Friday, March 13, 2009

JAD bagi diriku

Salam kepada semua.

Kebelakangan ini, aku agak tak sempat mengemaskini blog aku walaupun mempunyai masa lapang yang tersangat-sangat banyak mengalahkan rakan-rakan UiTM aku. Hahaha... Anda semua jangan cemburu. :-P

Sebenarnya, sebelum aku menjejakkan kaki di bumi UiTM Shah Alam, aku telah terlebih dahulu direkrut oleh Unisel. Kebetulan pula, masa ni cerita 'Dunia Baru' telah meletup. Jadi, aku pun rasa macam seronok+takut lah. Seronok sebab aku fikir aku dapat tengok orang berlakon agaknya. Hahaha... Aku pun tak tahu menahu apa sebabnya aku seronok+takut ni. Ah, pedulikan semua tu.

Ha, aku belajar di Unisel kerana dapat melanjutkan pelajaran di dalam program yang berprestij iaitu Japanese Associate Degree (JAD). Program ini secara ringkasnya ialah program lepasan SPM yang menjurus kepada 2 cabang kejuruteraan (engineering) iaitu elektrik (denki) dan juga mekanikal (kikai). Program ini bertempoh 5 tahun, di mana 3 tahun diploma di Unisel, dan 2 tahun ijazah di universiti (daigaku) terpilih di Jepun. Perbelanjaan untuk seorang pelajar (gakusei) berjumlah RM400,000. Nilai yang agak besar untuk melanjutkan pelajaran. Hahaha... Takut juga masa mula-mula menerima surat tawaran. :-)

Untuk makluman semua, Unisel mempunyai dua kampus iaitu di Berjuntai Bestari (dulu dikenali sebagai Batang Berjuntai, lucah juga bunyinya), dan juga di Shah Alam. Program JAD di tempatkan di kampus Shah Alam. Jadi, secara automatiknya aku tak dapat menonton pembikinan cerita 'Dunia Baru' kerana ianya dijalankan di kampus Berjuntai Bestari. Hahaha... Petempatan kami ialah di Wisma MAIS, bersebelahan dengan McD seksen 3.

Di JAD, aku ditempatkan di kelas Z. Ada 3 kelas iaitu X, Y, dan juga Z. Rata-rata yang menyertai JAD ialah bekas pelajar MRSM. Aku juga bekas pelajar MRSM, tapi MRSM biasa je, bukan mRSM Bitara pun. Hahaha... Ada juga yang datangnya dari Sekolah Sains, dan ada juga dari sekolah harian. Di kelas Z, aku duduk bersebelahan Iqbal (ex MRSM Jasin). Di belakangku pula ialah Aizuddin (ex MRSM Langkawi) dan juga Farhan a.k.a Moll (ex MRSM Jasin). Mereka bertiga ni memang pandai (tensai), tak syak lagi. Aku tahu sebab aku belajar (benkyou) dengan mereka lah. Hahaha...

Aku paling suka bila kelas Matematik (suugaku). Guru (sensei) yang mengajar ialah Anuar sensei. Anuar sensei ni memang sempoi. Bila sampai masa dia mengajar, dia akan masuk ke kelas dan terus menulis di white board, tanpa menyapa kami dahulu. Agak pelik bukan? Itulah dia Anuar sensei. Sempoi dan juga ceria.

Kelas yang paling aku tak boleh 'handle' ialah kelas Fizik (butsuri). Guru mengajar ialah Azrul sensei. Azrul sensei ni baik orangnya, tapi tegas. Semua pelajar takutkannya. Kenapa? Cara mengajar dia memang 'style' habis. Masuk-masuk, bagi salam, edarkan nota. Semester pertama, belajar dalam Bahasa Inggeris, semester kedua, dalam Bahasa Jepun. Masalah aku bermula di semester kedua, bila fizik belajar dalam Bahasa Jepun. Nak cuba? Hahaha...

Berbalik kepada persolalan takut tadi, bila kami dapat nota, ianya dalam Bahasa Jepun. Jadi, Azrul sensei akan menyuruh kami membaca nota tersebut mengikut giliran. Masa ni memang semua menggelabah. Hahaha... Aku lah yang paling menggelabah. :-P Setiap kali nak kena giliran aku, aku mesti tanya Iqbal kat sebelah. Dah lah semuanya tulisan 'Kanji' (chinese character), memang susah nak faham lah. Berbelit otak nak fahamkan. :-(

Kelas yang paling ceria pula ialah kelas Kimia (Kagaku). Guru bertugas ialah Tachibana sensei. Beliau merupakan rakyat Jepun, agak berusia tapi sangat cergas (energetic). Tachibana sensei ni akan mengajar sampai kami faham. Alhamdulillah aku tak pernah gagal dalam semua ujian kimia. :-)

Kelas Bahasa Inggeris (Ei Go) juga seronok. Guru mengajar ialah Shirin sensei. Comel orangnya dan sangat peramah. Suka bergurau. :-)

Kemudian, kelas Bahasa Jepun. Kelas paling mencabar. :-P

Berdasarkan statistik, pelajar paling ramai tidur semasa kelas Bahasa Jepun. Aku juga tersenarai sekali. Hahaha... Sebabnya mungkin kerana persekitaran berhawa dingin yang selesa untuk kami tidur, ataupun sebab belajar Bahasa Jepun ni susah. Entahlah.

Sensei-sensei yang mengajar bahasa ni ada ramai, kebetulan kami dibahagikan kepada 6 kelas. Jadi sekelas ada lah dalam 15 orang. Yang menariknya ialah, kami akan bertukar-tukar kelas dan rakan kelas. Kira macam 'random' lah. Jadi, kami beramah mesra dengan rakan-rakan baru melalui cara ini. Aku pernah mendapat kelas 'Yonde' yang bermaksud membaca. Itu je yang aku ingat, ada banyak lagi kelas.

Barisan-barisan sensei ialah :-

Yamashita
Mori
Furuuchi
Yano
Onuma
Sakurai
Maeda
Mizoi
Takahashi
Hasparina

Dan ada beberapa lagi yang aku lupa. Paling suka melihat Yano sensei mengajar, sebab terlampau-lampau bersemangat semasa mengajar. Rindu sama Yano sensei. :-P Furuuchi sensei ni suka 'aim' aku sebab aku suka tidur. Hahaha... Onuma sensei paling bergaya sekali, rambutnya agak 'style'. Sakurai sensei juga ramai peminat. Hahaha... Masih muda lagi. Mori sensei ni comel je, kecil juga orangnya. Tapi baik hati sangat. Aku pernah mengikuti kelas tambahan Bahasa Jepun dengannya, kerana agak sukar untuk memahami Bahasa Jepun. Arigatou sensei! Hasparina sensei ni satu-satunya sensei Melayu yang mengajar Bahasa Jepun. Baru masuk, tak silap aku semasa semester kedua. Beliau sangat peramah dan juga sangat hebat berbahasa Jepun. :-)

Yang mengajar subjek engineering (kougaku) pula ialah Arbain sensei, guru Melayu juga. Seorang yang berpengalaman luas dan pernah bekerja di Jepun. Baik orangnya. :-)

Sebelum aku meninggalkan JAD, telah berlangsungnya pertandingan ROBOCON 2007. Pertandingan ini adalah pertandingan robot oleh kami, pelajar tahun pertama JAD. Robot-robot juga telah dibina oleh kami semua. Setiap kumpulan terbahagi kepada 3 orang. Ahli kumpulanku ialah Hisham dan juga Wana. Nama kumpulan kami ialah, oh aku terlupa. Hahaha... Robot yang dihasilkan semuanya comel-comel dan berkuasa tinggi..Hahaha... tugas robot ialah membawa bola ping pong ke gol pihak lawan. Kami tak berjaya ke akhir kerana telah tewas disebabkan wayar remote yang putus. Agak sedih kerana kami yakin akan berjaya. Hampir 2-3 kali wayar kami putus semasa perlawanan. Sedih (Zannen).

Yang seronok ialah, pemenang ROBOCON pada tahunku telah berlawan dengan pemenang ROBOCON 2006. Keputusannya, robot tahun kami yang diwakili kumpulan Rafiq telah menang. Yay! :-) Kami yang sudah kalah ini mengambil kesempatan berlumba robot di belakang kawasan pertandingan. Hahaha... Geram sebab tak menang. :-P Pertandingan ini juga mendapat liputan di akhbar (shinbun).

Keputusan periksa telah keluar, dan aku telah mendapat gred 'D' dalam subjek Matematik dan juga Fizik. Aku telah di arah berjumpa dengan Dekan, ada juga Shirin sensei di situ. Aku diberi 2 pilihan, menyambung pelajaran di JAD atau memohon universiti lain. Agak berat bagiku untuk membuat keputusan. AKu tak sanggup gagal berkali-kali, jadi aku meminta ke universiti lain. Aku tahu ianya keputusan yang sukar, tapi aku mesti kena kuat. Aku akan berjaya di universiti lain. Aku tahu, pembelajaran subjek sains dalam Bahasa Jepun agak menyukarkan aku.

Jadi, aku telah pun bertapak di UiTM sebagai pelajar asasi kejuruteraan. :-)

Dan telah memasuki ijazah tahun pertama pada tahun 2008. Semoga aku akan berjaya.

Pagi tadi, aku telah diberitahu bahawa Aizuddin, Jasmeen dan juga Nazirul telah masuk MHI. Aku bangga dengan pencapaian mereka. Semoga mereka berjaya di Jepun. InsyaAllah. Amin.

Aku juga difahamkan, mereka akan terbang ke negara matahari terbit pada 21 dan 22hb Mac, iaitu minggu hadapan. Mereka juga baru lepas konvokesyen pada hari semalam (12hb Mac). Aku pasti akan rindukan sahabat-sahabatku ini. Walaupun cuma setahun bersama kalian. Namun aku amat rindukan kalian. :-(

Aku pasti tak akan terserempak mereka di Unisel lagi ketika mengisi minyak di Petronas seksen 7. Sungguh aku rindukan saat itu.

Aku juga telah menempah baju yang pasti menyimpan segala memori JAD dalam diri aku, meskipun jaket Unisel yang aku terima semasa di JAD telah hilang semasa kemalangan (jiko) akhir tahun lepas.Aku akan merindui JAD, sungguh bagiku, JAD adalah sebahagian memori hidupku yang tak ternilai.

Kepada rakan-rakanku, kuatkan diri anda semua. Aku juga akan menjadi kuat semangat dan berjaya seperti anda semua!

Aku akan ingat kata-kata ini, 'Ganbatte Kudasai'.

Arigatou nakama.

2 comments:

skepydono said...

salam..mgkin agak pelik skit..tp nk tanya..is it really hard studying at JAD?..dia punya time management mmg ketat ka smpai xde masa sgt nk study?

Faiz Syazwan said...

w'slm..

bg sy,agak susah,xtaw la mcm mn dgn org lain,lain org,lain penerimaannya..time managemenmt ketat sbb dia nk kt kuat dr segi mental dan fzkl la..sbb kat jepun pun blajanya tough..:)