Thursday, February 26, 2009

Menarik!

"Menarik!". Itulah yang aku dapat katakan.

Aku baru sahaja meng'ushar' web kepunyaan Permata Hijrah (http://produkmata.com/), dan aku temui sesuatu yang amat menggembirakan hatiku.


Ya, ubat untuk mata. Sebuah syarikat yang pernah memasuki rancangan di TV iaitu Buletin Utama. Tapi memang betul, syarikat ini sedang menempa nama di atas produknya yang unik. Aku terjumpa link ke web Permata Hijrah sewaktu sedang melayari Harakahdaily.net untuk membaca isu semasa. Ternyata ianya amat menggembirakan hatiku.

Aku telah mengalami rabun mata sewaktu berada di tingkatan 4 di MRSM Mersing. Aku mula menyedarinya sewaktu akhir tahun 2004. Kebetulan tempat dudukku ketika itu adalah di behagian belakang. Jadi, aku tidak nampak dengan jelas perkataan yang di tulis di whiteboard. Kemudian ianya semakin kritikal di saat aku perl
u mengerut-ngerutkan dahi hanya untuk melihat perkataan di hadapan. Lantas aku memberitahu keluargaku unutk mendapatkan sebingkai cermin mata.

Sehingga sekarang, aku menggunakan lagi cermin mata, tapi cuma ketika belajar. Di luar, aku kurang gemar memakainya kerana berasa amat rimas. Jadi, setelah terjumpa dengan penemuan terbaru oleh Permata Hijrah, aku turut ingin mencubanya. Diharapkan aku dapat melihat seperti biasa tanpa menggunakan cermin mata, walaupun cermin mataku yang baru di beli setahun lepas sangat mahal. Huhuhu... Macam
membazir pula, tapi kalau ianya berkaitan kesihatan, kenapa kita perlu berkompomi lagi?


Maknanya sekarang ni aku akan mendapatkan Permata Hijrah ini, tapi macam mana nak mulakan? Aku pun tak tentu nak ke bank, kerana keluargaku jarang ke bandar. Tunggu masa yang sesuai la ni. Tapi tak jadi hal punya lah, aku akan menunggu masa yang sesuai.

Yoshhh!!

Bagi kawan-kawan yang nak mencuba, bolehlah order sekarang. Segala maklumat tentang produk boleh dilihat di web mereka di :

http://produkmata.com/

No comments: