Hye kawan-kawan! Apa khabar anda semua? di harapkan anda semua sihat-sihat belaka dan sentiasa di limpahi kurnia-Nya. Insya' Allah.
Oh ye, sudah lama aku tidak menulis di blog ini, ada lah dalam 2 hari juga. Telah banyak perkara aku lalui dalam masa dua hari kebelakangan ini. Agak-agaknya apa ek?
Pada hari Selasa lepas (17hb), aku telah menerima surat dari BonusKad Loyalty Sdn Bhd. Mereka telah menghantar Bonuslink Card yang telah aku 'apply' pada sebulan lepas, dan di janjikan sampai 3 minggu selepas 'apply'. Ternyata telah sampai pada waktunya. Tahniah BonusKad Loyalty Sdn Bhd.! =)

Dapatkan Bonuslink Card anda di http://www.bonuslink.com.my.
Sebelum aku menerima Bonuslink Card ni, aku telah menerima surat cinta dari YPM. YPM telah berjaya mencari aku dalam masa 2 tahun ini. Hahaha... Di dalam suratnya, YPM telah menyatakan aku adalah seorang pria yang tampan, tak mungkin mereka akan lepaskan walaupun bertahun-tahun mencari. Hahaha... Gurauan je ni, jangan percaya YPM akan menyatakan begitu, walaupun aku sebenarnya agak tampan. =)
YPM telah menghantar surat berbunyi 'Tuntutan Bayaran Balik Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi (DPPT) Yayasan Pelajaran Mara'. Ha,agak-agak anda lah kan, apa tujuan surat ni?
Hahaha...
Setelah aku quit dari program JAD (Japanese Associate Degree) di Unisel Shah Alam pada suku tahun 2007, YPM telah membelanjakan RM16105 untuk aku seorang. Yang quit adalah 3 orang. Ramai tu, yelah, 3 orang, kan jamak tu. JAD sememangnya tough, hahaha...
Aku sebenarnya ingin mendapat penjelasan terperinci tentang pembayaran balik pinjaman ni, terpaksalah aku call pihak YPM. =)
Sekarang aku sedang menunggu kedatangan surat-surat seterusnya terutamanya dari Petronas. Kenapa? Ha, sebabnya aku juga telah meng'apply' Mymesra Card. Hahaha... gila kad agaknya aku ni. Cuba kita fikir-fikirkan balik, kita ni selalu mengisi minyak tapi kita tiada kad ni, rugi lah kan point-point kita. 'Burn' macam tu je. Sayang beb!
Dapatkan Mymesra Card anda di http://www.mymesra.com.my.
Selain itu, aku juga telah meng'apply' Tune Card. Ha, yang ni best. Anda perlu meng'apply'nya, sebab kad ni macam Credit Card tapi ianya sebenarnya adalah Debit Card. Kita cuma boleh membelanjakan amaun yang kita isi ke dalam kad ini sahaja. Jadi, kita tak akan over budget!. =)
Dapatkan Tune Card anda di http://www.tunemoney.com.my.
Seterusnya, aku juga telah mendaftar sebagai ahli Rakan Muda. Setelah pendaftaran online, aku telah menerima Rakan Muda Klasik Card yang di pos ke rumahku. Di sebabkan aku merupakan ahli baru, aku hanya menerima Kad Klasik. Kad ini boleh di'upgrade' ke Kad Emas dan juga Kad Platinum bergantung kepada penglibatan kita.

Yeah, jadilah pengumpul kad sejati sekarang!
Semoga anda berjaya mengumpul kad-kad yang memberi faedah ini, percuma kecuali untuk Tune Card. =)
Semoga berjaya!
2 comments:
jad memang tough~
haha..taw xpe..tough kot..hehe..
Post a Comment