Monday, February 23, 2009

Seindah Mawar Berduri

Salam kepada semua!

Apa khabar anda semua? Semoga sihat walafiat hendaknya.

Hari ini, saya telah mengemaskini pc saya setelah agak lama tidak dikemaskini. Semasa membelek setiap folder, saya telah terperasan satu fail berformat microsoft word. Ya, fail cerpen yang telah lama saya tidak belek. Saya mula membeleknya semula, dan saya teringat saat selesai membaca cerpen ini pada tahun 2006.

Cerpen ini telah saya terima dari seorang sahabat semasa belajar di dalam program JAD. Cerpen ini adalah cerpen pertama yang telah membuatkan saya menitiskan air mata. Ya betul, setelah lama saya tidak menitiskan air mata ini. Bukan kerana sedih, tetapi keimanan saya telah tersentuh dengan setiap bait-bait kata cerpen 'Seindah Mawar Berduri' yang telah di karang oleh saudari Fatimah Syarha Mohd Noordin ini. Saya mengucapkan syabas dan terima kasih di atas karyanya ini yang telah berjaya menyedarkan saya.

Bagi anda yang ingin membacanya, bolehlah ke url berikut untuk membaca secara berepisod atau boleh mendapatkannya dari saya dengan menghantar email (proceez@gmail.com). Insya Allah saya akan menghantar cerpen ini kepada anda melalui email.


http://www.krueng.org/Kcerpen/

Semoga anda dapat menghayati cerpen ini. Selamat membaca! =)

3 comments:

nurhazDV said...

dayah minat gile cerite nih....fatimah syrha tu murobbi die..

Faiz Syazwan said...

murobbi tu apa ek?

nurhazDV said...

mcm idola lebih kurang...