Monday, February 16, 2009

Keputusan Checkup

Salam kepada semua!

Hari ini, 16 Feb 2009, hari yang telah aku tunggu sejak sebulan lebih yang lepas. Kenapa? Sebab hari ni aku g checkup di Hospital Batu Pahat. Aku rasa gembira menjelang hari ni, sebab dalam fikiranku, lepas checkup ni, aku nak berjalan semula. Yeahh!!

Pagi tadi, aku bangun seawal 6:30 pagi, sebab nak pergi ke hospital, kerana waktu janji temu aku pukul 9:00 pagi. Aku mandi di pagi hari ini dalam keadaan sejuk membeku. Hahaha... Tapi sebab semangat punya pasal, aku jadi tak kisah (padahal gigi terketap-ketap lepas mandi). Selesai solat Subuh, aku bersiap-siap nak ke hospital. Tanpa mengalas perut langsung (poyo kononnya semangat lah). Sepanjang perjalanan, aku meng'update' shoutout di Facebook berbunyi 'is going to hospital'. Hahaha... Semangat nya aku ni.. =)

Sampai di hospital, aku bergerak menuju bilik pakar 2 (ortopedik) sementara ayahku mem'parking' kereta wiranya. Sesampainya di bilik pakar 2, ada lah dalam beberapa orang yang lebih awal dariku. Mungkin janji temu mereka ni pukul 8:00 pagi, fikirku. Aku lantas meletakkan kad janji temu di kaunter dan duduk berdekatan kaunter sementara menunggu namaku di panggil.

Setelah agak lama menunggu, semakin ramai orang membanjiri bilik pakar 2. Ramai juga yang patah kaki, fikirku lagi. Setelah namaku di panggil, aku lantas menuju ke kaunter dan menerima borang x-ray. Aku di minta untuk melakukan x-ray dulu. Aku bergerak ke bilik imaging meninggalkan ayahku di bilik pakar 2, untuk menjaga kerusi untukku (reserve), hahaha...

Setelah selesai x-ray, aku di arah pulang ke bilik pakar 2. Hatiku gembira kerana memikirkan keputusan yang positif, tanpa langsung terbayang kemungkinan negatif. Hahaha... Seronoknya!!

Di bilik 2, aku mengambil tempat duduk yang di jaga ayahku. Dan kami terus menunggu giliranku, iaitu no 23. Setelah lama menunggu, aku di panggil ke bilik 2. Di situ, aku berjumpa Dr, Huang. Aku merasa sangat gembira.

Aku memerhatikan Dr. Huang meneliti x-ray di bawah sinaran lampu kalimantang. AKu tak dapat melihat dengan jelas filem x-ray tersebut. Dr. Huang berbincang dengan seorang lagi doktor di sebelahnya. Aku terdiam membisu. Setelah selesai berbincang, Dr. Huang memeberitahu keputusan checkup ku. Dia memberitahu tulangku tak bersambung dengan sempurna.

"Bila kamu kena operation?". Tanyanya.

"Masa 24hb 11 lah doktor". Jawabku pula.

"Dah dekat 3 bulan lah kan, tapi keputusan kamu ni tak okay". Dr. Huang memberitahuku.

Aku terdiam lagi, tak faham apa yang di terangkannya.

"Tulang awak ni tak bersambung dengan sempurna". Ujarnya.

Dr. Huang menunjukkan filem x-ray kepadaku.

Dia memberitahuku, aku harus menjalani pembedahan seterusnya untuk menampal bahagian patah di tulang pehaku. Aku kaget.

"Bukan ke orang muda ni, tulangnya cepat tumbuh semula?". Aku bertanya kepada doktor.

"Memanglah". Ujarnya lagi.

"Tapi tak semua orang macam tu". Dia menyambung.

Aku terdiam berkali-kali di dalam bilik tersebut. Rasa kecewa jelas terpancar di mukaku. Aku merasakan doktor juga sedang memahami pergolakan hatiku.

"Kami ni mencadangkan yang terbaik untuk kamu, tapi terpulang kepada kamu lah". Ujar doktor yang seorang lagi.

Dr. Huang seterusnya meminta ku menunggu di luar buat sementara waktu, sementara dia berbincang dengan doktor pakar.

Setelah agak lama menunggu di luar, aku di panggil oleh jururawat bertugas. Aku masuk semula ke bilik tersebut, tetap dengan keadaan membisu. Tiada lagi rasa keseronokan di hatiku. Aku lantas duduk di sebelah doktor. Dr. Huang menerangkan kembali kepadaku. Sebentar kemudian, doktor pakar datang dan memberitahuku sesuatu.

"Faiz ke ni?". Tanyanya.

Aku mengangguk lesu.

"Kami beri Faiz masa 2 bulan lagi, kalau selepas tu, tulang masih belum bersambung, kami cadangkan Faiz lakukan pembedahan lagi". Pakar memberitahuku.

Aku mengangguk, walaupun dalam hatiku tengah rungsing memikirkan perkara ini. Aku sedang memikirkan tentang pembelajaranku di UiTM. Perlukah aku menangguh pelajaran lagi? Aku buntu. Lagi buntu memikirkan kawan-kawan JAD aku yang akan berangkat ke Jepun pertengahan bulan 3 ini. Aku ingin sangat menghantar mereka, tapi apa kan daya. Aku hampa. Aku memikirkan tentang reunion batch 04/05 yang bakal berlangsung bulan 7. Adakah aku dapat menyertai bersama mereka? Aku rindukan mereka.

Semua ini menghantui fikiranku. Aku semakin buntu. Lantas aku mengambil sikap bertenang, dan melupakan sementara kesakitanku. Aku tanamkan di dalam hati, bahawa aku mesti menjadi kuat, walaupun apa yang terjadi. Aku kembali sedar bahawa semua yang aku hadapi sekarang ni adalah ujian-Nya. Allah sentiasa menguji hamba-Nya. Aku sedar. Aku harus banyak bersabar dan berserah kepada-Nya.

Sesudah keluar, aku memberitahu ayahku tentang keputusan. Dia setia mendengar.

"Takpe lah, bukan rezeki". Ujarnya.

Kami berlalu pergi menuju ke kereta. Kami masuk dan bergerak pulang. Sepanjang perjalanan, aku meng'update' shoutout Facebook ku. Aku telah menerima komen dari kawan-kawan. Ada juga yang mengambil berat tentangku, fikirku. =)

Sesampainya di rumah, aku duduk terdiam, muhasabah diri. Dan baru dapat menenangkan fikiran, lantas aku mencoretkan segala-galanya di blog ini.

Aku tak kan kalah, aku tak nak jadi lemah, aku mesti menjadi seorang yang tabah!

Aku mesti boleh!!

Kawan-kawan, sentiasakan doakan aku boleh mengharungi dugaan ini. Mungkin ramai percaya kita boleh menjadi yakin dengan adanya sokongan kawan-kawan. =)

3 comments:

cikin said...

ilek r faiz.
sume 2 dtg dari DIA.
y penting lps neh ko kna byk2kan jaga kesihatan.
semoga cpt sembuh:)

fawani said...

huhu
sabar yer.
pernah mengalami situasi yang serupa tapi x sama...
bukan lah patah mana2 bahagian..
tapi ada la jgk penyakit yg mnyebabkan ksukaran juga,tmbh2 lagi bila tahu ianya incurable :(
(boleh rujuk post2 bulan 10 tahun 2008 di blogku)

yep,
support from evrybody sgt membantu.
so, harap kamu brsabar ya
be strong!
ujian drpd Allah swt semua ni.

get well soon! :)

fareast said...

Betul ke Chot, terharu aku, walaupun ko injured masih lagi ada niat nak hantar kitaorang. Bagus ar aku dapat member macam ko ni.

Semoga ko cepat sembuh la Chot. Aku doakan untuk ko.