Sunday, March 15, 2009
Along sudah pulang + majlis kahwin
Salam kepada semua.
Oh lupa bertanya. Anda semua apa khabar? Sihat? Diharapkan anda semua sihat-sihat belaka.
Hari ini, setelah lama menunggu, abangku telah balik ke semenanjung. Ya, setelah lebih kurang 7 bulan berada di bumi Borneo, baru hari ini beliau menjejakkan kaki semula ke semenanjung. Dengan menaiki pesawat AirAsia yang berharga RM233 untuk perjalanan pergi balik pada hari ini dan juga 11hb April nanti. Along tiba di lapangan terbang Senai pada sekitar pukul 1o pagi. Kami pula masih di lebuhraya PLUS menuju ke Senai pada ketika itu.
Ketika mengambil Along, banyak juga barangan yang di bawanya. Tapi semuanya tidak melebihi 20Kg. Tapi bagiku, 15Kg juga sudah agak berat. Hahaha... Maklumlah, aku kan sudah kurang upaya, hahaha... Setelah memunggah barang ke dalam kereta, perkataan pertama beliau kepadaku ialah 'POYO'. Rasa macam nak tendang je abang aku ni, tapi apa kan daya, aku kan tempang, hahaha... :-P
Selepas itu, ayah segera memacu kenderaan pulang ke Batu Pahat kerana kami terpaksa menghadiri majlis persandingan sepupu aku (abang saudara). Bertempat di sebelah Wet World Batu Pahat, kami menghantar rombongan bersanding. Aku juga turut menyertainya walaupun bertongkat. Unik juga aku kan. Hahaha... Ramai yang melihat aku bertongkat, aku peduli apa. Ada juga ramai saudaraku yang bertanya mengenai kakiku. Aku ingatkan mereka sudah mengetahuinya, maklumlah dah hampir 3 bulan. *mengeluh*
Abang Fazid atau lebih dikenali dengan panggilan Ajid, kini melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan dari Kampung Jorak Ilahi, jika aku tidak silap. Oh, bila agaknya giliran aku. Terdengar Along berbual dengan teman wanitanya mengenai perkahwinan. Aku tersenyum. :-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Abang ko dah kawin, ko bile lagi? kat JAD pun ada yang dah tunang. haha.
Eh,yang dah kawen ni abang sedara aku..abang aku belum lagi..hehe..aku lmbt lg la..Oh,yus kan,ak dgr cite dia dah tunang..Alhamdulillah..rezeki dia dah tiba..kita pun bakal menyusul,InsyaAllah..:-)
Post a Comment