Monday, February 9, 2009

Najihah

'Najihah', nama seorang gadis yang pernah aku suka sewaktu berusia anak-anak jagung lagi (ayat ni tiada dalam simpulan bahasa mahupun peribahasa), dan aku masih ingat sehingga sekarang. Aku sekelas dengan Najihah ni selama 3 tahun sehingga aku berusia 8 tahun (darjah dua). Last aku sekelas dengannya di Sekolah Rendah Orang Kaya Ali. Indah nama dari rupa je sekolah ni. Tak sekaya yang di gambarkan namanya. =)

Bagaimana aku semasa kecil?

Semasa aku berumur 6 tahun (masih lagi di tadika), aku ni masa zaman kgemilangan budak-budak ni lain sikit lah perangai. Aku sukalah dengan mainan-mainan yang dijual di kedai Ah Tu (minta maaf jika salah nama), yang berharga sekitar RM1 hingga RM2. Disebabkan pengaruh mainan yang kuat, aku terdorong melakukan jenayah. Ha, jenayah apa ye???

No comments: