Thursday, February 12, 2009

Budak nakal kembali lagi

Kisah ni juga berkaitan dengan pancing. Kenapa mesti pancing je? Entah lah, dah memang aku dulu minat memancing kot. Hahaha... Kisah ni berlaku semasa aku dengan member baik untuk memancing aku, Hakim. Memang dia je yang tinggal depan rumah aku. Hahaha..

Kali ni, kami tak memancing di jambatan depan rumah lagi. Kami move on ke jambatan rumah orang lain. Kami ke baruh untuk ke jambatan besar yang menghubungkan Sungai Gersik dengan Sungai Sudah. Pasal apa nama kampung ni pelik-pelik? Persetankan semua tu.

Kami memancing dengan tekun dan hasilnya kami dapat lah beberapa ekor ikan. Semasa perjalanan pulang (berjalan kaki je kot), kami singgah sekejap kat rumah jiran sebelah. Kononnya nak ushar line kat jambatan lah, mana tahu ada banyak ikan kat situ. Selesai melihat-lihat, kami ke rumah empunya kawasan rumah tu. Terjumpalah seorang pak cik ni, aku tak ingat nama dia lak. Aku tengok adik perempuan dia nak keluar dengan mak nya. Tak lama lepas tu, aku lepak-lepak lah kejap. Kejap je pun, tak sampai seminit kot. Hahaha...

Aku dengan Hakim ni pun berjalan lah pulang, tapi tak di sangka masa tengah jalan ni, mata kail pancing aku ni terlepas. Masa tu, batang pancing aku dari batang pelepah kelapa sawit je. Memang senang terlepas mata kail. Aku pulak masa tu, berlari dengan Hakim.

PERGHHH!!!!!!!!

Mak datuk sakit kaki aku tertusuk mata kail! Aku terdiam kaku, tak dapat berkata apa-apa. Kalau aku balik, beritahu keluarga aku, habis lah aku kena marah. Aku diam, Hakim yang melihat pun tak bersuara. Aku menyuruh Hakim merahsiakan hal ni. Aku berjalan pulang menahan kesakitan. Tapi ada satu perkara lagi, adik perempuan pak cik yang baru keluar tadi terlibat dalam kemalangan di simpang berdekatan rumah nenekku. Dengarnya bertembung dengan lori. Aku kaget. Dengan kaki bertusuk mata kail ni, macam mana aku nak berlari?

Aku berjalan perlahan-lahan, Hakim berlari ke tempat kejadian kemalangan, meninggalkan aku yang terhincut-hincut. Mangsa kejadian di hantar ke hospital. Aku camne? Aku cedera kecil je. Tak hairan pun. Dah namanya pun budak kampung, rilek je. Hahaha...

Selama 3 hari aku merahsiakan hal kaki aku. Akhirnya aku memberitahu Along tentang kaki aku. Aku minta dia rahsiakan, tapi Along ni sayang kat aku lah kot, dia beritahu lah mak aku. Habis kena marah, lepas tu pula kena ke klinik.

Kaki aku menjalani small operation untuk membuang mata kail, mahal la kena bayar klinik tu. Dalam RM60 lah. Adoiyai! Sampai sekarang ada lagi bekas aku kena operate tu. Yang kejadian kemalangan tu, mak pak cik tu meninggal keesokan harinya. Inalillah. Al-Fatihah......

Mmm, memang nakal semasa budak-budak dulu. Apa nak jadi ni? Hahaha...

1 comment:

nurhazDV said...

hahah...padan muke ..wek!!