Salam kepada semua.
Pagi ini, aku telah terbangun awal seperti biasa. Selesai je solat Subuh, aku terus saja menghidupkan benda bernama komputer, kerana ingin mengemaskini fail-fail lagu yang telah aku download pada malam tadi.
Oh ya, aku ada memuat turun lagu terbaru Pop Shuvit iaitu Oh Sizuka. Pada pandangan aku, lagu ini agak berlainan dari lagu-lagu mereka sebelum ini. Konsep juga ternyata sudah banyak berbeza dari sebelum ini. Ternyata Pop shuvit telah berjaya mengubah arah muzik mereka, dan menjadi lebih bervariasi. Kembali ke tajuk utama kita, iaitu tentang pandanganku berkaitan sesuatu yang kita dapatkan secara percuma.
Teringat dengan istilah 'freeloader' yang pertama kali di dengar di cerita anime jepun iaitu Bleach. Renji sebagai salah satu watak utama telah di label sebagai 'freeloader'. Bagus ke menjadi seorang 'freeloader'?
Memang benar, pada zaman yang semakin meruncing dengan kegawatan ekonomi, tiada lagi benda yang percuma. Hatta untuk ke bilik air, kita pasti akan dikenakan bayaran sebanyak RM0.20 atau RM0.30. Di warung-warung, ada juga yang mengenakan bayaran untuk segelas air kosong. Konsep tiada lagi barang percuma telah diterapkan dengan begitu mendalam sekali di dalam jiwa setiap manusia.
Menjadi seorang 'freeloader', mungkin ada yang suka, mungkin juga tidak. Kita ambil contoh. Anda ingin makan di warung, anda ingin makan secara percuma? Adakah berbaloi membiarkan peniaga tidak mendapat hasil dari segala penat lelahnya. Oh, jauh juga aku melencong. Maaf! :-P
Aku sebenarnya ingin menyentuh perkara berkaitan 'freeloader' di internet.
Di internet, dunia tanpa sempadan, segala kemungkinan boleh berlaku. Segala perkara di dunia pasti akan menggunakan kemudahan internet untuk melancarkan segala kerja. Di internet juga wujudnya satu benda iaitu 'online file storage' yang dalam Bahasa Melayu nya ialah simpanan fail online.
File sharing network yang terkenal ialah 4shared, rapidshare dan banyak lagi. Aku juga memuat turun lagu dari kedua-dua web ini. Tapi ada juga rasa bersalah, kenapa? Kerana kita berkongsi fail dengan orang lain? Aku terasa bersalah kerana apa yang aku muat turun selama ini ialah lagu-lagu artis Malaysia yang 'top' pada masa kini. Terfikir juga, mereka mencari nafkah dengan menjual album, tapi kita dengan selamba berkongsi dengan rakan-rakan di internet. Oh dalam dilema juga aku ni. :-(
Yang baiknya tentang file sharing ni ialah, kita mendapat secara percuma. Walaupun wujudnya web yang menawarkan muat turun yang berbayar, tapi nampaknya seperti tidak mendapat hati di kalangan 'freeloader'.
Sedang menulis isi di blog, terfikir juga aku ni seorang 'freeloader' tapi bukan sepenuh masa, cuma 'part time' saja. Hahaha..
Apa-apa pun, memang lumrah hidup di dunia, dengan adanya internet, segala-galanya boleh berlaku.
Aku ingin meneruskan juga hobi memuat turun, kerana ianya adalah hobi. :-) Sambil mendengar lagu dendangan Massive Attack - Teardrop.
Sehingga berjumpa lagi.
:-)
No comments:
Post a Comment