Penat sungguh rasanya pagi ini, tapi tak terasa hendak tidur semula sesudahnya solat Subuh. Mungkin kerana sudah terbiasa. Aku berasa sangat lenguh sekali. Sebabnya? Aku pulang ke rumah pada pukul 1 malam tadi, setelah berjalan-jalan menaiki kereta selama sehari.
Seawal pukul 10 pagi, aku bersama ayah dan adikku telah ke stesyen bas Batu Pahat untuk menjemput ibuku yang baru sahaja tiba dari rumah kakanya di Air Hitam. Kemudian, kami terus menuju ke Sungai Gersik untuk menghantar mak cikku. Setelah itu, kami bergegas menuju ke Melaka untuk urusan seterusnya. Jam pula sudah menunjukkan pukul 10:30 pagi. Semasa tiba berdekatan Jambatan Muar, kami telah terserempak dengan kereta mak cikku, iaitu Mak Idah. Kami sempat melambai juga, memandangkan kami hendak sampai dengan segera di Melaka.
Lokasi tujuan kami di Melaka ialah Teluk Mas. Sekitar pukul 11:30 pagi, kami tiba di Melaka. Maklumlah, jarak Melaka dari melaka cuma sekitar 10-15 Km sahaja. Jadi, sekejap sajalah kami tiba. Kami terus menuju ke Taman Teluk Mas untuk ke Madrasah Anak-anak Yatim Ai Tam, di mana di sinilah ibuku hendak berubat. Setibanya di sana, ibuku mendaftar, tetapi disebabkan pelawat agak ramai, ibuku telah mendapat giliran ke 75. Aku cuma memerhatikan sahaja. Tiba-tiba ayahku mengajak masuk ke kereta semula. Dia memberitahu, pihak madrasah menyuruh kami datang semula pada sekitar pukul 3 petang disebabkan pesakit yang ramai.
Ku lihat ayah memacu Wira-nya ke Bandar Hilir, Melaka. Terfikir juga aku, ada masa 3 jam lagi. Mungkin ayah ingin singgah di mana-mana kawasan di sekitar Bandar Hilir. Kebetulannya, jarak ke Bandar Hilir cuma sekitar 10 Km. Tiada masalah rasanya, getus hatiku. Akhirnya, kami tiba juga di Bandar hilir, cuma tinggal beberapak Km sahaja. Telah ternampak papan tanda bertulis 'Menara Taming Sari' dan juga 'Eye of Malaysia'. Tapi, setibanya di lampu isyarat ke simpang Bandar Hilir, ayahku melakukan pusingan U. Aku memang dah menjangka, sebabnya, bandar di Melaka ni cukup mencabar kesabaran pemandu kenderaan. Bagi motor tiada masalah rasanya. Kerana aku pernah ke melaka bersama kawanku, Nizam. Aku ketika itu yang duduk di tempat duduk sebelah pemandu juga pening kepala. Sistem lalu lintas di Melaka sangat memeningkan, hinggakan ayahku juga berasa pening. Aku rasa lalu lintas Johor Bahru lebih senang. Huhuhu...
Jam pula sudah menunjukkan pukul 1 petang. Sejam kami dalam kereta, aku tetap penat. Bosan sebenarnya duduk dalam kereta je. Ayahku menghalakan kenderaan ke Taman Teluk Mas semula. Setibanya di Teluk Mas, ayah ingin pula ke Medan Ikan Bakar Terapung Pernu, tetapi tiada apa yang menarik. Lantas ayah mengambil keputusan ke warung berdekatan. Akhirnya, kami pun memesan makanan dan mengisi perut. Aku memesan nasi ayam. Hahaha... Tapi malangnya, nasi ayam ni tak sedap langsung. :-(
Kemudian, kami menuju ke surau berdekatan kerana sudah masuk waktu Zohor. Kami menunaikan solat Zohor di surau berdekatan kawasan madrasah tersebut. Semasa masuk ke kawasan tersebut, aku telah ternampak bas kepunyaan Universiti Teknikal Melaka (UTeM). Pelik juga, kenapa ada bas ni di laluan masuk. Aku tetap berfikir dalam diam. Selesai solat Zohor, kami ke madrasa tadi, dan menunggu giliran. Sekitar pukul 4 petang, baru nama ibuku di panggil.
Sepanjang menunggu, aku telah duduk di tempat memasak burger yang terbiar. Terdengar pula suara-suara penghuni rumah anak yatim tersebut. Aku nampak mereka berlari-lari dalam kumpulan, aku terdiam. Adikku yang berada di sebelah bersuara, dia memberitahuku mereka mungkin melakukan 'explorace'. Menarik, fikirku. Terlihat juga kelibat dua lelaki berbaju hijau. Aku meneka mereka dari UTeM. Dan tekaanku tepat sekali. Di baju mereka ada lambang UTeM di bahagian tepi dan juga tulisan 'Jalinan Ukhwah' di bahagian belakang. Aku juga sempat mengambil gambar mereka.
