Friday, June 19, 2009

Pemikiran

Salam.

Kehidupan. Apa itu kehidupan? Aku adalah makhluk yang hidup, atas sebab apa aku dihidupkan? Kenapa rohku memenuhi jasadku sekarang ini? Terkadang tertanya juga persoalannya, namun aku tahu apa jawapannya. Cuma terterbit persoalan ingin bertanya kepada diri (muhasabah diri).

Aku, diberi nama Mohammad Faiz Syazwan, lahir dalam keluarga Islam. Jadi Islamku adalah warisan keturunan. Anda tahu apa maksudnya? Ini adalah nikmat terbesar sepanjang hidupku. Nikmat Islam. Aku bersyukur aku lahir dalam keluarga Islam. Bukan semua makhluk di dunia lahir kalangan keluarga Islam sahaja, tapi ramai lagi yang lahir dari keluarga yang berlainan agama.

Tapi, itu bukan persoalannya.

Persoalannya ialah sejauh mana anda mentakrif perkataan Islam itu dalam diri anda? Ok, jika anda seorang Muslim, apa yang perlu anda buat? Apa pula yang tak patut anda buat?

Apa yang aku perhatikan di sekeliling aku, sangat-sangat menyentap hati nuraniku. Aku melihat saudara-saudara seagamaku yang sewenang-wenangnya meninggalkan ajaran agama dan melakukan kemungkaran. Namun, itu bukan sepatutnya cara yang betul untuk mengadili mereka, kerana aku juga bukanlah sempurna. Tapi, aku juga ada perasaan. Adakah mereka tidak sedar bahawa kiamat itu semakin dekat? Ataupun mereka buat-buat tak tahu semata-mata ingin mengecapi segala-gala keindahan dunia? Dunia itu fana.

Di dalam kesunyian, aku cuba merenung diri. Aku cuba bermuhasabah diri.

Aku mengharapkan kekuatan iman seperti para sahabat, namun itu memang jauh sekali bagiku. Namun, di sisi Allah, hamba-Nya adalah sama rata. Asalkan aku selalu mengamalkan 'amar makruf, nahi mungkar', itulah dia perjuangan yang patut aku laungkan dan laksanakan.

Dewasa ini, kedengaran tentang 'Islam Liberal'. Aku anti Islam Liberal, bagaimana anda? Anda faham apa itu Islam Liberal? Islam yang terpesong dari asasnya iaitu sesuatu ajaran yang tidak mengguna pakai Hadis dan Al-Quran, dipadukan dengan pemikiran barat, dan juga diperjuangkan atas kesamarataan antara lelaki dan perempuan. Boleh ke seorang perempuan mengimamkan solat jemaah-jemaah lelaki? Anda akan percaya dengan sesuatu benda yang seperti ini? Tetapi untuk aku, tetap TIDAK.

Aku sakit, sakit hati memikirkan perkara-perkara ini. Namun, jauh di lubuk hatiku, aku berharap mereka ini kembali ke pangkal jalan. Masih ada ruang untuk mereka sehingga kiamat, yang mana sudah banyak tanda-tandanya yang kita boleh lihat.

Maka, bersedialah semua manusia di bumi ini untuk menerima pembalasan yang setimpal atas setiap amalan anda. Tapi ingat, perkara pertama yang akan dihisab ialah SOLAT. Maka, jangan ambil ringan perkara ini. Lakukan lah solat tanpa meninggalkannya. Ianya wajib.

Anda adalah Muslim, bangkitlah saudaraku.

(Jika anda rasakan aku mengarut, cermin diri dulu)

17 comments:

syaf said...

huhuhu betol 2 ape yg ko ckp...
aku pon slalu gak terfikir pasal mende2 tu..aku pon perlukan satu kekuatan dan persediaan untuk ke arah itu...sebelum ni beberape kali aku try untuk berubah mengikut ajaran islam, tapi seketike je...iman aku x cukup kuat....huhuhu aku perllukan mase yg sangt2 sesuai dan kekuatan yg betul2 jitu untuk aku berhadap dengan NYA sebab aku x mau berubah pas2 buat salah balik, pas2 berubah buat salah balik...macam bende2 ni memperlekehkan Yang MAha Esa...cam 2 r... anyway thanks. kamu menyedarkan aku...

Anonymous said...

sape yg ckp kamoo mengarut..?? meh nk sekeh diorng..


ehehee..

cm berani jek..

haish!
xde mengarut pn..


all u have said is correct.. i agreed with that.. atleast.. u have alwiz reminds me of GOD.. thanx...


dunia skng da makin teruk..manusia kian alpa..

kekdang.. daku sndirik ade silap.. tapi.. itu semua dugaan TUHAN..

jadik..kita harus sedar.. dan cuba menjadi yg terbaik.. seharusnya.. sewjibnye..


kn kn kn..??

thanx tau!

;D

fareast said...

aku sokong ko chot.

Ash said...
This comment has been removed by the author.
Ash said...

islam liberal ni rekaan org jahil agama.

mereka nak halalkan apa kemahuan dorang.

sgt2 tak bleh terima khidupan org2 liberal tapi mengaku islam.

mereka macam sampah selagi tak taubat.

gdah said...

=) Nice.Teruskan usaha berblog...

Faiz Syazwan said...

syaf - sbnrnya kan,x salah klu kita ubah sikit2,xpe..jnj kita x menyimpang jauh sgt dah la..ok?

berubah sikit2 mengikut kemampuan,tapi ingat solat itu plg penting..papepun,utamakan solat..perkara pertama yg akan dihisab..jika baik solat,baiklah semua amalan.. :)

Faiz Syazwan said...

tieha - hehe..xde yg ckp,tu sj je,if ada org yg bc,then nak hentam2,mmg dia ptt terasa la..if la,ada possibility gak..hehe..

tieha,ingat taw,kematian tak menunggu kita,bila2 masa je..so,bersedia la..

Faiz Syazwan said...

fais - Alhamdulillah..thanks fais..aku sebenarnya nak jd pemikir yang bley berfikir secara rasional dan kritis..insyaAllah tercapai cita2 tu nnt..Amin..

Faiz Syazwan said...

ash - betul,islam liberal ni mencemarkan nama Islam..mereka ni sepatutnya x layak dipanggil Islam..teringat juga nak pggl mereka seperti sampah,tapi hati mengatakan sy x layak nak judge mereka cam2..so,biarlah balasan semua tu ditentukan Allah..

apa yg mereka buat,mereka dpt blsnnya..

Faiz Syazwan said...

qdah - thanks..sy akan terus berblogging selagi saya mampu..utk kesedaran,dan juga utk mengisi kelapangan..:)

Anonymous said...

baiklah!
sentiasa igt!


;D

Faiz Syazwan said...

tieha - bagus2..hehehe...

Si Penanya (?) said...

ada orang report kat aku pasal post ni. apa nak aku cakap (no offense okey) kau perlu tahu beza liberal yang baik dan liberal yang tidak baik. nak diskusi aman? YM me

Faiz Syazwan said...

naza - uih,ada gak yg merepot2 gak,hahaha..jap g aku ym ko..:)

NuRuL AtiQaH said...

ske entry mcm ni, mengajak manusia supaya lebih dkat dgn Tuhan..
keep it up!! ;)

Faiz Syazwan said...

atiqah - mm,sbnrnya benda ni terlahir dr hati je,apa yg terfikir,terjemah kepada pikiran..tp klu org leh amek iktibar,Alhamdulillah la.. :)

yg pntg,kne ingat la,kiamat dah dkt..so,phm2 la sendiri ye.. :)

neway,thanks..hehe..