Monday, February 9, 2009

Di sini bermulanya

Setelah aku dilahirkan ke dunia ni,aku telah diberi nama yang cukup indah maksudnya. Tapi ini bukan nama yang diberi oleh orang tua ku. Tapi oleh pak cik dan mak cik ku yang kebetulan dah ready nama untuk bakal anak mereka. Maksudnya cukup indah iaitu kejayaan dan wangi seharum kasturi. Alhamdulillah syukur aku diberi nama yang mempunyai maksud yang elok.

Aku dibesarkan di Kampung Parit Haji Rasul sehingga berumur 5 tahun iaitu sehingga aku menerima pendidikan di Tadika Seri Separap. Aku masuk awal di tadika atas desakan ibubapa ku. Untuk persediaan katanya. Aku belajar saing dengan kawan-kawan yang lahir pada 1987 iaitu setahun dua dari aku. Aku mengenali bebrapa kawan yang sebaya denganku iaitu Omar Othman,Faiz Ahmad,dan juga Siti Mariam.

Tidak lama kemudian,aku telah berpindah ke Kampung Sungai Gersik iaitu tempat orang tua ibu ku. Di situ aku memasuki Tadika Sungai Gersik. Aku mengenali ramai kawan di situ. Antaranya ialah Najihah,Mazni dan Azmeer. Untuk budak sekecil aku yang cuma berusia 6 tahun ketika ini,aku telah mempunyai perasaan terhadap Najihah. Kenapa ye? Tak kan begitu mudah aku jatuh cinta dengan kawan ku?Walhal aku masih kecil dah baru setahun jagung?

No comments: