Tuesday, December 29, 2009

Aku dan Abangku

Salam kepada semua.

Alhamdulillah, akhirnya berkesempatan juga untuk mengemaskini blog ini. Semenjak cuti, aku semakin jarang mengemaskini blog. Bukan tiada idea, atau tiada kata-kata yang ingin aku sampaikan, tetapi tiada masa untuk mencoret sesuatu di blog ini.

Terima kasih kepada Ash yang telah pun risau kerana melihat blog ni tak dikemaskini, minta maaf ye Ash. :)

Maka, di kesempatan ini, aku ingin menceritakan serba sedikit perkara yang berkaitan dengan aku dan abangku.

Ok, seperti yang sedia tahu (rakan-rakan rapat), abangku merupakan seorang anggota tentera, iaitu anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM). Kini dia berkerja di Lapangan Terbang TUDM di Kuching. Sudah hampir setahun lebih dia berkerja di sana.

Kesimpulannya, kami jarang sekali berjumpa, maklumlah, jarak antara Batu Pahat/Shah Alam dengan Kuching kan agak jauh. Mana mungkin kami selalu berjumpa, melainkan jika dia memang mempunyai banyak duit, seperti anak-anak Datuk yang suka-suka hati berlagak menghabiskan duit-duit bapa mereka. Oh tidak, abangku bukan begitu. Huahuahua...

Sebaik saja Along (panggilanku terhadap abangku) tiba di rumah pada malam hari, aku terus mengajaknya keluar ke bandar. Agak teruja kerana lama tak bersua. Kami ke bandar bersama rakan-rakan, 'online' seketika menggunakan 'wireless' JKR yang di curi-curi pakai, minum-minum di 'Bustand' lama, WAH! Sungguh nostalgik rasanya ketika itu.

Berhenti merepek, mari kita ke lembar seterusnya. Pada hari Ahad (20 Disember 2009), kami bersama-sama ke Shah Alam (rumah sewa aku) kerana Along mempunyai perkara untuk diselesaikan di Mindef (Ministry of Defence). Kami sampai di Shah Alam pada tengah hari, dan berehat sebentar. Kemudian ke Putrajaya untuk berjumpa pak cik pula. Keesokannya (21 Disember 2009) pula, kami pulang ke Shah Alam selepas Along selesai dengan hal tersebut. Pada hari Selasa (22 Disember 2009), kami pulang semula ke Batu Pahat.

Pada 23 Disember 2009, kami ke Kluang untuk melihat rumah yang telah dibeli oleh Along, iaitu di Taman Seri Impian. Agak lawa, sesuai dengan harganya iaitu RM106,000. Rumah ini dijangka siap pada 2011. Tak sabar menunggu rasanya ni. :P Ha, tidak di lupa, kami ke Kluang menaiki motor juga. Jauh juga jaraknya.

24 Disember 2009, Along bertemu dengan teman wanitanya yang mengambil cuti sempena perayaan Krismas.

25 Disember 2009, kami menghantar teman wanita Along ke 'bustand' kerana dia akan pulang ke Kuala Lumpur, disebabkan akan berkerja pada hari Sabtu (26 Disember 2009).

Kemudian, pada hari Ahad yang lepas (27 Disember 2009), kami bergerak semula ke Shah Alam, atas urusan menghantar Along ke Wisma Transit ATM di Kuala Lumpur.

28 Disember 2009, kami meminta tolong Afiq (rakan kelas EMD1M1) untuk menunjukkan jalan ke Wisma Transit ATM. Terima kasih Afiq, jasamu di kenang selalu. :)

Pagi hari 28 Disember 2009, Along melapor diri di Wisma Transit ATM. Kami kemudian bergerak semula ke Shah Alam untuk mengambil barang-barang Along. Petang itu, ke Wisma Transit ATM semula untuk mendapatkan bilik dan juga memeriksa jadual penerbangan ke Sarawak. Disebabkan 'flight' Along pada 29 Disember 2009, jam 1545, Along membatalkan penempatan bilik di Wisma Transit ATM. Kami pulang semula ke Shah Alam. Kemudian, malamnya pula, kami ke Kuala Lumpur semula kerana Along ingin berjumpa teman wanitanya di Kuala Lumpur. Melepak sehingga jam 0030 di kedai makan, dan kami beransur pulang ke Shah Alam.

Sebentar tadi (29 Disember 2009), aku selesai menghantar Along ke Wisma Transit ATM. Along masuk ke dewan pada jam 1100. Maka, berakhir sudah perjalanan kami adik beradik, setelah merayap ke hulu hilir dengan menaiki motor. Sakit punggung tu, sudah semestinya.

Pengajaran di sini, jangan anggap Batu Pahat dengan Shah Alam tu dekat, jangan jadi macam kami, hahaha... :p
Kadang-kadang terfikir juga aku, ini merupakan acara marathon motor ke apa? :P

Baiklah, itu saja yang aku ingin kongsikan, walaupun agak membosankan anda membaca, sekurang-kurangnya aku abadikan cerita kami di blog ini. Misi berjaya.

Bersiap sedia untuk pulang ke Batu Pahat semula.

Jumpa lagi di entri akan datang.

Salam.


6 comments:

nemburyse said...

haha..seb bek alongku dekat..balik ja umah ley jmpa..(marilah sayang along masing2)
go along go~lol

The Lulu said...
This comment has been removed by the author.
The Lulu said...

sy ni xda abg xda kakak camne?
i need an along too

Faiz Syazwan said...

suhana - haha,mari bersama2 menyayangi along..:p

ana - klu xde,cuba cr abg angkat,jdkan along,hehe..;p

Tfaaaaaa said...

wahh bangge jadi along.ehem ehem.daku pon kaklong jua.lalala~~

ps//muke faiz cam gengster.haha

Faiz Syazwan said...

tfa - haha,mn ada gengster,ish2..