Salam dan selamat malam.
Bagi yang dah tidur tu, teruskan tidur ye. Hehehe... Dah tengah malam buta ni, aku online lagi? Ish3. Orang muda zaman sekarang memang begini ye?
Aku sepanjang duduk di rumah ni, agak bosan juga lah. Kalau aku kat UiTM sekarang ni, mesti tengah berusaha belajar atau tengah bermain-main (akan berubah pada semester hadapan). Tapi duduk di rumah ni, menjadi satu kemestian untuk aku menonton televisyen. Bukan 60's TV, bukan yang tu, sekarang dah maju. Aku tengok televisyen PHILIPS ye. Hehehe...
Rancangan kegemaran aku, tentunya sinetron di TV3, iaitu 'Jelita'. Hahaha... Jangan ketawa, hanya rancangan ni yang mampu aku tengok. Entah kenapa aku boleh layan cerita begini, tapi yang pasti cerita indonesia ni suka berbelit-belit sampai panjang jadinya. Sekarang ni dah 3 hari aku tak menonton televisyen disebabkan booster yang sudah rosak. Untuk pengetahuan anda semua, rumah aku tak pasang Astro ye. Hahaha...
Kemudian, aku juga suka menonton cerita Korea di 8TV iaitu '3 Daddies with 1 Mom'. Serius cerita ni kelakar, hahaha... Ada pelakon Jay Hee dari cerita Korea 'Sassy Girl'. Macho juga lah jejaka ni. Mesti ramai perempuan yang tergila-gilakan beliau. Hehehe... Tetapi setelah cerita ni habis lebih kurang beberapa minggu lepas, di gantikan dengan cerita vertajuk 'Miss No Good'. Ni antara satu cerita terbangang pernah aku tengok. Tapi seronok untuk menonton, sebab kelakar. Hahaha... Tapi, aku tetap tak dapat menontonnya minggu ni disebabkan booster rosak. Malang sungguh.
Tapi tak kisah lah, aku leh gak online kan. Hahaha..
Bak kata Ally, orang cakap lawak saya bodoh, saya peduli apa!
Hahaha... Ayat di atas tiada kaitan dengan post ni. Saja menambah untuk menceriakan suasana pesta.
Kesimpulannya, hobi menonton televisyen begitu membuatkan badanku sengal-sengal ubi. Hahaha...
Bertemu lagi di entri seterusnya!
Tata titi tutu
No comments:
Post a Comment