Tuesday, February 24, 2009

Perancangan Ekonomi Aku?

Assalamualaikum semua.

Hari ini, aku ingin membentangkan rancangan ekonomi aku, hehehe...

Gaya nak macam dah terer sangat je kan. Tapi ini sekadar perancangan aku lagi lah. Memandangkan aku akan masuk belajar semula di UiTM pada semester hadapan.

Baiklah, jom kita mulakan.

Pada mulanya, aku akan membayar yuran sebanyak RM500 (secara kasar).

Seterusnya, aku akan mendapatkan rumah sewa, mungkin aku akan bertanya kepada kawan-kawan lah. Jika aku berjaya dalam urusan permohonan kolej, aku hanya perlu membayar RM210 untuk semester. Tetapi jika aku terpaksa duduk di rumah sewa, aku mengira sebulan aku akan membayar sewa sebanyak RM200 (maksimum).

Kemudiannya, perbelanjaan makan minum ku. Secara kasar, aku mengira sehari aku akan mengguna RM10 untuk makan minum. Jika sebulan, ianya akan dikira sebagai RM300 iaitu nilai minimum jika aku tidak makan di restoran-restoran mamak. Mengenai perbelanjaan dapur pula, aku pun tak tahu menahu sangat, tetapi aku akan peruntukkan RM100 (maksimum) sebagai belanja barang-barang dapur.

Untuk topup pula, aku akan belajar meminimumkan penggunaan kredit handphone ku. Jadi aku mengambil kira RM50 sebagai paling maksimum (aku pernah menggunakan bil, sebulan habis RM150). Tabiat ini akan aku ubah bermula semester hadapan. Lagipun di UiTM juga sudah ada servis Campuszone untuk pengguna Hotlink. Maka secara automatik aku akan mendapat rate yang murah untuk panggilan, sms dan juga servis lain.

Untuk internet pula aku akan menggunakan D'campus yang hanya memerlukan kita membayar RM30 untuk sebulan. Akses tanpa had ke internet tetapi dengan kelajuan sambungan GPRS sahaja walaupun handphoneku merupakan model 3.5G (promote2, hehehe...).

Selain itu, aku juga akan menyertai Ceramic Business Club (CBC) atas nama penuhku sendiri (own account). Ini adalah sebagai backup duit untuk berbulan-bulan selepas aku menyertainya. Buat masa ini, aku telah menyertainya, tetapi hanya berkongsi dengan sahabatku. Setelah aku percaya ianya berkesan, aku telah memutuskan untuk menyertainya. Jadi aku akan menggunakan RM900 untuk purchase produk. Kemudian, modal sebanyak RM150 untuk keahlian. Setelah menyertai CBC, aku akan menerima surat yang mengandungi 2 dated cheque bernilai RM500 setiap satu. Aku juga perlu menyimpan RM400 sebagai backup untuk repurchase produk setiap bulan.

Jadi, pengiraannya adalah seperti berikut :

RM900+RM150=RM1150

Setelah aku menunaikan cheque pada bulan pertama, aku akan repurchase produk dengan menambahkan RM400 pada RM500 tadi. Jadi aku akan menerima 2 dated cheque lagi. Di mana aku akan menunaikan 1 daripada cheque yang baru aku terima ini dengan cheque yang sebelumnya. Jadi, aku akan menunaikan cheque yang bernilai RM1000. Aku akan repurchase semula produkdengan harga RM900 dan telah untung sebanyak RM100 (simpan).

RM1000-RM900=RM100 (untung)

Dengan ini, sebulan sekali aku akan mendapat RM100 tanpa melakukan kerja, inilah kelebihan sell-back option yang terdapat dalam CBC. Jika aku mempunyai seorang partner baru, aku akan menerima 10% dari repurchase partnerku setiap bulan. Insya Allah semuanya akan berjalan lancar.

Jadi, perbelanjaanku selama sebulan ialah :

RM500 (sekali semester untuk yuran)

RM200+RM300+RM100+RM50+RM30=RM680

RM500+RM680+RM1550=RM2730

RM3500-RM2730=RM770 (Baki)

Nilai ini agak besar, jadi aku perlu mencari beberapa lagi cara untuk menambah pendapatan.
Tetapi jika menurut perancanganku, aku akan mendapat RM100 dari CBC bermulanya 2 bulan dari tarikh aku menyertainya.

Nampaknya aku terpaksa melayari web AKPK untuk merujuk tentang perancangan kewanganku. Hohoho...

Baiklah, aku akan memikirkan beberapa cara lain lagi. Orait!

Selamat bertemu kembali di entri seterusnya. =)

No comments: