Tuesday, December 29, 2009

Aku dan Abangku

Salam kepada semua.

Alhamdulillah, akhirnya berkesempatan juga untuk mengemaskini blog ini. Semenjak cuti, aku semakin jarang mengemaskini blog. Bukan tiada idea, atau tiada kata-kata yang ingin aku sampaikan, tetapi tiada masa untuk mencoret sesuatu di blog ini.

Terima kasih kepada Ash yang telah pun risau kerana melihat blog ni tak dikemaskini, minta maaf ye Ash. :)

Maka, di kesempatan ini, aku ingin menceritakan serba sedikit perkara yang berkaitan dengan aku dan abangku.

Ok, seperti yang sedia tahu (rakan-rakan rapat), abangku merupakan seorang anggota tentera, iaitu anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM). Kini dia berkerja di Lapangan Terbang TUDM di Kuching. Sudah hampir setahun lebih dia berkerja di sana.

Kesimpulannya, kami jarang sekali berjumpa, maklumlah, jarak antara Batu Pahat/Shah Alam dengan Kuching kan agak jauh. Mana mungkin kami selalu berjumpa, melainkan jika dia memang mempunyai banyak duit, seperti anak-anak Datuk yang suka-suka hati berlagak menghabiskan duit-duit bapa mereka. Oh tidak, abangku bukan begitu. Huahuahua...

Sebaik saja Along (panggilanku terhadap abangku) tiba di rumah pada malam hari, aku terus mengajaknya keluar ke bandar. Agak teruja kerana lama tak bersua. Kami ke bandar bersama rakan-rakan, 'online' seketika menggunakan 'wireless' JKR yang di curi-curi pakai, minum-minum di 'Bustand' lama, WAH! Sungguh nostalgik rasanya ketika itu.

Berhenti merepek, mari kita ke lembar seterusnya. Pada hari Ahad (20 Disember 2009), kami bersama-sama ke Shah Alam (rumah sewa aku) kerana Along mempunyai perkara untuk diselesaikan di Mindef (Ministry of Defence). Kami sampai di Shah Alam pada tengah hari, dan berehat sebentar. Kemudian ke Putrajaya untuk berjumpa pak cik pula. Keesokannya (21 Disember 2009) pula, kami pulang ke Shah Alam selepas Along selesai dengan hal tersebut. Pada hari Selasa (22 Disember 2009), kami pulang semula ke Batu Pahat.

Pada 23 Disember 2009, kami ke Kluang untuk melihat rumah yang telah dibeli oleh Along, iaitu di Taman Seri Impian. Agak lawa, sesuai dengan harganya iaitu RM106,000. Rumah ini dijangka siap pada 2011. Tak sabar menunggu rasanya ni. :P Ha, tidak di lupa, kami ke Kluang menaiki motor juga. Jauh juga jaraknya.

24 Disember 2009, Along bertemu dengan teman wanitanya yang mengambil cuti sempena perayaan Krismas.

25 Disember 2009, kami menghantar teman wanita Along ke 'bustand' kerana dia akan pulang ke Kuala Lumpur, disebabkan akan berkerja pada hari Sabtu (26 Disember 2009).

Kemudian, pada hari Ahad yang lepas (27 Disember 2009), kami bergerak semula ke Shah Alam, atas urusan menghantar Along ke Wisma Transit ATM di Kuala Lumpur.

28 Disember 2009, kami meminta tolong Afiq (rakan kelas EMD1M1) untuk menunjukkan jalan ke Wisma Transit ATM. Terima kasih Afiq, jasamu di kenang selalu. :)

Pagi hari 28 Disember 2009, Along melapor diri di Wisma Transit ATM. Kami kemudian bergerak semula ke Shah Alam untuk mengambil barang-barang Along. Petang itu, ke Wisma Transit ATM semula untuk mendapatkan bilik dan juga memeriksa jadual penerbangan ke Sarawak. Disebabkan 'flight' Along pada 29 Disember 2009, jam 1545, Along membatalkan penempatan bilik di Wisma Transit ATM. Kami pulang semula ke Shah Alam. Kemudian, malamnya pula, kami ke Kuala Lumpur semula kerana Along ingin berjumpa teman wanitanya di Kuala Lumpur. Melepak sehingga jam 0030 di kedai makan, dan kami beransur pulang ke Shah Alam.

Sebentar tadi (29 Disember 2009), aku selesai menghantar Along ke Wisma Transit ATM. Along masuk ke dewan pada jam 1100. Maka, berakhir sudah perjalanan kami adik beradik, setelah merayap ke hulu hilir dengan menaiki motor. Sakit punggung tu, sudah semestinya.

Pengajaran di sini, jangan anggap Batu Pahat dengan Shah Alam tu dekat, jangan jadi macam kami, hahaha... :p
Kadang-kadang terfikir juga aku, ini merupakan acara marathon motor ke apa? :P

Baiklah, itu saja yang aku ingin kongsikan, walaupun agak membosankan anda membaca, sekurang-kurangnya aku abadikan cerita kami di blog ini. Misi berjaya.

Bersiap sedia untuk pulang ke Batu Pahat semula.

Jumpa lagi di entri akan datang.

Salam.


Saturday, December 12, 2009

Lagu kegemaran sejak dulu lagi




Untuk mendapatkan mp3 ini; sila klik link di bawah :

Weezer - Island In The Sun


Keputusanku! Ok rasanya.

Salam kepada semua.

Ya, di pagi-pagi buta ini, aku sedang menghadap komputer, kerana, aku telah tidur seawal jam 9:00 malam tadi sehingga ke jam 6:00 sebentar tadi. Masa tidur yang agak panjang, sangat dahsyat rasanya semasa bangun. :P

Sudah hampir seminggu, aku masih lagi di Shah Alam. Pada mulanya, memang aku ke Shah Alam atas tujuan untuk mendapatkan tarikh 'appointment' di HTAR, namun setelah mendapat tahu keputusan peperiksaan akan diumumkan di 'Student Portal' UiTM pada 10 Disember 2009, aku membuat keputusan untuk duduk di sini sehingga aku memeriksa keputusan. Alhamdulillah, keputusan masih ok lagi, walaupun cukup-cukup makan saja. Aku lulus 2 'repeat paper' dan gagal 1 'repeat paper'. Macam yang aku jangkakan, 'Basic Mechanic' memang akan gagal. Kenapa? Sebab aku tak dapat menjawab soalannya dengan sempurna, malah banyak yang tak dapat di jawab. Memang dah boleh jangka, hahaha...

Walaupun begitu, syukur juga kerana masih lagi ada kesempatan untuk eblajar di UiTM Shah Alam. Gembira. :)

Oh ya, beberapa hari kebelakangan ini, aku juga selalu bertandang ke rumah sahabatku di Klang, iaitu rumah Hafizul. Kami telah melakukan eksperimen 'silk screen'. Ok, bagi memendekkan cerita, kita lihat saja hasil eksperimen kami. :)

Pandangan Hadapan (Model : Hafizul)

Pandangan Belakang (Model : Hafizul)

Macam mana dengan hasil kami? Ok tak? Inilah yang pertama kali kami buat, insyaAllah akan lebih 'sharp' lagi di masa hadapan. Masih dalam perancangan untuk melancarkan 'Proceez Gear'. Jika ada rezeki, insyaAllah semuanya berjalan lancar.

Oh, sudah lapar rasanya perut ini. Mahu keluar mencari makanan. Mari!

Salam.

Wednesday, December 9, 2009

Berita terbaru tentang kakiku

Salam kepada semua.

Sebenarnya, aku agak takut-takut untuk menggunakan tajuk seperti di atas ini, tapi, aku rasa patut juga guna tajuk macam ni, sebab orang lain yang akan menerjah ke blog aku akan dapat mengetahui apa kandungan entri aku pada kali ini.

Baiklah, seperti yang semua maklum, bagi semua IPTA, seperti UiTM, UPM, UKM dan juga IPTA yang lain, sekarang memang merupakan masa cuti, dan cuti itu sangat panjang. Aku juga sebenarnya masih mempunyai baki cuti yang banyak, iaitu sehingga awal bulan Januari 2010. Tapi, apa yang aku buat di Shah Alam buat masa ni? Aku tak suka cuti ke? Mm, sebenarnya aku suka cuti, tapi kadang-kadang tak suka sebab bila lama sangat cuti, aku jadi bosan. Hahaha..

Ok, berbalik kepada persoalan kenapa aku berada di Shah Alam, walhal orang lain semua bercuti dan masih berada di kampung halaman, mungkin sedang tidur lagi pada waktu ini, bangun pada jam 12 tengah hari, itu normal. :P

Aku sampai di Shah Alam pada hari Ahad lepas dengan menaiki bas, berhenti di Hentian Puduraya, dan ke Shah Alam juga menaiki bas. Tujuan aku 1 sahaja. untuk mengambil tarikh temu janji di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Sepatutnya, aku perlu menjalani pembedahan kedua di kakiku, atas sebab untuk menampal tulang peha kanan yang masih belum bercantum dengan sempurna.

Pada hari Isnin, aku menuju ke HTAR bersama rakanku, Hafizul. Aku sangkakan sistem di HTAR ni sama seperti di Hospital Batu Pahat, datang saja, letak surat/kad ke dalam bakul, dan menunggu nama di panggil untuk mendapatkan temu janji. Namun, apa yang terjadi ialah, temu janji dilakukan 'on the spot'! Terkejut juga.

"Dahsyat hospital ni", begitulah yang ku fikirkan masa itu.

Maka, aku yang mendapat nombor 91 telah menunggu selama 3 jam, dari jam 2 sehingga jam 5 untuk menyelesaikan semua prosedur, termasuk X-Ray dan lain-lain.

Dan, akhirnya, pembedahan ditangguhkan. Aku perlu datang untuk temu janji seterusnya pada 01 Mac 2010. Terbaik tak?

Bengangnya aku sebab aku terpaksa berjalan senget lagi, bengang juga sebab aku jangkakan aku nak 'extend' 1 semester lagi, tapi dah terbantut. Bengang sebab semua jangkaan aku untuk melakukan pembedahan pada cuti hujung tahun ini tergendala. Bengang sebab aku telah menyebabkan rakanku, Hafizul menunggu aku di luar (di tempat parkir motor) selama 3 jam. Rasa bersalah sangat. :(

Adakah sehingga tarikh 10 Ogos 2010, aku masih belum sembuh? Maklumlah, pada tarikh ini, kes aku akan dibicarakan di Mahkamah. Kalau belum sembuh, aku nak hembus semua kata-kata kesat kat depan manusia yang telah melanggar aku ni. Boleh tak?

Sudah tentu tidak, aku marah sebentar saja. Dah reda. Tak baik gunakan kekerasan kan? Hehe..

Apa-apa pun, aku masih 'enjoy' hidup aku sekarang, walaupun berjalan senget, dan saham aku sudah tentu jatuh bila gadis-gadis melihat aku berjalan begitu. Dan, ada aku kisah ke? Hahaha..

Bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana masih memberi kesempatan untuk aku menghirup udara di muka bumi ini, masih lagi memberi aku peluang untuk menambahkan amal, memperbaiki diri, dan juga menjadi khalifah di muka bumi ini. InsyaAllah.

Alhamdulillah, syukur.

Salam.

Aku suka dengan gambar ni, muka aku nampak selamba saja. :)
Dari kiri : Ikman, Epa, Fahrul, Faiz, Hafizul