Friday, February 13, 2009

Ais krim soda = minyak tanah?

Gambar ini ketika aku berusia 3 tahun

"Hye kawan-kawan!"

"Nak dengar cerita tak?"

"Nak?"

"Ha! masuk-masuk!"

"Jangan malu-malu"

Ha, kawan-kawan pergi sekolah tak masa muda-mudi dulu? Kalau kawan-kawan di beri dua botol yang mengandungi minyak tanah dengan ais krim soda, boleh bezakan tak?

Mmm,mesti tak boleh kan? Kalau tanya upin & ipin, mereka pun tak tahu. Hehehe...

Kisah ni telah terjadi pada diri aku, akibat tak tahu membezakan minyak tanah dan ais krim soda (harap-harap sekolah boleh sediakan pelajaran ni).

Masa ni, aku masih budak-budak lagi, dan berusia 3 tahun (memang cerita-cerita masa aku budak-budak), dan masih tinggal di Kampung Parit Haji Rasul. Aku mempunyai hobi yang pelik (dari awal-awal memang pelik), iaitu minum ais krim soda (ni pun pelik ke?).

Aku dalam sehari mesti minta ayah aku belikan ais krim soda (order je tahu). Memang selalunya ayah aku belikan pun. Tapi ada satu hari ni, aku gian nak ais krim soda. Tapi ayah aku tak belikan. Aku ni dah lah nakal masa tu. Aku berusaha mencari ais krim soda dalam rumah, kalau-kalau terjumpa lah.

Kebetulan masa tu, aku cari kat tepi katil, terjumpa lah botol ais krim soda. Aku punya lah gembira, pehh! Syukur jumpa ais krim soda. Kalau fikir logik akal, mana ada orang simpan air dekat tepi katil, betul tak? Hahaha...

Tanpa membuang masa, aku terus meminum cecair tersebut dengan pelbagai gaya, tapi rasanya pelik lah. Aku peduli apa. Aku meneguk sampai habis, walaupun hati tak rela (chewah!). Bila habis, aku keluar lah buat muka tak tahu menahu. Muka blur beb!

Lepak punya lepak, aku tunggu ayah aku balik. Lepas tu, aku beritahu mak aku tentang ais krim soda. Dia tanya mana aku dapat. Aku cuma cakap jumpa tepi katil. Belum sempat habis cakap, mak aku pun 'panik at the disko'. Aku rasa pelik, kenapa ek?

Mak aku lari cari ayah aku, kebetulan ayah aku baru balik rumah. Bila di beritahu hal sebenar kepada ayah aku, dia terus meluru ke kampung sebelah mencari buah kelapa. Aku bingung.

Selang seketika, ayah aku balik, dengan sebiji buah kelapa. Terus di tetak kelapa tu sampai keluar air nya. Aku di suruh meneguk air kelapa tersebut. Rasanya enak dong, lagi enak dari ais krim soda. Hahaha...

Bila malam, aku di beritahu hal sebenar, aku dimarahi. Padan muka aku! Ligat sangat.

Sejak hari tu, aku insaf.

Pengajarannya, belajarlah membezakan ais krim soda dengan minyak tanah.

2 comments:

nurhazDV said...

nak minyak tanah leh..eh..salah la..ais krim soda..hehe

Faiz Syazwan said...

haha,poyo je kan..tu ms kecik,dah bsr dah hebat dah,haha..