi satu 'URL Link' sebuah blog iaitu http://cucuratap.blogspot.com/. Ok, bagi yang suka membaca cerita-cerita rekaan, anda dipersilakan ke blog ini. Dijamin tak bosan. Terima kasih sekali lagi kepada Fisha. :) Oh lupa pula, Fisha masih lagi mempromosikan blog ini, peminat fanatik sudah jadinya. Hahaha...

Baiklah, aku juga ingin menyambung 'blog walking' semula. Nak turut serta? Jom.

Salam.

Thursday, June 11, 2009

Trip ke Gua Tempurung

Salam kepada semua.

Kali ini, aku ingin menceritakan tentang trip ke Gua Tempurung. Baiklah, trip ni dah lama berlaku, iaitu pada 12hb Oktober 2008, tetapi sengaja aku titipkan di entri ini sebagai satu cerotan pengalamanku. Trip ini telah dianjurkan oleh kumpulan Marquis Henry, iaitu satu kumpulan di bawah Steven Yeam Network (SYN). Trip ini merupakan satu trip 'business community' kami.

Trip ini disertai sebanyak 3 bas dari Johor Bahru, Pulau pinang dan juga Kuala Lumpur. Agak banyak juga yang menyertainya. Makin ramai yang turut serta, makin meriah lah trip ini. Aku bersama Azrul, bergerak dengan kereta dari Shah Alam pada awal-awal pagi tersebut, dan menuju ke kampus UiTM puncak Perdana untuk menjemput 3 orang rakan yang akan turut serta. Mereka ialah Khairiah, Jannah dan juga Miza. Kemudian, kami ke NZ Bistro di Kuala Lumpur untuk berkumpul dan bersarapan. Seperti biasa lah, di tepi-tepi NZ Bistro tersebut memang akan dibarisi kereta-kereta mewah seperti BMW, Mercedes dan Toyota. Faham-faham sendiri lah ye. :P

2 buah bas telah tersedia di sekitar NZ Bistro tersebut iaitu bas dari Johor Bahru dan juga Kuala Lumpur, manakala 1 lagi bas bergerak dari Pulau Pinang. Setelah selesai, kami dipanggil untuk menaiki bas, lalu kami memunggah bagasi menaiki bas. Kami dijadualkan akan tiba di Gua Tempurung sekitar jam 11 pagi. Ok, aku duduk bersebelahan dengan Khairiah, manakala di hadapan aku ialah Miza dan juga Jannah. Azrul pula duduk di bangku sebelah, keseorangan, hahaha...

Banyak juga rakan yang turut serta di dalam trip ni. Antara yang aku ingat ialah Faliq, Anis, Ain, Chaly, Imran, dan banyak lagi termasuklah para Marquis yang duduk di bahagian hadapan. Sepanjang perjalanan, Faliq telah menjadi 'emcee' yang mengendalikan sesi suai kenal. Kami semua diminta untuk mengenalkan diri kepada semua orang. Bagi aku, tiada hal kerana aku pun dah terbiasa bercakap di hadapan orang ramai. Cuma kelihatan Khairiah yang malu-malu kucing untuk tampil ke depan memperkenalkan diri. Kelakar aku melihat telatahnya. :)

Kemudian, kami juga turut menari-nari 'chicken dance' di dalam bas. Meriah dibuatnya. :)

Aksi tarian peserta

Seperti yang dijangka, kami tiba di Gua Tempurung setelah jauh mengembara dengan bas. :P

Kelihatan kumpulan dari pulau Pinang telah tiba di sana, dan telah berkumpul untuk mendengar taklimat. Kami dengan pantas turun dari bas membawa lampu suluh, dan terus menyertai taklimat tersebut. Ok, aku rasa berdebar kerana ini kali pertama masuk gua, takut juga. Tapi kami akan di ketuai oleh orang yang berpengalaman di situ. Sewaktu masuk, awal-awal lagi kami terpaksa melalui sungai di dalam gua tersebut. Kali pertama masuk, aku juga terkejut. Ada sungai dalam gua? Anda tak terasa pelik? Tapi ini satu keunikan di Gua Tempurung.

Lama berjalan di dalam kegelapan, dengan kaki yang kesejukan kesan dari melalui sungai tadi. Kami terpaksa berhati-hati kerana terdapat stalaktit yang terpacak dari bumbung gua ke bawah. Jalan-jalan di dalam gua juga bukanlah rata seperti biasa. Bermacam-macam permandangan yang kami lihat di dalam gua tersebut. Ada ketika, semasa ingin menuruni curam, aku tergelincir,mujur telah ditahan oleh petugas yang menunggu di bawah curam. Bukan salahku, tapi kasut 'Converse' yang aku guna mempunyai tapak yang tidak sesuai dengan keadaan lantai gua. Agak cuak dan berdegup kencang juga jantungku. :)

Akhirnya, kami tiba di hujung gua, kelihatan sebuah taman di dalam gua, serius lawa. Bagi yang ingin melihatnya, bolehlah ke gua Tempurung. Anda tak akan rugi. Aku ingatkan sudah tamat perjalanan, maka aku telah mencabut kasutku. Ramai yang telah rilek dan menghisap rokok, aku terkecuali. Kami juga sempat mengambil gambar. Pelik tak kenapa mereka boleh membawa semua barang-barang tersebut? Ok, sebenarnya mereka awal-awal lagi dah menyediakan plastik untuk menyimpan barang. Kecewa aku, kerana kalau aku tahu, aku akan bawa kamera. Haih.

Kemudian, kami diberitahu bahawa kami perlu meneruskan perjalanan. Aku dah penat, serius penat. Lama berjalan. :(

Akhirnya kami meneruskan juga perjalanan dalam keadaan penat. Aku ditemani Khairiah. Agak malang baginya kerana kasutnya telah rosak, maka dia akan berkaki ayam sehingga ke luar gua. Kesian melihatnya, nak tergelak pun ada. Ramai juga yang mengambil berat. :P

Maka, aku menolongnya sehingga ke luar gua. Aku memimpinnya sepanjang jalan. Untuk pertama kali, kami telah tersalah jalan. Kumpulan pertama telah jauh meninggalkan kami. Yang tertinggal termasuklah Marquis Paul dan juga Marquis Henry. Kami terpaksa menunggu sementara pemandu pelancong mengambil kami. Agak takut juga kerana sesat, haih. Setelah lama menunggu, kami akhirnya dapat keluar juga dari gua. Tapi agak memenatkan ketika menaiki tangga, sumpah aku kepenatan.

Keluar gua, kami terus membersihkan diri, mandi dan menukar baju. Kemudian, kami singgah membeli burger sementara menunggu semua orang bersiap. Kami kemudian ke Jusco Ipoh untuk menjamu selera. Akhirnya, kami tiba di NZ Bistro pada sekitar jam 10 malam.

Walaupun aku dah tak menyertai SYN lagi, namun perkara ini tetap menjadi pengalaman yang berharga.

Bergambar di Jusco Ipoh

Bergambar di tepi NZ Bistro, berdekatan KLCC

Sekian di sini saja coretan aku.

Salam.

Wednesday, June 10, 2009

Tag dari Ana x 2

Salam kepada semua.

Ok, berdasarkan tajuk, serta merta anda sudah mengetahui apa yang akan aku buat, iaitu menjawab tag dari Ana. Aku akan menjawab kedua-dua tag yang diberi kepada aku. Jom.

****Tag pertama****

1. Ape perasaan anda sekarang?
Gembira :)

2. Saya nak makan?
Mee Harmee (betul-betul 'Ho Liao'), :P

3. Saya tak suka?
Berfikiran negatif

4. Impian saya?
Menjadi wakil rakyat yang berwawasan

5. Haiwan yang saya tak suka?
Lintah

6. Saya harapkan?
Amalan saya diterima

7. Jika boleh putarkan masa?
Saya tak pernah terfikir perkara ini boleh terjadi, mustahil!

8. Saya pada 10 tahun akan datang?
Usahawan yang berjaya dan warak

9. Handphone saya adalah sebuah?
Sony Ericsson K660i

10. Saya pernah bercinta sebanyak?
Banyak juga

11. Saya suka pada?
Orang yang suka saya

12. Kawan-kawan saya?
Merupakan penunjuk hala tuju hidup saya

13. Pernah dikhianati?
Pernah juga, beberapa kali

14. Apa yang anda hendak lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
Biarkan saja, tak baik membalas perbuatan jahat orang

15. Senaraikan 6 orang untuk di'tag'
-Tieha
-Tfa
-Hazwan
-Nonoy
-Khay
-Fisha

****Tag kedua****

1. How old are you?
21 years old

2. Are you single? Is it double exists?
Single? Double? Triple is good.

3. At what age do you think you’ll get married?
23, after get my insurance, :)

4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
Don't know, jodoh di tangan Tuhan

5. If not, who do you want to marry?
Anyone that suitable for me

6. Who will be your bridesmaid or your bestman?
My friends or family

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
Traditional style is better

8. Where do you plan to go for honeymoon?
Japan, for sure

9. How many guest do you think you’ll invite?
If possible, everyone that want to attend my wedding

10. Will that include your exes?
Maybe

11. How many layers of cake do you want?
I prefer 3 layers

12. When do you want to get married? Morning or evening?
All day long

13. Name the song/tune you would like to play at your wedding?
Pengantin baru song

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon/fork/ knife?
No, just use my hand

15. Champagne of red wine?
No, Sarsaparilla is better

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Before the wedding, after nikah, :P

17. Money or household items?
Both

18. How many kids would you like to have?
4, for sure

19. Will your record your honeymoon in DVD and CD?
No, don't need to

20. I want to know their wedding plan
-Tieha
-Tfa
-Hazwan
-Nonoy
-Khay
-Fisha

************

Ok, selamat sudah menjawab kedua-dua tag ni, harap-harap Ana dapat melihat jawapan kedua-dua tag yang dia bagi ni, hehehe... :P

Salam.

Ditembak dalam masjid

SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) 9 Jun –
Kejam dan tidak berperikemanusiaan!

Jenazah pembunuhan ngeri

Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).

Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.

Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.

Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka.

Seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian berlaku amat pantas kira-kira lima minit di mana empat lelaki dikatakan menyerbu masuk ke dalam masjid dari arah pintu belakang manakala dua lagi dari arah tepi.

Katanya, kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng.

‘‘Ketika kejadian berlaku saya bersama tiga lagi rakan berada dalam wakaf kira-kira 15 meter dari pintu masuk utama masjid ini, Tiba-tiba kami mendengar bunyi tembakan yang kuat bertalu-talu.

‘‘Kami bersembunyi dan bergerak ke tempat kejadian dengan perlahan-lahan dalam gelap untuk melihat apa yang berlaku dengan lebih jelas.

‘‘Saya kemudian melihat mereka memasuki masjid ini dan melepaskan tembakan ke arah kepala serta badan jemaah yang terbaring dalam ruang solat, tembakan itu dilepaskan bagi memastikan kesemua jemaah ini benar-benar mati,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat kejadian.

Hassan berkata, penyerang dipercayai memasuki kawasan masjid melalui hutan dan kawasan ladang getah di bahagian belakang bagi memastikan kehadiran mereka tidak disedari.

Katanya, pembunuh kejam itu tidak memasuki masjid melalui pintu utama kerana ia diterangi dengan cahaya lampu.

‘‘Selepas bunyi tembakan hilang, beberapa orang kampung datang dan saya bersama mereka memasuki masjid melihat mayat bergelimpangan dipenuhi dengan darah.

‘‘Ketika itu, hanya dua jemaah terselamat tanpa sebarang kesan tembakan. Salah seorang daripada mereka adalah ‘tok siak’ masjid, bagaimanapun akibat terkejut dengan serangan tersebut dia pengsan kerana serangan jantung.

‘‘Seorang lagi yang terselamat adalah ahli kumpulan ‘tabligh’ yang datang berdakwah di sini, dia terselamat kerana ketika itu sedang sujud dan setelah mendengar bunyi tembakan dia meniarap dan berpura-pura mati,” katanya.

Serangan tersebut turut menyebabkan imam masjid, Wan Nasir Wan Abdullah, 62, terkorban manakala 12 parah dan dua terselamat.

Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 11 pagi ini dan tinjauan Utusan Malaysia mendapati perkarangan masjid itu dipenuhi oleh kaum masyarakat Melayu Islam dari tiga daerah yang bergolak itu.

Malah ketika itu, ruang solat masjid berkenaan masih dipenuhi darah dan ia dibersihkan sepenuhnya oleh anggota tentera kira-kira pukul 5 petang ini.

Tinjauan juga mendapati dinding dalam masjid tersebut turut dipenuhi kesan tembakan dan kawalan keselamatan di kampung berkenaan ditingkatkan.

Petikan Utusan oleh AZRAN FITRI RAHIM

Tuesday, June 9, 2009

Slash Dot Dash (Dot Com)

slash-dot-dash-dot-slash-dot-dash-dot,
slash-dot-dash-dot-slash-dot-com,
dot-com, dot-com,
dot,dot,dot,dot-com,

slash-dot-dash-dot-slash-dot-dash-dot,
slash-dot-dash-dot-slash-dot-com.

slash-dot-dash-dot-slash-dot-dash,
dot-com, dot-com, dot-com.

slash-dot-dash-dot-slash-dot-com,
slash-dot-dash-dot-slash-dot-com,

slash-dot-dash-dot-slash-dot-dash-dot,
dot,dot,dot,dot-com.

la,la,la,la,la,la,la,la....

slash-dot-dash-dot-slash-dot-dash-dot,
slash-dot-dash-dot-slash-dot-com,
slash-dot-dash-dot-slash-dot-dash,
dot-com, dot-com, dot-com.

slash-dot-dash-dot-slash-dot-com,
slash-dot-dash-dot-slash-dot-com,
slash-dot-dash-dot-slash-dot-dash,
dot,dot,dot,dot-com.

dot-com,

dot-dot-dot-com-com-dot-dot-dot....

slash-dot-dash-dot-slash-dot-com,
slash-dot-dash-dot-slash-dot-com,
slash-dot-dash-dot-slash-dot-dash,
dot,dot,dot,dot, dot-com.

slash-dot-dash-dot-slash-dot-dash-dot,
slash-dot-dash-dot-slash-dot-com,
slash-dot-dash-dot-slash-dot-dash,
dot-com, dot-com, dot-com.

la,la,la,la,la,la,la,la....

dash-dash
dash-dot-com
dash-dot-com
com-com-com-com-com-com-com....

dash-dot-dash-dot-dash-dot-com,

slash-dot-dash-dot-slash-dot-dash-dot,
slash-dot-dash-dot-slash-dot-com,
slash-dot-dash-dot-slash-dot-dash,
dot-com, dot-com, dot-com

dash-dot-dash-dot-dash-dot-com.

Jangan guna nama Islam jika mahu bertentangan dengan syarak

Sisters in Islam (SIS) lebih baik menukarkan perkataan Islam pada pertubuhan itu kepada nama lain jika lebih banyak berperanan menentang syariat Islam, kerana ia boleh mengelirukan orang Islam.

Ulama Islam sudah letih dengan golongan bernama Islam dan berpersatuan menggunakan perkataan Islam sebaliknya lebih banyak mencari kesalahan dalam Islam daripada bertindak sebagai kumpulan yang menegakkan syariat Islam.

Tidak ada persatuan yang menggunakan nama agama mereka dan bertindak memburukkan serta mencari kesalahan kepada agama mereka sendiri sebalik kumpulan yang meletakkan Islam pada nama pertubahan itu boleh bertindak mencerca dan menghina peraturan Islam.

Islam mempunyai syariatnya tersendiri dan sesuai diterima mengikut arus zaman bagi melahirkan masyarakat, negara serta keluarga dan individu yang harmoni mengikut had dan batas yang ditentukan.

Jika peranan syariat ini tidak diguna pakai ia akan melahirkan manusia seumpama binatang dan ini nyata berbeza serta bertentangan dengan apa yang diperjuangkan pada `zaman pencerahan? iaitu menanam kebencian terhadap peranan agama Kristian bagi mendapatkan kebebasan mutlak.

Sebagai orang Islam mereka sepatutnya mempelajari Islam melalui ulama Islam bukan daripada musuh Islam seperti golongan orientalis.

Dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-55, usul daripada PAS Kawasan Shah Alam menggesa kerajaan mengharamkan SIS jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat pemulihan ke atas ahlinya.

Gesaan itu terkandung dalam salah satu yang diterima tanpa bahas semalam, di Stadium Melewati, Shah Alam.

Usul itu antara lain berbunyi menyedari bahawa aliran dan pandangan dibawa oleh SIS boleh mengelirukan masyarakat, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat program pemulihan ke atas ahlinya.

Sebaliknya kumpulan SIS yang berpendidikan Barat itu mengecam tindakan PAS dan menurut Pengurus Program SIS, Norhayati Karpawi, PAS merupakan sebuah parti politik yang autokratik dan hipokrit dalam perjuangannya.

Siapa yang hipokrit? PAS menggunakan nama Islam untuk memperjuang dan menegakkan syiar dan syariat Islam atau SIS yang menggunakan perkataan Islam pada pertubahan sebaliknya memburuk dan menentang syariat Islam.

Tindakan SIS itu bukan sahaja mencemar nama baik Islam malah boleh merosakkan akidah Islam mereka.

SIS juga tidak berakhlak sebagai orang Islam kerana menghebohkan pendapat beliau yang bertentangan dengan Islam kepada umum bukan merujuk dan meminta pandangan ulama yang arif tentang Islam terlebih dahulu.

Oleh yang demikian sayugialah Majlis Fatwa Kebangsaan mengkaji peranan SIS sama ada ia menguntungkan Islam atau lebih banyak mendatangkan keburukkan kepada Islam manakala ahlinya perlu dipulihkan kembali akidah mereka.

SIS juga mendakwa: ?PAS bersifat autokratik dan tidak mendokong prinsip demokrasi yang dilaung-laungkannya selama ini.

"Hal ini jelas bertentangan dengan prinsip kebebasan berpersatuan dan kebebasan bersuara yang diamalkan dalam kerajaan pakatan rakyat," kata Nohayati dalam sebuah media online semalam.

Orang Islam tidak menyekat kebebasan bersuara SIS sebaliknya perkataan Islam pada SIS dan peranan orang Islam dalam pertubahan itu yang membolehkan PAS dan orang Islam menegur dan mengkritik SIS.

Jika SIS tidak mahu ditegur mereka hendaklah didokongi oleh orang bukan Islam dan membuang perkataan Islam pada pertubuhan itu.

Barulah hujah boleh dilawan hujah atau berdebat sekalipun. Jika tidak tiada guna ulama melayan orang Islam atau pertubuhan yang meletakkan perkataaan Islam sebaliknya bersifat menentang syariat Islam.

Sekiranya mereka tetap berdegil mahkamah syariah boleh mendakwa mereka sebagaimana mahkamah pernah mendakwa orang Islam yang mengaku sebagai rasul Melayu, iaitu Kahar Ahmad.

SIS ditubuhkan pada 1990, apabila Dr Aminah Wadud yang pernah menimbulkan kontroversi menjadi imam sembahyang Jumaat dan sekumpulan wanita berfikiran sealiran dengannya menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memperjuangkan apa yang didakwa tidak adil kepada wanita.

Zainah Anwar menjadi pengasas dan ketua SIS yang berfahaman sekular dan liberalisme walaupun bertopengkan nama Islam pada organisasinya. SIS dicengkam dengan gaya berfikir cetusan `Enlightment? di Eropah beberapa kurun yang lalu.

Mufti Perak, Harussani Zakaria dalam satu ceramahnya pernah menyifatkan mereka ini (SIS) telah terkeluar Islam kerana mempertahankan Islam liberal yang mengatakan al-Quran sudah ketinggalan zaman.

Ahli Umno dalam perhimpunan Agungnya pada 2006 pernah mengungkit tentang kumpulan ini yang dikatakan mencabar dan menghina undang-undang Syariah.

Norhayati kemudiannya menghentam pemimpin Umno di Perhimpunan Agung Umno 2006 yang dituduh beliau sengaja mengapi-apikan sentimen dengan niat buruk terhadap kumpulan itu.

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) cawangan Pulau Pinang pernah menyelar sekeras-kerasnya program 'Musawah' iaitu Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family anjuran kumpulan ini.

Ia menyifatkan kumpulan SIS sebagai pendukung kuat fahaman sesat Islam Liberal di Malaysia dan program pertemuan Musawah dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan sebagaimana yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulamak muktabar.

Petikan dari harakahdaily.net

Monday, June 8, 2009

Percubaan membuat kad undangan perkahwinan

Salam kepada semua.

Ok, menurut tajuk entri di atas, aku dengan jayanya berjaya menghasilkan satu kad undangan perkahwinan. Pada awal pagi ini, semasa aku sedang ber'YM', aku terperasan yang hari ini, Khairiah (ini bukan Khay, jangan perasan ye Khay,hahaha...) juga turut 'online'. Saja aku menegur, berbual-bual. Hingga tiba satu topik, iaitu membuat kad undangan perkahwinan. Katanya, abangnya meminta tolong untuk membuat kad undangan perkahwinan yang 'simple'. Untuk dihantar melalui e-mail sahaja. Mungkin 'simple' lah juga agaknya. :)

Ok, aku dengan rela hati menolong membuatkan kad undangan perkahwinan tersebut. Aku tahu, aku tak pernah mencuba lagi sebelum ni, tapi dengan sedikit ilmu untuk mengendalikan 'software' Adobe Photoshop, aku mencuba juga. Maklumat-maklumat seperti nama pasangan pengantin, tempat dan tarik telah diberi. Begitu juga dengan gambar yang telah di e-mail kan kepada aku. Setelah berfikir dan mencuba, aku telah menghasilkan kad seperti di bawah. Ok, tak lawa bagi aku, aku pun tak berpuas hati, tapi aku dah buntu idea. Maka, hasilnya begini, dan aku telah menghantarnya kepada Khairiah melalui e-mail. Harap mereka berpuas hati.


Kalau anda nak mengkritik ke mengutuk ke,silakan lah. Aku menerima dengan rela hati. Yang penting, kita boleh belajar dari pengalaman kan. Betul tak? :)

Ok la, sampai sini dulu entri ini. Kita berjumpa di entri akan datang. InsyaAllah.

Salam.

Sunday, June 7, 2009

Sesuatu yang bagus untuk diamalkan

Salam kepada semua.

Hari ini, seperti biasa, ada sedikit perkongsian untuk rakan-rakan semua. Aku harap dengan sedikit perkongsian ini, dapatlah kita jadikan panduan dan iktibar. Ianya sesuatu yang bagus untuk diamalkan.

Ini sesuatu yang bagus sangat untuk diamalkan.

Rasulullah SAW bersabda, 'Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya
terputus kecuali tiga hal iaitu:-

1] Shadaqah jariah
2] Ilmu yang bermanfaat
3] Anak shalih yang mendoakannya. (HR. Muslim, Abu Dawud , At-Tirmidzi ,Nasa'i dan Ahmad )

SADAQAH JARIAH - KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR

AL SADAQAT AL JARIYAH - THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah

Give a copy of Quran to someone and each time they read from it, you
will gain hasanaat

2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit
menggunakannya, anda dapat hasanah

Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat

3. Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang

Share constructive reading material with someone

4. Bantu Pendidikan seorang anak

Help in educating a child

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah

Teach someone to recite a doa . With each recitation, you will gain hasanaat

6. Berbahagi CD Quran atau Do'a

Share a doa or Quran CD

7. Libatkan dalam pembangunan sesebuah masjid tenaga atau harta

Participate in the building of a mosque thru wealth or strength

8. Letakkan pendingin air di tempat umum

Place a water cooler in a public place

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah

Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat

Jika kita lihat, ada amalan baik yang kita lakukan, tetapi kita tidak menyedari apa yang kita lakukan tersebut akan memberikan kita kebaikan. Jadi, dalam hidup ini, kita perlulah selalu melakukan kebaikan. Hidup yang penuh dengan kebencian dan peperangan tidak akan membawa kita ke mana-mana kecuali kepada kehancuran. Akhir sekali, terima kasih kepada senior ku iaitu Syed untuk info ini. Anda boleh lah ke blog beliau untuk membaca artikel-artikel lain.

Salam.

Saturday, June 6, 2009

Berjumpa Tfa yang comel + pendek

Salam kepada semua.

Hari ini, dari pagi, aku telah ke majlis walimatul urus. Pertama, di rumah rakan sekolah rendahku, kerana kakaknya akan bersanding hari ini. Kami sekeluarga datang sekitar jam 11 pagi, masih awal pagi, tak ramai y
ang datang. Kami datang cepat kerana keluargaku akan pulang ke kampungku di Muar. Seperti biasa, bila aku ke majlis-majlis ni, aku lebih suka makan nasi putih berbanding dengan nasi minyak. Aku kurang berminat, tak tahu kenapa. Haih.

Kemudian, pulang ke rumah. Aku tak mengikut keluargaku pulang ke kampung, kerana rakan 'blogger'ku iaitu Tfa ingin datang dari KL untuk ke majlis perkahwinan rakannya. Ok, rumah pengantin
berdekatan saja dengan rumahku. Pada awalnya, aku dapat rasakan mereka akan menjumpai jalan yang betul ke rumah pengantin, tapi tekaanku silap. Mereka akhirnya sesat. Tfa telah menghubungi aku untuk bertanyakan jalan. Sewaktu Tfa menelefon, dia menyatakan mereka telah berada di Sungai Terap. Ok, untuk makluman, Sungai Terap ni di Muar. Tujuan asal adalah ke Batu Pahat. Aku bantai gelak seorang diri bila mereka telah sesat. Jangan marah ya Tfa. Hahaha... :P

Tak kisah, sebab mereka ni bukan orang sini, kalau salah jalan, kena lah bertanya. Aku memberitahu supaya melakukan pusingan U kerana mereka telah salah masuk jalan. Sepatutnya, semasa keluar dari tol Pagoh, mereka p
erlu membelok ke kanan untuk ke Batu Pahat. Akibat tersesat 2 kali, mereka telah banyak menghabiskan masa, kesian bukan? :P Aku telah memberikan panduan arah untuk mereka ke Batu Pahat. Ok, mereka berjaya.

Maka, aku pula yang perlu berfikir bagaimana untuk berjumpa dengan Tfa. Aku ada menghubungi rakan untuk ke bandar, tapi tiada jawapan. Maka, setelah solat Zohor, aku menyuruh adik aku mengeluarkan motor, panaskan enjin. Akhirnya, aku nekad ke Sungai Kajang untuk ke rumah pengantin. Untuk makluman semua, aku boleh menunggang motor, cuma tak boleh berjalan tanpa tongkat, jangan berasa pelik pula. Untuk menghidupkan motor juga, aku menyuruh adikku. Naik motor buk
an perlukan kita jejak kaki. Tiada masalah ke rumah pengantin kerana aku selalu berjalan-jalan di kawasan tersebut. Sesampai saja di destinasi, aku mesej Tfa. Akhirnya, dapatlah kami berjumpa. Ok, dia rakan 'blogger' aku, tak sangka berjumpa di Batu Pahat. Haha...

Sempat bergambar dan juga sempat bertukar lagu. Banyak juga lagu yang aku dapat. Antaranya ialah :

1. 1234 - Plain White t's
2. Lenyap - Static Emily

3. Menjauh - Static Emily

4. Cela - Boneca

5. Cinta Melulu - Efek Rumah Kaca

6. Our Song - Taylor Swift

7. Anyone Else but You - The Moldy Peaches


Berikut merupakan gambarku bersama Tfa yang pendek. Hehehe... Kenapa mataku sepet? Adakah itu satu masalah? Hahaha... :P

Bersama Tfa yang comel, :P

Terima kasih Tfa kerana sudi berjumpa, hehehe... Sewaktu aku menulis entri ini, dia masih dalam perjalanan pulang ke KL. Semoga selamat sampai. Amin.

Setakat sini saja coretanku, ada rezeki kita berjumpa di entri akan datang.

Salam.

p/s 1 : Isteri adalah kurniaan Allah kepada kita, bukannya milik kita.
p/s 2 : Bercinta biar satu, berkawan biar beribu. :)

Kelmarin, hari ini, dan esok

Salam kepada semua.

Seperti biasa, aku minta maaf kerana dah lama tak mengemaskini blog ini. Aku menjadi begini atas alasan yang munasabah juga kiranya. Kebelakangan ini, aku perlu menguruskan beberapa perkara yang penting.

Pertama sekali, menguruskan perkara berkaitan dengan pendaftaran dengan Ceramic Business Club. Ok, perkara ini telah diuruskan pada 1 Jun 2009 yang lepas. Terima kasih Hazwan kerana telah menolong aku menyelesaikan pendaftaran.

Kemudian, aku juga semakin sibuk dengan forum Carigold, di mana aku mendapatkan beberapa keperluan yang aku rasa aku perlukan buat masa ini. Antaranya ialah perkhidmatan untuk 'convert' plan nombor Maxis aku kepada plan 'Hotlink Youth Club'. Aku difahamkan oleh rakan-rakanku bahawa mereka yang telah mengaktifkan 'Campus Zone' akan mengalami 'convert' plan secara automatik. Masalah yang aku hadapi ialah, sebelum ini aku menggunakan 'post paid' di mana 'campus zone' yang aku aktifkan sebelum ini telah dimansuhkan secara automatik. Aku menukar kembali kepada 'prepaid' pada awal bulan Januari. Tak sempat untuk mengaktifkan 'campus zone' kerana aku berada di rumah, maka aku terpaksa berikthiar untuk menukar ke pelan 'Hotlink Youth Club'. Di forum Carigold, ada beberapa orang yang menawarkan servis ini, dan memerlukan kos sebanyak RM25. Ok ke?

Seterusnya, aku juga sibuk melakukan pembelian produk dari internet. Produk yang dimaksudkan ialah Jus Intra @ Jus Herba 23 Dalam 1. Ok, untuk mendapatkan Jus Intra ini, kita perlu mendapatkannya dari pengedar. Aku mengetahui mengenai produk ini dari 'flyers' yang aku terima. Begitu banyak testimonial pelanggan dan rata-rata mereka berasal dari Batu Pahat, kenapa begini agaknya? Aku juga telah menghubungi pengedar dan beliau menyatakan harga bagi produk ini ialah RM138. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini, aku telah melakukan beberapa 'survey' di internet. Produk ini merupakan produk antarabangsa, dan merupakan produk yang berjaya.Akhirnya, aku telah singgah di web e-anggun yang menawarkan jualan produk secara 'online'. Harga Jus Intra di web ini ialah RM129, iaitu RM9 lebih murah dari harga pengedar sebelum ini. Aku terus melanggan secara 'online' dan pembayarn dilakukan menggunakan Maybank2u. Lebih cepat dan senang.

Akhirnya, pada hari Rabu lepas (3 Jun 2009), aku telah menerima Jus Intra ini yang telah dihantar menggunakan Pos Laju. Aku amatt berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh pihak e-anggun. Sebarang pertanyaan yang aku ajukan melalui e-mail juga di jawab dengan cepat, memang betul-betul servis mesra pelanggan. Maka, aku dengan senang hati mempromosi web e-anggun ini. Aku bagi 5 bintang. :)

Kotak berisi Jus Intra

Jus Intra

Selain itu, beberapa hari ini, aku juga dengan rajin telah memuat turun beberapa ebook percuma yang berkaitan, oleh kerana banyak sangat ebook percuma, aku perlu memilih yang perlu sahaja. Tadi pagi juga aku telah memuat turun beberapa ebook. Semuanya berkaitan dengan perniagaan internet dan juga tentang pengurusan web atau blog. Banyak info yang aku perolehi melalui ebook-ebook tersebut. Masih banyak lagi untuk di khatamkan.

Sebentar tadi, aku mengikut keluargaku ke bandar untuk membayar ansuran di Courts, membayar duit motor dan juga kereta. Kemudian, kami ke Carefour untuk berbelanja. Banyak juga yang keluarga borong, kebanyakannya ialah barangan dapur. Balik dari Carefour, kami singgah di Farmasi Kinabalu di Bukit pasir. Tujuan aku ialah untuk mendapatkan 'Ebene Bio Ray Knee Guard'. Kenapa? Ok, lutut aku telah menjadi lemah kerana lama tidak digunakan, maka satu caranya ialah menggunakan 'guard' lutut. Walaupun mahal, aku terpaksa juga membelinya untuk menguatkan semula kaki. Resit di ambil untuk diserah kepada pihak peguam untuk 'claim' duit perubatan kakiku. Jadi, jangan risau. :)

Tiba di rumah pada jam 7:40 malam, terus ke bilik air untuk berwuduk dan solat Maghrib. Kemudian, rakanku di sekolah rendah iaitu Faiz Ahmad, telah menghantar mesej dan mengajakku berjalan. Pada mulanya, kami ke rumah Zul untuk mengambil 'skateboard' Faiz Ahmad, namun Zul tiada di rumah. Maka, kami hampa lalu ke bandar untuk melepak. Tiba di bandar, aku meminta Faiz Ahmad ke Bank Islam kerana aku ingin mengaktifkan 'online banking' Bank Islam, sebagai kemudahan. Kemudian, cuci mata di Dataran Batu Pahat. Ok, tiada yang menarik. Bosan, lalu kami bergerak pulang. Singgah sebentar di 7 Eleven untuk membeli air. Faiz Ahmad juga telah memesan burger untuk kami berdua. Kebetulan, aku tengah lapar, jadi dapatlah mengisi perut. Ok, Faiz Ahmad yang belanja, sebab aku tiada duit, hahaha...

Kemudian, balik, dan terus menonton cerita 'Scary Movie' di TV3. Kelakar, namun aku dah pernah menontonnya sebelum ini. Layankan saja.

Esok, ada majlis walimatul urus di rumah kawanku. Kakak kepada kawanku akan bersanding esok, tahniah di ucapkan. Aku bila lagi agaknya? Hahaha... InsyaAllah ada rezeki, dapatlah aku membina masjid, doakan saja anda dapat makan nasi minyak di rumah aku . :)

Baiklah, sampai di sini saja coretanku, semoga berjumpa lagi di entri akan datang. InsyaAllah.

Salam.

Wednesday, June 3, 2009

Cara Potong Kuku - Ikut Sunnah

Salam kepada semua.

Untuk entri kali ini, aku ingin berkongsi mengenai cara-cara memotong kuku yang betul dan juga kesannya. Hayatilah maklumat di bawah ini.

Cara Potong Kuku - Ikut Sunnah


RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada


• Hari Sabtu :

Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk
kepadanya penyakit.

• Hari Ahad :

Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.


• Hari Isnin :

Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat


• Hari Selasa :

Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit


• Hari Rabu :

Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya
kepapaan.

• Hari Khamis :

Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.


• Hari Jumaat :

Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


Klik pada gambar untuk saiz gambar yang lebih besar

Semoga dengan sedikit maklumat ini, kita dapat mengamalkannya. Setiap yang dipertanggungjawabkan pada kita mempunyai hikmah tersendiri. Fikir-fikirkanlah.

Semoga berjumpa di entri akan datang, InsyaAllah.

Salam.