Salam kepada semua.
Hari ini, dari pagi, aku telah ke majlis walimatul urus. Pertama, di rumah rakan sekolah rendahku, kerana kakaknya akan bersanding hari ini. Kami sekeluarga datang sekitar jam 11 pagi, masih awal pagi, tak ramai yang datang. Kami datang cepat kerana keluargaku akan pulang ke kampungku di Muar. Seperti biasa, bila aku ke majlis-majlis ni, aku lebih suka makan nasi putih berbanding dengan nasi minyak. Aku kurang berminat, tak tahu kenapa. Haih.
Kemudian, pulang ke rumah. Aku tak mengikut keluargaku pulang ke kampung, kerana rakan 'blogger'ku iaitu Tfa ingin datang dari KL untuk ke majlis perkahwinan rakannya. Ok, rumah pengantin berdekatan saja dengan rumahku. Pada awalnya, aku dapat rasakan mereka akan menjumpai jalan yang betul ke rumah pengantin, tapi tekaanku silap. Mereka akhirnya sesat. Tfa telah menghubungi aku untuk bertanyakan jalan. Sewaktu Tfa menelefon, dia menyatakan mereka telah berada di Sungai Terap. Ok, untuk makluman, Sungai Terap ni di Muar. Tujuan asal adalah ke Batu Pahat. Aku bantai gelak seorang diri bila mereka telah sesat. Jangan marah ya Tfa. Hahaha... :P
Tak kisah, sebab mereka ni bukan orang sini, kalau salah jalan, kena lah bertanya. Aku memberitahu supaya melakukan pusingan U kerana mereka telah salah masuk jalan. Sepatutnya, semasa keluar dari tol Pagoh, mereka perlu membelok ke kanan untuk ke Batu Pahat. Akibat tersesat 2 kali, mereka telah banyak menghabiskan masa, kesian bukan? :P Aku telah memberikan panduan arah untuk mereka ke Batu Pahat. Ok, mereka berjaya.
Maka, aku pula yang perlu berfikir bagaimana untuk berjumpa dengan Tfa. Aku ada menghubungi rakan untuk ke bandar, tapi tiada jawapan. Maka, setelah solat Zohor, aku menyuruh adik aku mengeluarkan motor, panaskan enjin. Akhirnya, aku nekad ke Sungai Kajang untuk ke rumah pengantin. Untuk makluman semua, aku boleh menunggang motor, cuma tak boleh berjalan tanpa tongkat, jangan berasa pelik pula. Untuk menghidupkan motor juga, aku menyuruh adikku. Naik motor bukan perlukan kita jejak kaki. Tiada masalah ke rumah pengantin kerana aku selalu berjalan-jalan di kawasan tersebut. Sesampai saja di destinasi, aku mesej Tfa. Akhirnya, dapatlah kami berjumpa. Ok, dia rakan 'blogger' aku, tak sangka berjumpa di Batu Pahat. Haha...
Sempat bergambar dan juga sempat bertukar lagu. Banyak juga lagu yang aku dapat. Antaranya ialah :
1. 1234 - Plain White t's
2. Lenyap - Static Emily
3. Menjauh - Static Emily
4. Cela - Boneca
5. Cinta Melulu - Efek Rumah Kaca
6. Our Song - Taylor Swift
7. Anyone Else but You - The Moldy Peaches
Berikut merupakan gambarku bersama Tfa yang pendek. Hehehe... Kenapa mataku sepet? Adakah itu satu masalah? Hahaha... :P
Terima kasih Tfa kerana sudi berjumpa, hehehe... Sewaktu aku menulis entri ini, dia masih dalam perjalanan pulang ke KL. Semoga selamat sampai. Amin.
Setakat sini saja coretanku, ada rezeki kita berjumpa di entri akan datang.
Salam.
p/s 1 : Isteri adalah kurniaan Allah kepada kita, bukannya milik kita.
p/s 2 : Bercinta biar satu, berkawan biar beribu. :)
20 comments:
ala....
xaci jupe tfaaa.....! nk jugak...
huhuuu... tfaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!
