Wednesday, December 9, 2009

Berita terbaru tentang kakiku

Salam kepada semua.

Sebenarnya, aku agak takut-takut untuk menggunakan tajuk seperti di atas ini, tapi, aku rasa patut juga guna tajuk macam ni, sebab orang lain yang akan menerjah ke blog aku akan dapat mengetahui apa kandungan entri aku pada kali ini.

Baiklah, seperti yang semua maklum, bagi semua IPTA, seperti UiTM, UPM, UKM dan juga IPTA yang lain, sekarang memang merupakan masa cuti, dan cuti itu sangat panjang. Aku juga sebenarnya masih mempunyai baki cuti yang banyak, iaitu sehingga awal bulan Januari 2010. Tapi, apa yang aku buat di Shah Alam buat masa ni? Aku tak suka cuti ke? Mm, sebenarnya aku suka cuti, tapi kadang-kadang tak suka sebab bila lama sangat cuti, aku jadi bosan. Hahaha..

Ok, berbalik kepada persoalan kenapa aku berada di Shah Alam, walhal orang lain semua bercuti dan masih berada di kampung halaman, mungkin sedang tidur lagi pada waktu ini, bangun pada jam 12 tengah hari, itu normal. :P

Aku sampai di Shah Alam pada hari Ahad lepas dengan menaiki bas, berhenti di Hentian Puduraya, dan ke Shah Alam juga menaiki bas. Tujuan aku 1 sahaja. untuk mengambil tarikh temu janji di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Sepatutnya, aku perlu menjalani pembedahan kedua di kakiku, atas sebab untuk menampal tulang peha kanan yang masih belum bercantum dengan sempurna.

Pada hari Isnin, aku menuju ke HTAR bersama rakanku, Hafizul. Aku sangkakan sistem di HTAR ni sama seperti di Hospital Batu Pahat, datang saja, letak surat/kad ke dalam bakul, dan menunggu nama di panggil untuk mendapatkan temu janji. Namun, apa yang terjadi ialah, temu janji dilakukan 'on the spot'! Terkejut juga.

"Dahsyat hospital ni", begitulah yang ku fikirkan masa itu.

Maka, aku yang mendapat nombor 91 telah menunggu selama 3 jam, dari jam 2 sehingga jam 5 untuk menyelesaikan semua prosedur, termasuk X-Ray dan lain-lain.

Dan, akhirnya, pembedahan ditangguhkan. Aku perlu datang untuk temu janji seterusnya pada 01 Mac 2010. Terbaik tak?

Bengangnya aku sebab aku terpaksa berjalan senget lagi, bengang juga sebab aku jangkakan aku nak 'extend' 1 semester lagi, tapi dah terbantut. Bengang sebab semua jangkaan aku untuk melakukan pembedahan pada cuti hujung tahun ini tergendala. Bengang sebab aku telah menyebabkan rakanku, Hafizul menunggu aku di luar (di tempat parkir motor) selama 3 jam. Rasa bersalah sangat. :(

Adakah sehingga tarikh 10 Ogos 2010, aku masih belum sembuh? Maklumlah, pada tarikh ini, kes aku akan dibicarakan di Mahkamah. Kalau belum sembuh, aku nak hembus semua kata-kata kesat kat depan manusia yang telah melanggar aku ni. Boleh tak?

Sudah tentu tidak, aku marah sebentar saja. Dah reda. Tak baik gunakan kekerasan kan? Hehe..

Apa-apa pun, aku masih 'enjoy' hidup aku sekarang, walaupun berjalan senget, dan saham aku sudah tentu jatuh bila gadis-gadis melihat aku berjalan begitu. Dan, ada aku kisah ke? Hahaha..

Bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana masih memberi kesempatan untuk aku menghirup udara di muka bumi ini, masih lagi memberi aku peluang untuk menambahkan amal, memperbaiki diri, dan juga menjadi khalifah di muka bumi ini. InsyaAllah.

Alhamdulillah, syukur.

Salam.

Aku suka dengan gambar ni, muka aku nampak selamba saja. :)
Dari kiri : Ikman, Epa, Fahrul, Faiz, Hafizul


12 comments:

panggil aku shEh said...

i l0ike dis gamba 2!

Faiz Syazwan said...

hehe..u like?i like it twice more than u..:P

khayze said...

oh ad kt shah alam ekk!
hurm, byk2 kan la bersabar okai.

eh, lame btol 3 jam tnggu kt spital. makan mandi tido pon sempat. hehe.

Faiz Syazwan said...

khay - yup,di shah alam,sementara je..hehe..nk tgk result,then dah ok sume,br balik jhr..hehe..

taw xpe,3 hujan,lmbb gle..haih..

Anonymous said...

faiz~ haish! iyakah smpai mcm tu skli..?? giler ahhh~

huhuu..

xpe2.. bertabah oke..?

mgkin ade hikmah nape Tuhan xkasik buat ujung taun nie.. sape tau kan..?

ha, hentam je org yang langgar kamoo tu.. gram tul~ haish! tetbe t'emo lak kn..? ehehee..

;D

juz pray da best for u my friend!

Faiz Syazwan said...

tieha - hehe..xpe,ni kan dugaan..kne la kuatkan hati..insyaAllah semua akan ok..2ggu la 3 bln ni,if dah ok, Alhamdulillah..thanks taw tieha..

as always,u will always supporting me..thanks a lot..

The Lulu said...

1 mac?? tue dan lg nk lari2..hehe

Faiz Syazwan said...

yup,1 mac..waaa..lm lg tu..ble ntah nak baik,haha..

Ash said...

faiz, saman byk sikit kat org yg langgar tu..ada hikmah semua ni kot faiz.. sabar ye.

Ash said...

faiz, saman byk sikit kat org yg langgar tu..ada hikmah semua ni kot faiz.. sabar ye.

Pozie Vengeance said...

kaki kau terbaik do!..mcm tangan hellboy!

Faiz Syazwan said...

ash - haha..2la.saman je byk2 kan..ces..teruk itu org..haha..

poji - haha..byk la ko n ye hellboy,haha..