Salam kepada semua.
Semoga semua rakan-rakan berada dalam keadaan yang paling baik sekali buat masa ini, dan akan datang.
Berdasarkan tajuk, aku betul-betul berasa tak puas hati semalam. Ini berkenaan dengan 'Graff N Unite' yang dianjurkan di Sungai Klang (Pasar Seni). bukan tak puas hati kerana pengurusan, tapi kerana diri sendiri.
Sesungguhnya aku sudah nekad tak akan buat 'piece' pun sepatutnya, namun setelah rakan-rakan mendesak, aku akhirnya membuat juga lakaran, dan menyiapkannya. Tapi, aku tak mempunyai ruang yang cukup untuk melakukan 'piece' mengikut lakaran asal. Maka, aku meminta izin dari Ikman (Munk) untuk menggunakan lakaran 'PZ' yang telah sedia ada dalam buku conteng beliau. Oleh kerana aku memang tak merancang untuk melakukan lakaran orang lain, maka semuanya jadi bercelaru. Jadi kurang bersemangat juga mungkin kerana tiadanya kehadiran Eon bersama. Macam-macam alasan juga, kenapa aku jadi begitu malang. Malang tu kan memang tak berbau. :(
Walau apa pun, terima kasih Ikman dan Fahrul sebab menyumbang/berkongsi 'spray can'. Sungguh terharu.
Minta maaf kawan-kawan (Proceez crew) sebab tak dapat nak 'all-out' membuat 'piece' bersama-sama. Namun aku bangga kerana Peroltz, Munk dan Afia dapat melakukannya dengan baik. Tahniah.
Semoga lain kali, aku akan dapat bersama-sama melakukannya dengan mereka. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment