Friday, February 27, 2009

Mamee Monster

Anda semua tahu Mamee Monster? Ha, yang raksasa warna biru tu, yang suka makan Mamee tu. Ha, untuk pengetahuan anda semua, aku ni kecil-kecil lagi memang suka sangat makan Mamee ni. Tapi sejak aku masuk sekolah berasrama, aku dah mengurangkan makan segala jenis 'jajan' (istilah bagi makanan ringan).

Tapi kebelakangan ini, sejak aku duduk rumah, aku menjadi bosan, dan mulutku perlu sentiasa mengunyah. Hehehe... Bukan sebab lapar, tapi gian nak mengunyah. Akhirnya, tabiat makan Mamee telah kembali menguasai diriku. Dan yang paling menarik kali ini, di dalam setiap pek Mamee ni, aku akan mendapat power card Transformer. Syok woo!


Berikut merupakan koleksi kad Transfo
rmer ku. Hehehe...

Sedikit sebanyak tentang boycott

Aku baru terbaca satu artikel ni, tentang pandangan Ustaz Zaharuddin mengenai boycott. Anda boleh la ke link di bawah untuk ke web beliau.

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=572&Itemid=72

Pagi yang cerah

Salam dan selamat pagi.

Malam tadi, aku tidur lambat. Pagi ni, aku bangun cepat. Huh, agak mengantuk sebenarnya, tapi aku bukan jenis tidur lepas bangun Subuh. Jadi, akhirnya aku memilih untuk online. Malam tadi aku ada menyertai Contest #004: Carikata. Aku telah memasukkan 3 perkataan iaitu :

PANCING
KELOMPANG
RAMPING

Kemudian, pagi ini aku telah memasukkan 3 lagi perkataan, yang pada asalnya aku dah standby 5 iaitu :

JERAYAWARA
MAKSIMA
FAMILIA

Sebenarnya ada 2 lagi perkataan iaitu, TRIBUNAL dan ANIMASI. Tetapi di sebabkan syarat mengatakan 3 perkataan untuk satu hari, amak ianya telah terlebih awal dikesan oleh peserta lain. Hehehe...

Dan, pagi ini sangat cerah. Tak mendung pun. Dan burung-burung juga berkicauan. Dan terdengar adik aku menangis teresak-esak sebab nak pinjam pc aku. Hoh? Sibuk je.

Orait, sampai sini sajalah untuk pagi ni, adik aku nak pinjam pc sebentar.

Salam.

Ikram@Kere bergaya dengan K770i


Pagi tadi, aku telah bermain mesej dengan kenalanku di UiTM. Ikram atau lebih mesra dengan penggilan Kere di kalangan kami. Kere telah membeli sebuah handphone baru pada pagi ini iaitu Sony Ericsson K770i. Mari kita lihat apakah spesifikasi yang ditonjolkan oleh K770i selaku model pelengkap handphone Cyber-shot low-end yang mampu dimiliki oleh semua orang.

Sony Ericsson K770i

General
2G Network - GSM 900 / 1800 / 1900
3G Network - UMTS 2100

Size
Dimensions - 105 x 47 x 14.5 mm
Weight - 95 g

Display
Type - TFT, 256K colors
Size - 240 x 320 pixels, 1.9 inches
- Wallpapers, screensavers

Ringtones
Type- Polyphonic (72 channels), MP3
Customization - Composer, download
Vibration - Yes

Memory
Phonebook - 1000 entries, up to 2500 numbers, Photo call
Call records - 30 received, dialed and missed calls
Card slot - Memory Stick Micro (M2), 256 MB card included
- 16 MB internal memory

Data
GPRS - Class 10 (4+1/3+2 slots), 32 - 48 kbps
HSCSD - Yes
EDGE - No
3G - Yes, 384 kbps
WLAN - No
Bluetooth - Yes, v2.0 with A2DP
Infrared port - No
USB - Yes, v2.0

Features
Messaging - SMS, MMS, Email, Instant Messaging
Browser - WAP 2.0/xHTML, HTML(NetFront), RSS feeds
Games - Yes + downloadable, order now
Colors - Truffle Brown, Ultra Violet, Sandy Beige, Henna Bronze, Soft Black, Natural Brown, Serene Black
Camera - 3.15 MP, 2048x1536 pixels, autofocus, video, LED flash, secondary VGA videocall camera
- Java MIDP 2.0
- RDS FM radio
- MP3/AAC/MPEG4 player
- TrackID music recognition
- BestPic
- T9
- Image viewer
- Picture editor
- Picture blogging
- Organiser
- Built-in handsfree
- Voice memo/dial
- Stopwatch

Battery
Standard battery, Li-Po 930 mAh (BST-38)
Stand-by - Up to 400 h
Talk time - Up to 10 h

Hobi aku yang rasanya macam sengal

Salam dan selamat malam.

Bagi yang dah tidur tu, teruskan tidur ye. Hehehe... Dah tengah malam buta ni, aku online lagi? Ish3. Orang muda zaman sekarang memang begini ye?

Aku sepanjang duduk di rumah ni, agak bosan juga lah. Kalau aku kat UiTM sekarang ni, mesti tengah berusaha belajar atau tengah bermain-main (akan berubah pada semester hadapan). Tapi duduk di rumah ni, menjadi satu kemestian untuk aku menonton televisyen. Bukan 60's TV, bukan yang tu, sekarang dah maju. Aku tengok televisyen PHILIPS ye. Hehehe...

Rancangan kegemaran aku, tentunya sinetron di TV3, iaitu 'Jelita'. Hahaha... Jangan ketawa, hanya rancangan ni yang mampu aku tengok. Entah kenapa aku boleh layan cerita begini, tapi yang pasti cerita indonesia ni suka berbelit-belit sampai panjang jadinya. Sekarang ni dah 3 hari aku tak menonton televisyen disebabkan booster yang sudah rosak. Untuk pengetahuan anda semua, rumah aku tak pasang Astro ye. Hahaha...

Kemudian, aku juga suka menonton cerita Korea di 8TV iaitu '3 Daddies with 1 Mom'. Serius cerita ni kelakar, hahaha... Ada pelakon Jay Hee dari cerita Korea 'Sassy Girl'. Macho juga lah jejaka ni. Mesti ramai perempuan yang tergila-gilakan beliau. Hehehe... Tetapi setelah cerita ni habis lebih kurang beberapa minggu lepas, di gantikan dengan cerita vertajuk 'Miss No Good'. Ni antara satu cerita terbangang pernah aku tengok. Tapi seronok untuk menonton, sebab kelakar. Hahaha... Tapi, aku tetap tak dapat menontonnya minggu ni disebabkan booster rosak. Malang sungguh.

Tapi tak kisah lah, aku leh gak online kan. Hahaha..

Bak kata Ally, orang cakap lawak saya bodoh, saya peduli apa!

Hahaha... Ayat di atas tiada kaitan dengan post ni. Saja menambah untuk menceriakan suasana pesta.