;(
majok ngn faiz... xjupe pn tieha..huhuuu...
alala..
nnt la kita jumpa rmi2..dgn aiman sekali..hehe..
leh la jumpa rmi2,mkn bsr..:)
oh..nk nk nk!
eehheheee.. aiman sombong la skng...
huhuuu..bz keje agknye...
kn..??
;)
ahhaha tieha nihhh.
ngade btol laa..
hak3..
aimanje busy la tuu.kahkah<--ckp org, diri sndiri pon busy juge.lalala~~
paes :-
1]pemalu pd mulenye..ckp pndg dpn, pdhl tfa kt knan die.(pelik kn??)haha
2]suke ejek2 org.."laa tah pape hp pink."<<--dgkila tu.haha
3]ckp tfa tinggi!weee~~bangga2,padahal heels 2inci!hahah
4]nnti fikir.haha
tieha - 2la kan,ada gak buzz dia td,tp x dpt..dia x lyn,bz agaknya..haha..
tfa - mmg la malu,br jumpa kot..haha..mmg nmpk byk yg pelik,nmpk tggi lak tu..haha..tp hp pink tu mmg xleh blah..haha..wek..tfa x malu ke td?hahaha..
hahah..hp pink rules ok.hahah
xmalu pon.lainla jumpe bf.haha..tu mmg malu.kahkah
tfaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!
rhendu kamoo..
nk jupe jugak!!!!!!!!
ohoohoooo..faiz malu..eheheheee...
terbayangbyang lagaknye.. ekekekkeee..
ngeee..jgn mara ha..
eh eh.. terbuat cm tempat chat lak..hahahahhaa..
oh!
faiz...itu la kn..
plik tul.. huhuu..
tfa - haha..yela tu..pttnya jumpa bf xyah la malu..kah3..
tieha - haha..normal la malu2,hahaha..mn ada pelik,xde yg pelik pun..tfa la yg pelik..hahaha..
hohoooo... malu malu kuceng! hahahaa..
;D
yuhu....=P
peh paiz jumpe awek x ajak seh haha
tieha - x malu sgt mcm kucing la,hehe..sedang2 je.. :P
ana - hola..
hazwan - pergh,mn jumpa awek bai..haha..nak jumpa ko,jauh sgt lak..hahaha..
alaa..mcm kucinglaaa..
hahaha..
i like ur p/s :))
haha..kucing pun kucing la..
eh,phm ke mksd tu?tfa g la nsht dia ye..belum pape pun dah kena control sgt..hahaha..
p/s yg amat bermakna kn tfaaa..??
huhuuu...
agreed wit faiz.. go and tell him nicely tfaa...
faiz stay coolll.... cm... kucing tom and jerry.. ngehehehehheeeee...
;)
haha..tom n jerry lak..comel gila..lalala..
tny tfa,faiz mmg cool..hahaha..
cool la sgt..bukan cool hebat..tp cool dingin.
wakakaka
xdelah.gurau ajeh.hak3 :P
insyaALLAH..daku perlukan kekuatan.hahaha.geli geli.
tgk lah nnti sehari 2 lg tfa mngamuk lah.skrg tgh proses merajuk..
tgh nk plan, nk merajuk berape lame eh?hak3 :))
hehe..ceh,jnj cool gak kan..hehe..
mm,eh,jgnlah mengamuk,nnt dah x comle lg kang,hehe..betul ke tgh majuk ni?
mcm2 la tfa ni..dia xde respon pape/x pujuk?haha..
hahaha
die nk pujuk??
tunggu la meow2 tfa tu bertanduk brula die pujuk.
wahaha..
still merajuk nih.lalala~~
nk buat rekod merajuk terlame sekali.ahahaha
haha,kesiannya dia x pujuk..x patut kan..
b4 ni rekod majuk terlama bape hr?haha..
eh,tfa ble2 on la YM,leh sembang2 sket kan.. :)
Post a Comment