Semasa aku di zaman kegemilangan 'bocha-bocha' dulu, memang masyuk!
Sebut saja apa perkara yang aku tak pernah buat? Mm,sebenarnya aku tak pandai berenang, tu je rasanya aku tak pernah buat. Maklumlah mana aku pernah 'nguber' kat parit-parit kat kampung aku tu. Takut dengan ibubapa ku yang comel-comel tu, (mereka berkeupayaan bertukar ganas bila aku buat salah). Hahaha...
Dulu-dulu memang aku ni ada skil memancing lah. Kononnya masa tu hebat la, walhal ilmu tak seberapa. Umpan pun tak payah nak korek-korek tanah tangkap cacing. buat umpan sendiri punya! Hahaha... Umpan ni aku buat dengan campuran tepung gandum (di ambil secara diam-diam dari dapur rumah) dan di campurkan dengan belacan (aksi yang sama ditonjolkan).
Hasilnya, umpan terulung abad ini (kenyataan kanak-kanak aku) yang berjaya menjinakkan banyak ikan puyu. YEAHHH!
Tapi, ada kisah tentang aku 'nguber' juga akhirnya, secara tak di sengajakan.
Kisahnya begini....
Kejadian ni berlaku semasa aku masih lagi di Kampung Sungai Gersik. Aku rasa masa tu masih lagi berumur 6-7 tahun (zaman kegemilangan). Petang tu, aku dengan jiran depan rumah aku iaitu Hakim, planning nak pergi memancing. Tak jauh pun lokasinya, kat jambatan depan rumah je. Hahaha...
Walaupun lokasi ni macam dekat, jangan tak percaya kalau aku cakap memang banyak ikan. Segala macam ikan yang aku jumpa (tak ada lah banyak mana pun jenis). Contohnya, ikan seluang, ikan puyu, ikan lundu, ikan keli, ikan haruan dan lain-lain spesis. Tempat ni memang hari-hari jadi tumpuan kami memancing.
Masa tu, aku dgn Hakim tengah sibuk-sibuk la memancing depan rumah. Disebabkan rumput yang panjang-panjang tak di potong lagi, kami susah untuk mendapatkan ikan. Aku fikir masa tu, malang agaknya nasib kami petang tu. Jangkaanku meleset, bukan malang bagi kami! Tetapi malang bagi aku!
Aku masa tu, tengah menarik pancing aku lah. nak di unjun-unjun ke tempat lain, tapi malang tak berbau mata kail pancing aku ni tersangkut la dengan rumput. Jadi, aku telah tertarik ke bawah dan.. DEBUSHH!
Aku dah terjatuh ke dalam parit! Hakim panik!
"Wey! Ko okay tak ni?"
"Jap aku panggil mak ko!". Hanya tu je yang kedengaran bila aku lemas.
Kebetulan, pada masa tu, abang aku yang berada di atas rumah terkejut, seraya bertindak melakukan stunt, iaitu terjun sepeti 'superman' dari tingkap rumah kayu nenekku. Tindakan bawah sedar kot rasanya (sayang adik rupanya abang aku ni). Hahaha... ibubapa ku dan juga kerabat-kerabat keluargaku panik dan serta-merta bergegas ke tempat kejadian.
Nah! Aku yang masa tu lemas, sempat la berpaut pada rumput yang tebal-tebal tu. Nasib aku memang baik setelah nasib malang tu. Aku selamat. Dan terima kasih kepada encik rumput yang banyak berjasa! Hehehe...
Petang tu, aku di mandikan ibu ku. Habis kaki aku kena sental dengan berus dawai hitam. Badan kena sabun kaw2 punya. Bau memang macam parit, hahaha... memanglah kan, baru je lepas 'nguber'.
Tu lah kisah aku 'nguber' secara tak sengaja. Sampai sekarang, aku mempunyai kebolehan untuk tidak boleh berenang. Macam budak getah la, atau adakah aku ni mempunyai kuasa budak getah??
1 comment:
laa..tak reti berenang la nih?
Post a Comment