Kesimpulannya, hobi menonton televisyen begitu membuatkan badanku sengal-sengal ubi. Hahaha...

Bertemu lagi di entri seterusnya!

Tata titi tutu

Thursday, February 26, 2009

Menarik!

"Menarik!". Itulah yang aku dapat katakan.

Aku baru sahaja meng'ushar' web kepunyaan Permata Hijrah (http://produkmata.com/), dan aku temui sesuatu yang amat menggembirakan hatiku.


Ya, ubat untuk mata. Sebuah syarikat yang pernah memasuki rancangan di TV iaitu Buletin Utama. Tapi memang betul, syarikat ini sedang menempa nama di atas produknya yang unik. Aku terjumpa link ke web Permata Hijrah sewaktu sedang melayari Harakahdaily.net untuk membaca isu semasa. Ternyata ianya amat menggembirakan hatiku.

Aku telah mengalami rabun mata sewaktu berada di tingkatan 4 di MRSM Mersing. Aku mula menyedarinya sewaktu akhir tahun 2004. Kebetulan tempat dudukku ketika itu adalah di behagian belakang. Jadi, aku tidak nampak dengan jelas perkataan yang di tulis di whiteboard. Kemudian ianya semakin kritikal di saat aku perl
u mengerut-ngerutkan dahi hanya untuk melihat perkataan di hadapan. Lantas aku memberitahu keluargaku unutk mendapatkan sebingkai cermin mata.

Sehingga sekarang, aku menggunakan lagi cermin mata, tapi cuma ketika belajar. Di luar, aku kurang gemar memakainya kerana berasa amat rimas. Jadi, setelah terjumpa dengan penemuan terbaru oleh Permata Hijrah, aku turut ingin mencubanya. Diharapkan aku dapat melihat seperti biasa tanpa menggunakan cermin mata, walaupun cermin mataku yang baru di beli setahun lepas sangat mahal. Huhuhu... Macam
membazir pula, tapi kalau ianya berkaitan kesihatan, kenapa kita perlu berkompomi lagi?


Maknanya sekarang ni aku akan mendapatkan Permata Hijrah ini, tapi macam mana nak mulakan? Aku pun tak tentu nak ke bank, kerana keluargaku jarang ke bandar. Tunggu masa yang sesuai la ni. Tapi tak jadi hal punya lah, aku akan menunggu masa yang sesuai.

Yoshhh!!

Bagi kawan-kawan yang nak mencuba, bolehlah order sekarang. Segala maklumat tentang produk boleh dilihat di web mereka di :

http://produkmata.com/

Inilah perjuangan bangsa kita


Saya menyentuh tentang isu PPSMI. Jika kita lihat secara sebelah mata, kita tak akan mengambil serius tentang perkara ini. Kerana pihak media selalu akan memutar belit fakta yang sebenarnya. Hari ini, sewaktu sedang membaca Harakahdaily.net, saya telah tertarik dengan satu tajuk iaitu 'A Samad Said rela gelaran Sasterawan Negara ditarik balik'.

Anda semua kenal dengan A Samad Said? Kalau anda tak kenal, maknanya anda bukanlah seorang rakyat Malaysia. Masakan tokoh sasterawan juga anda tak kenal. Mustahil.

Berbalik kepada isu PPSMI, A Samad Said juga memperjuangkan PPSMI. Di mana kita? Adakah kita mahu melihat seorang tokoh yang disegani ramai ini memperjuangkannya tanpa kita. Kita adalah rakyat Malaysia, dan sudah tentu bahasa ibunda kita adalah Bahasa Melayu.

Saya cukup mengagumi A Samad Said, dan saya berada di pihak beliau. Meny
okong segala tindakannya untuk memartabatkan bangsa Melayu. Kita kena sedar bahwa negara-negara maju yang pernah mendapat anugerah nobel fizik seperti Jerman dan Perancis juga menggunakan bahasa mereka, dan tentunya sangat mengagungkan bahasa mereka. Begitu juga dengan negara matahari terbit iaitu Jepun.

Berikut merupakan sedikit sedutan dari Harakahdaily.net :

A Samad yang dikenali dengan panggilan Pak Samad terkenal dengan penulisan ya
ng kritis mendedahkan sebelum ini beliau sering menutup mulut dalam pelbagai isu yang dilakukan kerajaan.

"Tetapi selepas saya ke Mekah dan bertaubat, kini saya akan bercakap benar dalam segala hal, biar pun ia amat pahit di pihak kerajaan Barisan Nasional," katanya.

Kini bergantung kepada kita untuk menyokong dasar PPSMI atau menentangnya. Berdirilah di garisan yang benar.

Respon kepada boycott Friendster

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua.

Berkenaan dengan tajuk post kali ini, sebelum ini aku telah membuat post di buletin di Friendster berkenaan dengan boycott Friendster. Dan ternyata ada pihak tidak senang dengan buletin tersebut. Dan aku juga mendapat respon juga sama ada dalam bentuk buletin dan juga mesej.

Aku pun tak faham dengan pandangan segelintir masyarakat, yang berkata boycott ni tak perlu. Memang, sebab apa mereka mempunyai fikrah sedemikian rupa? Malah Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengatakan :

“Satu riyal (ringgit) yang digunakan untuk membeli barangan Amerika bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera-tentera Zionis untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin.”

Walaupun kita bukan membeli jika menggunakan friendster, tetapi setiap kali kita menggunakan khidmat di Friendster, kita telah menyumbang kepada financial zionis ini.

Berikut merupakan respon dari seorang insan yang tak dikenali.

Date: 02/24/2009 7:06 pm
Subject: Re: Boycott Friendster
Message: ape lagik delete ler friendster ko tuh.. nak tunggu aper lagik..

Kepada insan ini, aku bukan tak nak delete sekarang, tapi aku juga perlukan masa untuk inform kat kawan-kawan. Aku tak nak lost contact. At least aku beritahu lah yang aku ada MyFwen.Com, and Facebook ke. Diharapkan anda faham lah ye.

Ada juga buletin yang di hantar sebagai respon kepada buletin aku. Berikut merupakan buletin tersebut :

Date: Wednesday, 25 February, 2009 11:02 AM
Subject: Boycott tu Boycott ni.. tp hagat2 taik ayam
Message: apa la korang ni... kita cuba je la boycott seadanya... ni sampai semua benda korang nak boycott korang larat ke ??? apa yg korang makan ke ... benda2 yg korang guna tu ... kebanyakan israel amerika punya produk... aku cabar korang semua .. benda2 yg korang dah beli... contohnya makanan , alat2 make up , atau segalanya yg korang dah beli (barang israel)korang buang dalam tong sampah.... Sesetengah orang akan kata " ala barang dah beli sayang nak buang " .. so kalau korang dah buka topic BOYCOTT... Biar korang yakin diri korang BOYCOTT 100% bukan taik ayam ... cakap je...

Aku tak tahu apa sebenarnya yang di fikirkan oleh si penghantar buletin ni. Mm, tapi tak apa lah, setiap orang ada fikrah masing-masing. Aku cuma melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Kalau ada lagi pihak nak salahkan aku, silakan. Aku tetap dengan pendirian aku. Perubahan ke arah kebaikan sememangnya amat sukar. Walhal 'Solat' juga adalah sesuatu perkara yang berat. Cuba lah anda fikirkan.

Wednesday, February 25, 2009

Kisah Yahudi yang memeluk Islam

Pilgrimage to Islam
By Michael David Shapiro

I am ethnically a Russian Jew. My quest began when I was 19 years old. I was recovering from my stint with Scientology (yes I was brainwashed into it). My belief in God was uncertain. My goals in life were to be a rock star. I was living in my Pasadena apartment and working as a secretary. Funny, I know. One night I was walking to the kitchen, and encountered a dark fellow. I remembered asking him: "Can I keep this vodka in the fridge tonight?" We shook hands and went to sleep. After that point, my life changed drastically...

This dark fellow, a Muslim, was the first Muslim I had ever met. Extremely curious, I conversed with him about his faith. What's this stuff I hear about praying 5 times a day? And about Holy War? Who is this Mohammed guy? Our talks were accompanied by our Christian roommate, Wade. Together, we created "The Jewish, Christian, and Muslim dialogue sessions". In it, we discovered many differences, and many commonalities. My interest had then shifted from sex, drugs, and parties, to a massive search for the truth. A search that I had to complete. A search for God. And a search for how to follow him.

In my quest for the truth, I asked myself: "Ok let's start simple, how many God's do I think are out there?" I figured only one; knowing that a divided God is weaker than One God; figuring that if one God didn't agree with the other, there might be arguments and feuds. One God was my choice.

Hidayah is from Allah

Once I opened up mind to the possibility of existence God, I analyzed both atheist and theist beliefs. The thing that directed me to the latter was the quote "Every design has a designer". With that in mind, eventually I woke up with certainty that God exists. I can't explain why, I just felt it somehow. This newfound excitement was accompanied by a sense of responsibility to follow the Creator. The world of religion was my next frontier. Then I asked myself, "Where do I start?" There are literally thousands of them. I need a way to narrow them down to a just a few. How do I accomplish such a task? "Find the ones that are monotheistic" entered my mind. "Hey that makes sense, since I believe in only One God."

Ok, then. This ruled out Buddhism and Hinduism, both being polytheistic faiths. The major religions I encountered that fell under the title of Monotheistic, where Judaism, Christianity, and Islam. Well since I'm a Jew, I started with Judaism. One God, some prophets, 10 commandments, Torah, Jewish souls...uh, what: "Jewish souls?" While doing research this idea was brought to my attention. The story goes, "if a person is born Jewish, then they have a Jewish soul, and they must follow Judaism." Hold on a sec...that's discrimination, isn't it? That's not universal. So God makes Jewish souls, and Christian souls, and Muslim souls, and Hindu souls? I thought all men are created equal? So because one is born into a religion that means by the decree of God he must remain in it...even if the person believes it to be false? Hmm...I don't agree with that. Another thing really bothered me...there is no strict concept of hell in Judaism...then why be good? Why not sin? If I don't have fear of strict punishment, then why should I be moral? Moving on, I discovered Christianity. Ok, one God, a father, a son, and a holy ghost...one more time: one God, a father, a son, and a holy ghost. Uhhh, please explain. How can all those things be one God? 1 + 1 + 1 = 3 right? So how can you say you believe in only one God?

Explanation after explanation, equation after equation, comparison after comparison, analogy after analogy, I couldn't grasp this concept. Ok let's keep looking here. Ok, next major doctrine: Jesus died for our sins and he did this because we all are polluted with "Original Sin". So, Jesus Christ, the "son of God", had to be murdered to save everyone from Hell and cure us of our sin "given" to us by Adam. Ok then, so are you saying that we are all born as sinners? And to sin is to do something wrong right? Then you're telling me that a one-year old baby is guilty of sin or doing something wrong? Ok that's strange, so based on the actions of one man, all of mankind must suffer? What's the moral of that story? Punish the whole group if one deviates? Why would God create such a rule? That's just not in agreement with my logic. So Jesus died because he "loves mankind". Hold on, it says in the Bible that Jesus said "father, why have you forsaken me?" So, apparently, Jesus didn't understand why he was being brutally murdered. But you just said he "volunteered" to be sacrificed. Anyway, I couldn't accept this belief. Ok, what's the next religion?

Islam. Islam means submission. The main beliefs are as follows: One God, worship God five times a day, give 2.5% annual charity, fast during Ramadan (to be closer to God and appreciate life...among other reasons) and finally journey to Mecca for Hajj if you are able financially. Ok, nothing hard to understand so far. There's nothing that conflicts with my logic here. The Qur'an is a book with all of these interesting miracles and timeless wisdom. Many scientific facts only discovered recently where proclaimed 1400 years ago in this book. Ok, Islam had passed my initial religious prerequisites. But I wanted to ask some deep questions about it. Is this religion universal? Yes, anyone can understand these basic beliefs...no analogy or equation are needed. Does it agree with science? Yes, dozens of verses in the Qur'an agree with modern science and technology.

As I sifted through the countless logical facts that I read through and researched, one thing took my attention the most. "Islam". The name of this religion. I noticed it is written many times in this Qur'an. However, recalling my prior studies, I didn't remember once seeing the word "Judaism" in the Old Testament or "Christianity" in the New Testament. This was BIG. Why couldn't I find the very name of the religions in those two books? Because, there is no name in these books! Thinking...I noticed that "Judaism" could be broken down to "Juda- ism" and "Christianity" could be respectively "Christ-ianity".

So who is Juda? Or Judah, rather. He was the tribe leader of the Hebrews when God revealed his message to mankind. So this religion was named after...a person. Ok let's look at who Christ is. He was the person who delivered the message of God to the Jews. So this religion was named after...a person. So in recollection, we can deduct that the names of these religions are people's proper names attached to "ism" and "ianity". Regardless of that fact, the very names of those religions are not mentioned in their scriptures. I thought that was very odd. If I went door to door selling a product, and I said "Would you like to buy this _______"? Wouldn't the logical question be: "What is this _____ called?" I would make no money off of a product without a name. Naming is the very basis which humans identify with objects, both physical and non-physical. If religion is supposed to be practiced and spread to every person on earth, shouldn't there be a NAME for it? Moreover, shouldn't the name be given to us from God Almighty? YES, my point exactly. The names "Christianity" and "Judaism" were not written in the Holy Scriptures. Humans named them, not God.

The notion that God would ordain a religion for mankind to follow with out a name is impossible for my mind to accept. At that point, both Christianity and Judaism lost their credibility as pure, logical, and complete religions, at least from my perspective. Islam is the ONLY of these religions to include the NAME of the religion in its scriptures. This is so huge for me. I realized I would follow Islam at that point. I then became a Muslim. I knew the truth. I was out of the darkness. I came into the light...

Michael's Website

Sumber dipetik dari http://www.zaharuddin.net

Untuk Diela

Diela, be strong. Jangan biarkan emosi tu menyelubungi diri. Jangan cepat megalah sebelum kita mencuba. Cuba renungi ayat bawah ni.

I asked for Strength.........
And Allah gave me Difficulties to make me strong.

I asked for Wisdom.........
And Allah gave me Problems to solve.

I asked for Prosperity.........
And Allah gave me Brain and Brawn to work.

I asked for Courage.........
And Allah gave me Danger to overcome.

I asked for Love..........
And Allah gave me Troubled people to help.

I asked for Favours.........
And Allah gave me Opportunities.

I received nothing I wanted ........
I received everything I needed!

"So blessed be Allah, the best of creators!"
Sura The Believer (23) verse 14

Ingat, kita takkan mendapat sesuatu yang kita mahukan secara terang-terangan. Cuba muhasabah diri, setiap yang berlaku tu ada hikmah di sebaliknya. Be strong! Ingatlah, tempat kita mengadu yang abadi. Kepada-Nya lah kita memohon segalanya. Banyakkan berdoa dan minta petunjuk. =)

Tuesday, February 24, 2009

Boycott Friendster

----- Pesan Asli ----
Dari: Ali Kusuma
Kepada: angkatan9@yahoogroups.com
Terkirim: Senin, 27 Agustus, 2007 9:54:04
Topik: [NINTHer] boycott friendster !!

Bismillah...
ternyata friendster yang selama ini kita gunakan untuk menjalin ukhuwwah dan pertemanan adalah produk yahudi yang nota bene digunakan untuk mendanai israel untuk menyerang saudara2 kita. maka dari itu segera hapus account friendster kalian!! n kalo nggak tau caranya: "option" (kanan atas) truz "cancel acaount" dan isikan data kalian...
selama ini saya berpikir saya memanfaatkan mereka (baca:yahudi) untuk menjalin persahabatan ternyata malah kita yang dimanfaatkan! ! karena memperoleh banyak dana dari situ (friendster. com).

Wassalam...
-------------------------

Boycott Israel


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

K660i

Sony Ericsson K660i

SE K660i, handphone yang sedang aku guna sekarang. Bentuk dan warna yang sama.

Perancangan Ekonomi Aku?

Assalamualaikum semua.

Hari ini, aku ingin membentangkan rancangan ekonomi aku, hehehe...

Gaya nak macam dah terer sangat je kan. Tapi ini sekadar perancangan aku lagi lah. Memandangkan aku akan masuk belajar semula di UiTM pada semester hadapan.

Baiklah, jom kita mulakan.

Pada mulanya, aku akan membayar yuran sebanyak RM500 (secara kasar).

Seterusnya, aku akan mendapatkan rumah sewa, mungkin aku akan bertanya kepada kawan-kawan lah. Jika aku berjaya dalam urusan permohonan kolej, aku hanya perlu membayar RM210 untuk semester. Tetapi jika aku terpaksa duduk di rumah sewa, aku mengira sebulan aku akan membayar sewa sebanyak RM200 (maksimum).

Kemudiannya, perbelanjaan makan minum ku. Secara kasar, aku mengira sehari aku akan mengguna RM10 untuk makan minum. Jika sebulan, ianya akan dikira sebagai RM300 iaitu nilai minimum jika aku tidak makan di restoran-restoran mamak. Mengenai perbelanjaan dapur pula, aku pun tak tahu menahu sangat, tetapi aku akan peruntukkan RM100 (maksimum) sebagai belanja barang-barang dapur.

Untuk topup pula, aku akan belajar meminimumkan penggunaan kredit handphone ku. Jadi aku mengambil kira RM50 sebagai paling maksimum (aku pernah menggunakan bil, sebulan habis RM150). Tabiat ini akan aku ubah bermula semester hadapan. Lagipun di UiTM juga sudah ada servis Campuszone untuk pengguna Hotlink. Maka secara automatik aku akan mendapat rate yang murah untuk panggilan, sms dan juga servis lain.

Untuk internet pula aku akan menggunakan D'campus yang hanya memerlukan kita membayar RM30 untuk sebulan. Akses tanpa had ke internet tetapi dengan kelajuan sambungan GPRS sahaja walaupun handphoneku merupakan model 3.5G (promote2, hehehe...).

Selain itu, aku juga akan menyertai Ceramic Business Club (CBC) atas nama penuhku sendiri (own account). Ini adalah sebagai backup duit untuk berbulan-bulan selepas aku menyertainya. Buat masa ini, aku telah menyertainya, tetapi hanya berkongsi dengan sahabatku. Setelah aku percaya ianya berkesan, aku telah memutuskan untuk menyertainya. Jadi aku akan menggunakan RM900 untuk purchase produk. Kemudian, modal sebanyak RM150 untuk keahlian. Setelah menyertai CBC, aku akan menerima surat yang mengandungi 2 dated cheque bernilai RM500 setiap satu. Aku juga perlu menyimpan RM400 sebagai backup untuk repurchase produk setiap bulan.

Jadi, pengiraannya adalah seperti berikut :

RM900+RM150=RM1150

Setelah aku menunaikan cheque pada bulan pertama, aku akan repurchase produk dengan menambahkan RM400 pada RM500 tadi. Jadi aku akan menerima 2 dated cheque lagi. Di mana aku akan menunaikan 1 daripada cheque yang baru aku terima ini dengan cheque yang sebelumnya. Jadi, aku akan menunaikan cheque yang bernilai RM1000. Aku akan repurchase semula produkdengan harga RM900 dan telah untung sebanyak RM100 (simpan).

RM1000-RM900=RM100 (untung)

Dengan ini, sebulan sekali aku akan mendapat RM100 tanpa melakukan kerja, inilah kelebihan sell-back option yang terdapat dalam CBC. Jika aku mempunyai seorang partner baru, aku akan menerima 10% dari repurchase partnerku setiap bulan. Insya Allah semuanya akan berjalan lancar.

Jadi, perbelanjaanku selama sebulan ialah :

RM500 (sekali semester untuk yuran)

RM200+RM300+RM100+RM50+RM30=RM680

RM500+RM680+RM1550=RM2730

RM3500-RM2730=RM770 (Baki)

Nilai ini agak besar, jadi aku perlu mencari beberapa lagi cara untuk menambah pendapatan.
Tetapi jika menurut perancanganku, aku akan mendapat RM100 dari CBC bermulanya 2 bulan dari tarikh aku menyertainya.

Nampaknya aku terpaksa melayari web AKPK untuk merujuk tentang perancangan kewanganku. Hohoho...

Baiklah, aku akan memikirkan beberapa cara lain lagi. Orait!

Selamat bertemu kembali di entri seterusnya. =)

Monday, February 23, 2009

Seindah Mawar Berduri

Salam kepada semua!

Apa khabar anda semua? Semoga sihat walafiat hendaknya.

Hari ini, saya telah mengemaskini pc saya setelah agak lama tidak dikemaskini. Semasa membelek setiap folder, saya telah terperasan satu fail berformat microsoft word. Ya, fail cerpen yang telah lama saya tidak belek. Saya mula membeleknya semula, dan saya teringat saat selesai membaca cerpen ini pada tahun 2006.

Cerpen ini telah saya terima dari seorang sahabat semasa belajar di dalam program JAD. Cerpen ini adalah cerpen pertama yang telah membuatkan saya menitiskan air mata. Ya betul, setelah lama saya tidak menitiskan air mata ini. Bukan kerana sedih, tetapi keimanan saya telah tersentuh dengan setiap bait-bait kata cerpen 'Seindah Mawar Berduri' yang telah di karang oleh saudari Fatimah Syarha Mohd Noordin ini. Saya mengucapkan syabas dan terima kasih di atas karyanya ini yang telah berjaya menyedarkan saya.

Bagi anda yang ingin membacanya, bolehlah ke url berikut untuk membaca secara berepisod atau boleh mendapatkannya dari saya dengan menghantar email (proceez@gmail.com). Insya Allah saya akan menghantar cerpen ini kepada anda melalui email.


http://www.krueng.org/Kcerpen/

Semoga anda dapat menghayati cerpen ini. Selamat membaca! =)

Anjakan Paradigma?

Gambarku ketika bersama JAD

Sebenarnya, dari aku lepas SPM hingga sekarang, aku tak pernah belajar secara serius. Semasa di JAD, kerja semua meniru. Di asasi, kerja buat, tapi langsung tak ulangkaji. Semester 1 degree, belajar semangat, datang kelas awal, tapi kerja buat semua bertangguh. Jadi, tiada masa mengulangkaji. Banyak main-main.

Semester hadapan, aku akan berubah. Aku kena mencari rentak dalam belajar. Insya Allah boleh dapat anugerah dekan. Aku akan mencuba yang terbaik!

Killing Loneliness

Memories, sharp as daggers
Pierce into the flesh of today
Suicide of love took away all that matters
And buried the remains in an unmarked grave in your heart

With the venomous kiss you gave me
I'm killing loneliness (Killing loneliness)
With the warmth of your arms you saved me,
Oh, I'm killing loneliness with you
I'm killing loneliness that turned my heart into a tomb
I'm killing loneliness

Nailed to the cross, together
As solitude begs us to stay
Disappear in the lie forever
And denounce the power of death over our souls and secret words are said to start a war

With the venomous kiss you gave me
I'm killing loneliness (Killing loneliness)
With the warmth of your arms you saved me,
Oh, I'm killing loneliness with you
I'm killing loneliness that turned my heart into a tomb
I'm killing loneliness

Killing loneliness

With the venomous kiss you gave me
I'm killing loneliness (Killing loneliness)
With the warmth of your arms you saved me

[Killing Loneliness by HIM]

Sunday, February 22, 2009

Handphone Idamanku & Review

Model SE W980i

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Anda sem
ua ada handphone tak? Mesti ada kan? Ha, aku pun ada juga handphone. Walaupun mempunyai handphone, aku tetap juga mempunyai handphone idaman. Seperti orang lain juga, mempunyai kereta, tapi mempunyai kereta impian. Sebagai contoh, jika seseorang telah mempunyai kereta Myvi SE, adakah dia akan berpuas hati dengan keretanya? Sudah tentu tidak! Dia akan memasang impian untuk mempunyai kereta yang lebih High Standard seperti Ferrari, Lamborghini dan Porsche.

Bagi aku yang tak mempunyai kereta ni, belum lagi berfikir ke arah tersebut. Aku sekadar mempunyai handphone idaman. Hahaha... =)
Bai
klah, aku telah mempunyai handphone jenama Sony Ericsson, iaitu model K660i. Sebelum itu, aku telah mempunyai handphone Nokia 5200, namun telah di curi semasa aku tidur di dalam bilik. Di pendekkan cerita, aku hanya memakai handphone lamaku yang telah ku pakai sejak 2006. Agak lusuh juga lah. Hahaha...

Handphone SE K66
0i ini telah ku beli pada bulan Januari lepas. Pada mulanya, aku bercadang untuk membeli handphone K850i, tetapi disebabkan aku mempunyai wang yang sedikit, aku telah membeli handphone K660i. Aku membeli handphone K660i ini atas beberapa pertimbangan iaitu fungsinya yang mengoptimumkan penggunaan internet. Walhal ada handphone yang lagi power seperti K770i (3.2 MP, Cybershot), dan berharga lebih murah dari K660i. Tapi atas dasar penggunaan internet, aku telah memilih K660i. Lagipun, K660i ini ialah handphone jenis 3.5G yang mempunyai connectivity HSDPA (lebih up dari EDGE, WAP, dan GPRS).

Tetapi seperti yang ku cakap, aku mempunyai handphone idamanku juga. Handphone idamanku ini telah ku tunggu sejak setahun lepas (belum memasuki pasaran Malaysia), dan telah berada di pasaran
sejak November 2008. Dan semestinya belum mampu untuk aku miliki pada waktu ini. Handphone ini berjenama SE, iaitu model Xperia (X1). Pada masa ini, ianya berharga RM3199. Cukup mahal dan belum mampu dimiliki oleh aku. Namun, kehadiran beberapa model baru dari keluarga SE juga turut menggamit perhatianku. Terbaru, model W980i yang bergaya elegan turut mencuri perhatianku. Model ini berharga RM1699. Kedua-dua Xperia dan W980i ini juga menggunapakai HSDPA yang menyokong connectivity 3.5G. Walaupun harga model-model ini agak mahal sekarang, seperti di ketahui umum, harga model SE akan jatuh secara mendadak berikutan pengeluaran banyak model baru.

Walaupun baru dikenali di pasaran handphone dengan jenama 'Sony Ericsson', Sony berjaya menghasilkan handphone dengan teknologi yang tinggi dan berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Berlainan dengan Nokia yang menjual handphone dengan harga yang lebih mahal berbanding teknologi yang dihasilkannya. Lagipun, Nokia juga adalah sebahagian produk yang seharusnya kita boikot. Pengguna muslim boleh memilih untuk membeli jenama lain yang tidak di boikot, dan saya menyarankan anda semua memilih SE atas faktor-faktor teknologi.


Bagi yang menggemari handphone touchscreen, anda boleh memilih di antara Samsung SGH-F480, LG KC910 Renoir dan Samsung i900 Omnia. Model-model ini merupakan model full touchscreen.
Tadi merupakan sedikit entri berkenaan handphone idamanku dan juga sedikit review tentang handphone. Aku agak taksub dengan Sony Ericsson kerana ianya berpatutan (promote SE ke?). Hahaha...

Jadi, anda juga mempunyai handphone idaman. Survey dulu sebelum anda membeli. Ataupun anda boleh mendapatkannya dari aku. Hubungi email proceez@gmail.com.


Sekian saja entri kali ini, kita berjumpa pada entri akan datang.


Selamat malam semua!

Hari ini, hari .....

Salam kepada semua!

Ha! Kalau anda semua nak tahu, hari ini hari Ahad. Hebat tak aku? Hebat kan! (tiada modal dah ni).

Ye, bangun pagi, gosok gigi, mandi dan surf internet. Oyeahh!

Aku dah tak sabar-sabar menunggu esok (23hb). Kenapa?

Sebabnya, esok adalah tarikh untuk menunaikan cheque yang di terima setelah menyertai Ceramic Business Club. Gembiranya! Nak lihat cheque nya? Let check it out!

Dua keping dated cheque bertarikh sebulan dan dua bulan dari tarikh penyertaan. Aku menyertai CBC bersama Idham (share 2 la), jadi secara pembahagian, sebulan aku akan mendapat RM50, tanpa membuat kerja. Berbaloi tak? Kami join bermodalkan RM900, dan menerima cheque RM1000! Untung RM100! Ke anda still tak faham? Kalau anda tak faham, boleh lah ke link 'Jutawan Ceramic' di 'Pautan Lain' di bahagian kanan blog aku.

Cheque di atas di daftarkan atas nama idham jadi dia saja yang boleh menunaikan cheque ini. Aku akan menyertai CBC atas nama sendiri setelah naik semester hadapan. Semoga berjaya.

Jika anda berminat, boleh lah hubungi aku di 0177341204 / 0197134102 atau email proceez@gmail.com.

Anda tentukan masa depan anda! Marilah berubah. :-)

Lagu Untukmu

Do you hear me
I'm talking to you
Across the water
Across the deep blue ocean
Under the open sky
Oh my and baby I'm trying

Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ohhhohhhohhhohhohhohhhohh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I wait for you, I promise you I will

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair

Though the breezes through the trees
Move so pretty, you're all I see
As the world keeps spinning around
You hold me right here right now

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
Ohhhohhhohhhohhohhohhhohh
Ohhhohhhohhhohhohhohhhohhohhohhohh

[Lucky - Jason Mraz feat Colbie Caillat]

Saturday, February 21, 2009

Aku telah di tag oleh Paah!

Pada beberapa hari lepas, secara tiba-tiba, aku telah dikejutkan oleh sesuatu. Ya, benar! Aku telah di tag oleh Paah, hahaha...

Setelah lama tidak terkejut, aku telah dikejutkan dengan benda sengal berupa sejenis permainan 'tag' orang. Apa aku tulis ni? Aku pun agak kurang pasti, susah nak explain lah.

Bagi memendekkan cerita, kita tengok di bawah ni. Walaupun cam bangang, aku juga telah terpengaruh. Yeah! Selamat terpengaruh!!


RULES:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag as many friends.
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun!

1. IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
Dani California - Red Hot Chili Peppers (yes,california memang tenang,haha)

2. HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Bacause I'm A Girl - Kiss (Damn Shit, aku boy beb,ni penipuan terbesar 'winamp'ku,jgn caya aku girl!)

3. WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Genggam - A.C.A.B. (aku nak genggam dengan rakus,hahaha)

4. HOW DO YOU FEEL TODAY?
Save Me - Unwritten Law (selamatkan aku dari kebosanan ni,tolong3!)

5. WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
American Idiot - Green Day (yeah,right2,memang life's purpose,hahaha)

6. WHAT'S YOUR MOTTO?
Hadirlah Mustika - Spin (ahaha,cam bodoh je)

7. WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
The Rasing Fighting Spirit - Toshiro Matsuda (Theme naruto ni,member2 ingat aku mcm naruto kot,ahaha)

8. WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Shadow Of The Day - Linkin Park (aku shadow,yeah!)

9. WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Madam Muqaddimah - Akhil Hayy (ingat mati ni,hehe)

10. WHAT YOU ALWAYS DO DURING TAKE 5?
Kehampaan - A.C.A.B. (Masya Allah,nape lg ni lak yg kua?aku xtaw,jgn tny aku)

11. WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Hero/Heroine - Boys Like Girls (ha,kawan2 aku mmg hero n heroine aku..haha)

12. WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Keep Fishing - Weezer (aku memang suka memancing,haha)

13. WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Just Got Paid - N'sync (yeah,aku nak di bayar,bagus2)

14. WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Mawar hitam - Tipe X (penyesalan memang selalu menakutkan,tapi itu kenyataan!hahaha)

15. WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Dogfight - Move (nape nak kena gaduh?cam taik je,haha)

16. WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Malayneum - Butterfingers (ada kaitan ke ni??)

17. WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST??
Stop Look and Listen - Stylustiks (yes,aku memang suka stop,look and listen,hahaha)

18. WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
My Sacrifice - Creed (memang la aku takut berkorban,haha,korang x takut??)

19. WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Tiada Tangis Lagi - Ella (haha,jangan percaya ni,tpo2,haha)

20. WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Hare Nochi Hare! - Maho Tomita (aku pun x phm,ni lagu jepun,hahaha..apa maksudnya?)

21. WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Nagai Aida - Kiroro (maksudnya tempoh panjang..frens forever la mksdnya,oyeahhh!)

22. WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Sang Pencinta - Toi (aku memang pencinta wanita,namun ku bukan buaya..ahahaha)

Calcium Magnesium = Ubat Kalsium?


Pada hari Khamis yang lepas (19hb), ibuku telah menelefon pak cik ku yang berada di KL. Asalnya cuma untuk berbual, tapi aku sempat mendengar perbualannya, dia bercerita tentang kesihatanku. Secara tiba-tiba, ibuku memberi handphone nya kepadaku.Aku menjawab la pertanyaan pak cik ku. Dia menyuruhku membeli Calcium Magnesium. Dia memberitahu, aku boleh mendapatkannya di Amway. Pak cik ku juga pernah terlibat dalam kemalangan pada tahun 1991 sewaktu berkhidmat sebagai polis trafik (aku sebenarnya tak suka polis, tapi dia pak cik aku, consider lah sikit, hehehe...). Kejadian tersebut menyebabkannya patah tangan, hingga kini dia tidak mengeluarkan besi di dalam tangannya (kenapa ek?).

'Mana nak cari Amway kat Batu Pahat ni?', getus hatiku.

Setelah selesai perbualan dengannya, aku terus google tentang Calcium Magnesium. Ternyata ada, dan aku telah memberitahu ibuku tentangnya. Kami terus bersiap untuk ke farmasi. Di farmasi, adikku telah membeli ubat tersebut. Tapi aku musykil tentang ubat ni. Kenapa ek?

Di bahagian bawah tulisan Calcium Magnesium & Zinc ini, telah tertulis 'For FOOD-SENSITIVE Individuals'. Memang aku sensitif dengan sesetengah makanan, tapi aku tak perlukan ubat ni sekarang, yang aku nak ialah ubat kalsium. Confuse (lalalala...).

Adikku tersalah beli ke?

Oh tidak!!!

Maknanya terpaksa lah kami ke farmasi tersebut untuk menukarnya dengan ubat kalsium sebenar. Tensen. Hohoho...

Berita Gembira

Hye kawan-kawan!

Aku ada berita gembira ni, mungkin aku seorang je yang gembira kot. Hehehe... =)


Dalam post sebelum ini, aku ada menyebut tentang Mainkata. Sebenarnya aku telah menyertainya menggunakan nickname 'nopxbrightside', dan nyata usahaku tak lah sia-sia mana pun. At least dapat juga RM1.00. Aku menjadi finalis 12 (macam AF lak ada finalis ni). Perkataan yang memberikan kemenangan kepadaku ialah 'PANDAI'. Hehehe... Pandai pun aku ni (angkat bakul,siut je)..


Kawan-kawan, selamat mencuba!

Sedikit perkongsian

Salam dan selamat pagi!

Apa khabar anda semua? Sihat? Alhamdulillah.

Hari ini, saya terasa ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua. Diharapkan dapatlah juga memberi sedikit panduan kepada anda semua dan juga kepada diri saya juga. Insya Allah.

Pagi ini, selesainya solat Subuh, saya terus menghadap pc untuk memeriksa blog saya dan juga menyertai permainan kata di http://mainkata.com/blog/, sekadar untuk mencuba nasib. Hehehe...

Selain itu juga, saya telah memeriksa Yahoo Messenger saya. Terlihat di situ kenalan yang juga sedang memeriksa Yahoo Messenger mereka. Saya terus klik di Yahoo Messenger kenalan lama saya iaitu Azri. Beliau kini berada di UK, dan sedang meneruskan pengajiannya. Saya berniat sekadar mengacaunya, tetapi telah meleret-leret ke topik lain.

Antara topik yang kami bincangkan ialah berkenaan internet dan juga Debit Card. Beliau memberitahu saya bahawa di UK, mereka lebih maju daripada Malaysia (maklumlah, Malaysia ni negara membangun). Salah satu perkara yang menarik perhatian saya ialah, berkenaan penggunaan Debit Card. Di UK, kedai-kedai biasa juga telah melaksanakan sistem Visa, dan ianya agak memeranjatkan bagi saya kerana Malaysia tidak sebegitu maju.

Saya secara peribadinya, ada juga menyimpan Debit Card iaitu Debit Card Maybank (comel bentuknya, dan mempunyai gambar epal merah,hehehe...) dan juga Tune Card (previous post), tetapi tiada masa untuk menggunakannya. Saya juga tertarik dengan Debit Card yang di guna oleh Azri, iaitu Visa Debit Lloyds. Beliau memberitahu bahawa lebih senang untuk menggunakan Debit Card ini kerana cawangan Bank Lloyds yang banyak di UK. Bila saya bertanya tentang Maybank, beliau memberitahu Maybank tidak mempunyai banyak cawangan di UK. Beliau turut memberitahu terdapat cawangan Maybank di London. Selain itu, terdapat juga HSBC Bank di UK. Di sini kita dapat melihat bank tempatan yang menembusi pasaran dunia.

Bersentuh tentang bank ini, Azri memberitahu beliau menggunakan Islamic Banking. Saya turut bertanya tentang perbezaan. Beliau memberitahu memang banyak perbezaan di antara Islamic Banking dan juga Conventional Banking. Beliau juga menyarankan saya bertukar ke Islamic Banking. Niat kita bukan untuk mengejar kelebihan sementara, tetapi kita mempunyai kewajipan sebagai seorang muslim. Beliau juga turut memberi URL supaya boleh di jadikan rujukan berkenaan perbankan iaitu :

www.zaharuddin.net

Di sini, terdapat banyak persoalan tentang perbankan yang telah diperincikan oleh Ustaz Zaharuddin. Semoga kita dapat menambah lagi ilmu di dada menerusi sedikit maklumat yang diberikan ini. Insya Allah.

Azri juga memberitahu, sekembalinya ke Malaysia, beliau akan turut menukar dari Conventional Banking kepada Islamic Banking.

Saya berfikir sejenak. Saya mempunyai akaun di Bank Islam, CIMB, Maybank, Affin Bank dan juga Bank Simpanan Nasional. Alangkah banyaknya akaun yang perlu di convert. Tapi itu semua bukan alasan, yang penting adalah kewajipan. =)

Dan kemungkinan besar saya akan kerap menggunakan Debit Card Maybank dan Tune Card sekembalinya saya ke UiTM pada semester hadapan. Insya Allah. Lagi pun, penggunaan Credit Card sebenarnya adalah 'haram'. Fikir-fikirkan lah.

Friday, February 20, 2009

Handphone murah,lelong-lelong!

Ha, tak kan tak faham kot tajuk atas ni? Hahaha...

Kalau anda nak tahu, anda boleh mendapatkan handphone yang murah dari saya. Tak percaya ke? Tak percaya tak apa lah. Saya tak paksa pun, hahaha... Tapi bagi sesiapa yang malas nak tawar-menawar atau tawar-menawar tapi tetap dapat harga yang mahal, baik tanya saya. Betul tak?


Handphone di atas ni model Sony Ericsson W910i. Kalau di kedai, anda boleh mendapatkannya dengan harga seribu lebih. Tapi, cuba teka berapa saya boleh bagi anda? Dengan memory card 1GB, saya boleh mendapatkannya untuk anda dengan hanya

RM650!!!

Handphone ini juga adalah handphone yang di minati oleh si 'N'. Hehehe...


Berminat, hubungi saya di email : proceez@gmail.com

Selamat mendapatkan handphone murah!

Pemboikotan besar-besaran

Sempena dengan serangan zionis ke atas saudara kita di Palestin yang baru berlaku baru-baru ini, kita seharusnya sedar bahawa kita perlu memboikot semua barangan dan produk Israel dan Amerika. Bagi mereka yang tak sedar atau tak mengetahui apakah produk-produk mereka, boleh la ke url ini:

http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.h
tml

Jiakalu anda masih ragu-ragu lagi, boleh lah ke
url berikut untuk mengetahui sama ada mereka bersekutu atau pun tidak!

http://www.ifamericansknew.org/


Malah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengatakan :

“Satu riyal (ringgit) yang digunakan untuk membeli barangan Amerika bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera-tentera Zionis untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin.”
Saya juga pernah berjanji dengan kawan ingin membelanjanya prosperity burger pada tahun ini, tapi insiden yang melampau ini telah menukar haluan pandangan saya, dan saya merasakan jijik sekali untuk membeli makanan di McD, kerana saya tak sanggup setiap nilai bayaran saya ini menjadi peluru untuk memusnahkan saudara-saudara saya.

Berikut merupakan produk yang telah menjadi ke
biasaan untuk kita menggunanya secara sedar atau tidak sedar. Anda perlu menukar produk ini dengan produk Malaysia, ianya turut akan memberi kesan kepada kemajuan negara.Jadi, anda mahu bersubahat dalam membunuh saudara seagama kita yang tidak bersalah?

Anda jangan cuma memikirkan tentang kesenangan diri anda, fikirlah tentang saudara kita yang sedang menderita di sana.

Boikot lah semua produk-produk sekutu-sekutu terlaknat ini.

Thursday, February 19, 2009

Permainan Kata

Hye kawan-kawan!

Pagi ini, semasa sedang mengemaskini Facebook, mataku secara automatik telah melirik ke arah satu iklan, iaitu Mainkata. Nampak menarik, fikirku.

Aku andaikan ianya permainan berupa 'puzzle'. Nyata tekaanku hampir tepat, melainkan permainan ini memerlukan kita membina perkataan daripada satu major perkataan (perkataan utama). Aku tak melepaskan peluang, kerana permainan ini nampak seronok, jadi tak salah jika kita mencuba.

Aku mencuba Contest #002 Binakata yang mana tarikh tamatnya ialah pada malam ini. Aku telah memasukkan 3 perkataan dasar yang dapat di fikirkan olehku iaitu :

CENDERA
PANDAI
RANCAP

Namun, setelah memeriksa 'posting' dari peserta lain, nyata aku telah lambat, kerana mereka telah terlebih awal memikirkannya. Bukan nasibku, getusku dengan sedikit geram. =)

Apa yang lebih menarik, permainan ini membolehkan kita mendapatkan hadiah wang tunai. Anda suka? Mestilah suka, betul tak? Kalau anda berminat, anda boleh menyertainya melalui pautan Mainkata yang berada di sebelah kanan blog ini iaitu di kawasan 'Pautan Lain'.

Selamat mencuba, semoga anda berjaya membina perkataan yang unik dan mendapatkan duit!

Menerima surat-surat dan kad?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Hye kawan-kawan! Apa khabar anda semua? di harapkan anda semua sihat-sihat belaka dan sentiasa di limpahi kurnia-Nya. Insya' Allah.

Oh ye, sudah lama aku tidak menulis di blog ini, ada lah dalam 2 hari juga. Telah banyak perkara aku lalui dalam masa dua hari kebelakangan ini. Agak-agaknya apa ek?

Pada hari Selasa lepas (17hb), aku telah menerima surat dari BonusKad Loyalty Sdn Bhd. Mereka telah menghantar Bonuslink Card yang t
elah aku 'apply' pada sebulan lepas, dan di janjikan sampai 3 minggu selepas 'apply'. Ternyata telah sampai pada waktunya. Tahniah BonusKad Loyalty Sdn Bhd.! =)Aku menerima dua Bonuslink Card iaitu untuk aku dengan supplementary card untuk family, atas nama ayahku. Bonuslink Card ni boleh digunakan di banyak tempat, antaranya ialah SHELL, PARKSON, MAXIS dan ASTRO. Dan banyak lagi sebenarnya tempat-tempat lain yang anda boleh 'swipe' kad anda. Dijamin sampai 3 minggu dari tarikh anda 'apply'. Hahaha... Bagi yang berkereta atau bermotor dan selalu isi minyak di stesen minyak Shell, boleh lah 'apply' ye.

Dapatkan Bonuslink Card anda di http://www.b
onuslink.com.my.

Sebelum aku menerima Bonuslink Card ni, aku telah menerima surat cinta dari YPM. YPM telah berjaya mencari aku dalam masa 2 tahun ini. H
ahaha... Di dalam suratnya, YPM telah menyatakan aku adalah seorang pria yang tampan, tak mungkin mereka akan lepaskan walaupun bertahun-tahun mencari. Hahaha... Gurauan je ni, jangan percaya YPM akan menyatakan begitu, walaupun aku sebenarnya agak tampan. =)

YPM telah menghantar surat berbunyi 'Tuntutan Bayaran Balik Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi (DPPT) Yayasan Pelajaran Mara'. Ha,agak-agak a
nda lah kan, apa tujuan surat ni?
Hahaha...

Setelah aku quit dari program JAD (Japanese Associate Degree) di Unisel Shah Alam pada suku tahun 2007, YPM telah membelanjakan RM16105 untuk aku seorang. Yang quit adalah 3 orang. Ramai tu, yelah, 3 orang, kan jamak tu. JAD se
memangnya tough, hahaha...
Aku sebenarnya ingin mendapat penjelasan terperinci tentang pembayaran balik pinjaman ni, terpaksalah aku call pihak YPM. =)


Sekarang aku sedang menunggu kedatangan surat-surat seterusnya terutamanya dari Petronas. Kenapa? Ha, sebabnya aku juga telah meng'apply' Mymesra Card. Hahaha... gila kad agaknya aku ni. Cuba kita fikir-fikirkan balik, kita ni selalu mengisi minyak tapi kita tiada kad ni, rugi lah kan point-point kita. 'Burn' macam tu je. Sayang beb!

Dapatkan Mymesra Card anda di http://www
.mymesra.com.my.

Selain itu, aku juga telah meng'apply' Tune Card. Ha, yang ni best. Anda perlu meng'apply'nya, sebab kad ni macam Credit Card tapi ianya sebenarnya adalah Debit Card. Kita cuma boleh membelanjakan amaun yang kita isi ke dalam kad ini sahaja. Jadi, kita tak akan over budget!. =)


Dapatkan Tune Card anda di http://www.tunemoney.com.my.

Seterusnya, aku juga telah mendaftar sebag
ai ahli Rakan Muda. Setelah pendaftaran online, aku telah menerima Rakan Muda Klasik Card yang di pos ke rumahku. Di sebabkan aku merupakan ahli baru, aku hanya menerima Kad Klasik. Kad ini boleh di'upgrade' ke Kad Emas dan juga Kad Platinum bergantung kepada penglibatan kita.Dengan kad ini, kita boleh mengumpul mata di setiap tempat aktiviti, dan juga kita boleh mendapat diskaun di tempat-tempat terpilih yang memaparkan pelekat 'Welcome Kad Rakan Muda' di depan premis jualan mereka, sebagai contoh di Karangkraf, Focus Point, MPH Bookstore dan Tropicana Life. Berbaloi! Anda juga seharusnya mempunyai satu kad ini, dan jangan lupa menyertai semua aktiviti yang dianjurkan pihak Rakan Muda atau Kementerian Belia dan Sukan untuk mengumpul mata ganjaran! Dapatkan Rakan Muda Klasik Card anda di http://www.2-u.com.my.

Yeah, jadilah pengumpul kad sejati sekarang!

Semoga anda berjaya mengumpul kad-kad yang memberi faedah ini, percuma kecuali untuk Tune Card. =)

Semoga berjaya!