Aku ada juga melihat aktiviti mereka, di mana di satu 'check point' ni, mereka menyuruh peserta membuat 'Karangan Maut'. Menarik kataku. Peraturannya mudah, buat karangan sebanyak 50 patah perkataan tetapi mesti bermula dengan satu huruf yang telah dipilih fasilitator. sebagai contoh, huruf 'S'. Ada sebuah kumpulan ni, mereka terpaksa membuat karangan dengan awalan 'S'. Ada seorang ahli kumpulan tersebut, kecil lagi ku lihat, memakai baju 'Ben 10', bercakap di depan fasilitator.
"Salmah terkencing dalam seluar", katanya.
Aku tergelak di situ, begitu juga dengan fasilitator. 'Sengal', itulah yang aku sempat labelkan dengan spontan untuk budak tersebut. Dia tak faham peraturan rasanya. Aku tergelak lagi di dalam hati. Budak-budak memang macam tu, getus hatiku. Banyak juga kumpulan seterusnya terpaksa membuat karangan dengan awalan 'J' dan juga 'M'. Macam-macam, fikirku.
Seronok melihat mereka, hidup aman sahaja. Walaupun mereka tidak mendapat kasih sayang ibubapa kandung, kita perlu mengasihi mereka. Tetapi aku juga di fahamkan yang ada juga peserta yang masih mempunyai sama ada ayah atau ibu, atau lebih layak di panggil anak yatim. Bukan yatim piatu. Terdapat juga anak-anak yang ibubapa mereka bercerai, lantas ayah atau ibu mereka memasukkan mereka ke madrasah ini. Had umur sehingga 19 tahu sebelum mereka terpaksa hidup di dunia luar.
Penat menonton, aku menuju ke gerai berdekatan, ada otak-otak dan roti canai. AKu memesan otak-otak dan sebotol air botol 'Sarsaparilla' cap Ayam. Jenama air kegemaranku semasa kecil. Hahaha... Otak-otak berharga RM0.60 satu. Sedap juga.
Setelah lama menunggu, akhirnya sekitar pukul 6:30, kami bergerak meninggalkan Teluk Mas, dan menuju ke Muar. Sepanjang perjalanan, kami dapat melihat sebuah kereta MyVi putih dan sebuah Proton Saga BLM yang terlibat dalam kemalangan. Aku sempat mengambil video semasa melalui tepi kereta tersebut. Lokasi masih di Melaka.
Setibanya di muar, keluargaku ingin singgah sebentar di rumah baru Mak Idah, mak cikku yang kami terserempak pagi tadi. Rumahnya di Taman Bahagia, kebetulannya mak cikku dari Johor Bahru juga ada di situ. Aku juga di fahamkan pak cikku yang tinggal di Johor Bahru juga ada sebentar tadi. Tapi telah bergerak balik sekitar pukul 4-5 petang. Kami berbual dan bersolat Maghrib berjemaah. Selepas itu, kami disajikan dengan sedikit makanan, iaitu mee goreng dan juga nasi putih dengan sedikit lauk. Aku menjamah sedikit makanan. Aku fikir cukuplah, kerana aku sudah kekenyangan.
Semasa hendak bergerak pulang, aku difahamkan lagi bahawa Mak Idah ingin mengajak kami pekena 'Mee Bandung Muar'. Kami makan di sekitar kawasan bandar juga, tapi aku tak dapat meneka dengan tepat kawasan tersebut. Aku sempat menyuruh adikku mengambil gambar kami semua. Gambar walaupun tak jelas, tapi mencoret seribu kenangan. :-)
Kerabat keluarga kami yang menikmati 'Mee Bandung Muar'
Terima kasih kepada adikku, Aizat yang menjadi tukang gambar. Kesian tak masuk gambar. Kelihatan aku memakai 'trucker cap' dan juga baju 'I'm so electric'. Kenapa ayahku mengangkat tangan? Huh? Musykil.
Kemudian, aku sangkakan dapatlah balik dan melepak di rumah. Tetapi, sangkaanku meleset. Mak cikku telah mengesyorkan kami berubat lagi. Kali ini di kampung berdekatan kampungku. Aku yang mengantuk, bersama adik-adikku ini, telah tertidur di kerusi rumah tempat berubat. Jam pada waktu itu menunjukkan pukul 11 malam. Aku berasa mengantuk dan telah tidur dengan lena. Hahaha...
Aku tiba di rumah pada pukul 1 malam. Penat sangat-sangat. Selepas membersihkan diri dan solat Isyak, aku pun tertidur.
ZzZZZzzzzzZZzzz...
Kemudian, aku sangkakan dapatlah balik dan melepak di rumah. Tetapi, sangkaanku meleset. Mak cikku telah mengesyorkan kami berubat lagi. Kali ini di kampung berdekatan kampungku. Aku yang mengantuk, bersama adik-adikku ini, telah tertidur di kerusi rumah tempat berubat. Jam pada waktu itu menunjukkan pukul 11 malam. Aku berasa mengantuk dan telah tidur dengan lena. Hahaha...
Aku tiba di rumah pada pukul 1 malam. Penat sangat-sangat. Selepas membersihkan diri dan solat Isyak, aku pun tertidur.
ZzZZZzzzzzZZzzz...
No comments:
Post a Comment