Saturday, February 21, 2009

Calcium Magnesium = Ubat Kalsium?


Pada hari Khamis yang lepas (19hb), ibuku telah menelefon pak cik ku yang berada di KL. Asalnya cuma untuk berbual, tapi aku sempat mendengar perbualannya, dia bercerita tentang kesihatanku. Secara tiba-tiba, ibuku memberi handphone nya kepadaku.Aku menjawab la pertanyaan pak cik ku. Dia menyuruhku membeli Calcium Magnesium. Dia memberitahu, aku boleh mendapatkannya di Amway. Pak cik ku juga pernah terlibat dalam kemalangan pada tahun 1991 sewaktu berkhidmat sebagai polis trafik (aku sebenarnya tak suka polis, tapi dia pak cik aku, consider lah sikit, hehehe...). Kejadian tersebut menyebabkannya patah tangan, hingga kini dia tidak mengeluarkan besi di dalam tangannya (kenapa ek?).

'Mana nak cari Amway kat Batu Pahat ni?', getus hatiku.

Setelah selesai perbualan dengannya, aku terus google tentang Calcium Magnesium. Ternyata ada, dan aku telah memberitahu ibuku tentangnya. Kami terus bersiap untuk ke farmasi. Di farmasi, adikku telah membeli ubat tersebut. Tapi aku musykil tentang ubat ni. Kenapa ek?

Di bahagian bawah tulisan Calcium Magnesium & Zinc ini, telah tertulis 'For FOOD-SENSITIVE Individuals'. Memang aku sensitif dengan sesetengah makanan, tapi aku tak perlukan ubat ni sekarang, yang aku nak ialah ubat kalsium. Confuse (lalalala...).

Adikku tersalah beli ke?

Oh tidak!!!

Maknanya terpaksa lah kami ke farmasi tersebut untuk menukarnya dengan ubat kalsium sebenar. Tensen. Hohoho...

No comments: