Thursday, February 26, 2009

Inilah perjuangan bangsa kita


Saya menyentuh tentang isu PPSMI. Jika kita lihat secara sebelah mata, kita tak akan mengambil serius tentang perkara ini. Kerana pihak media selalu akan memutar belit fakta yang sebenarnya. Hari ini, sewaktu sedang membaca Harakahdaily.net, saya telah tertarik dengan satu tajuk iaitu 'A Samad Said rela gelaran Sasterawan Negara ditarik balik'.

Anda semua kenal dengan A Samad Said? Kalau anda tak kenal, maknanya anda bukanlah seorang rakyat Malaysia. Masakan tokoh sasterawan juga anda tak kenal. Mustahil.

Berbalik kepada isu PPSMI, A Samad Said juga memperjuangkan PPSMI. Di mana kita? Adakah kita mahu melihat seorang tokoh yang disegani ramai ini memperjuangkannya tanpa kita. Kita adalah rakyat Malaysia, dan sudah tentu bahasa ibunda kita adalah Bahasa Melayu.

Saya cukup mengagumi A Samad Said, dan saya berada di pihak beliau. Meny
okong segala tindakannya untuk memartabatkan bangsa Melayu. Kita kena sedar bahwa negara-negara maju yang pernah mendapat anugerah nobel fizik seperti Jerman dan Perancis juga menggunakan bahasa mereka, dan tentunya sangat mengagungkan bahasa mereka. Begitu juga dengan negara matahari terbit iaitu Jepun.

Berikut merupakan sedikit sedutan dari Harakahdaily.net :

A Samad yang dikenali dengan panggilan Pak Samad terkenal dengan penulisan ya
ng kritis mendedahkan sebelum ini beliau sering menutup mulut dalam pelbagai isu yang dilakukan kerajaan.

"Tetapi selepas saya ke Mekah dan bertaubat, kini saya akan bercakap benar dalam segala hal, biar pun ia amat pahit di pihak kerajaan Barisan Nasional," katanya.

Kini bergantung kepada kita untuk menyokong dasar PPSMI atau menentangnya. Berdirilah di garisan yang benar.

No comments: