Thursday, June 11, 2009

Trip ke Gua Tempurung

Salam kepada semua.

Kali ini, aku ingin menceritakan tentang trip ke Gua Tempurung. Baiklah, trip ni dah lama berlaku, iaitu pada 12hb Oktober 2008, tetapi sengaja aku titipkan di entri ini sebagai satu cerotan pengalamanku. Trip ini telah dianjurkan oleh kumpulan Marquis Henry, iaitu satu kumpulan di bawah Steven Yeam Network (SYN). Trip ini merupakan satu trip 'business community' kami.

Trip ini disertai sebanyak 3 bas dari Johor Bahru, Pulau pinang dan juga Kuala Lumpur. Agak banyak juga yang menyertainya. Makin ramai yang turut serta, makin meriah lah trip ini. Aku bersama Azrul, bergerak dengan kereta dari Shah Alam pada awal-awal pagi tersebut, dan menuju ke kampus UiTM puncak Perdana untuk menjemput 3 orang rakan yang akan turut serta. Mereka ialah Khairiah, Jannah dan juga Miza. Kemudian, kami ke NZ Bistro di Kuala Lumpur untuk berkumpul dan bersarapan. Seperti biasa lah, di tepi-tepi NZ Bistro tersebut memang akan dibarisi kereta-kereta mewah seperti BMW, Mercedes dan Toyota. Faham-faham sendiri lah ye. :P

2 buah bas telah tersedia di sekitar NZ Bistro tersebut iaitu bas dari Johor Bahru dan juga Kuala Lumpur, manakala 1 lagi bas bergerak dari Pulau Pinang. Setelah selesai, kami dipanggil untuk menaiki bas, lalu kami memunggah bagasi menaiki bas. Kami dijadualkan akan tiba di Gua Tempurung sekitar jam 11 pagi. Ok, aku duduk bersebelahan dengan Khairiah, manakala di hadapan aku ialah Miza dan juga Jannah. Azrul pula duduk di bangku sebelah, keseorangan, hahaha...

Banyak juga rakan yang turut serta di dalam trip ni. Antara yang aku ingat ialah Faliq, Anis, Ain, Chaly, Imran, dan banyak lagi termasuklah para Marquis yang duduk di bahagian hadapan. Sepanjang perjalanan, Faliq telah menjadi 'emcee' yang mengendalikan sesi suai kenal. Kami semua diminta untuk mengenalkan diri kepada semua orang. Bagi aku, tiada hal kerana aku pun dah terbiasa bercakap di hadapan orang ramai. Cuma kelihatan Khairiah yang malu-malu kucing untuk tampil ke depan memperkenalkan diri. Kelakar aku melihat telatahnya. :)

Kemudian, kami juga turut menari-nari 'chicken dance' di dalam bas. Meriah dibuatnya. :)

Aksi tarian peserta

Seperti yang dijangka, kami tiba di Gua Tempurung setelah jauh mengembara dengan bas. :P

Kelihatan kumpulan dari pulau Pinang telah tiba di sana, dan telah berkumpul untuk mendengar taklimat. Kami dengan pantas turun dari bas membawa lampu suluh, dan terus menyertai taklimat tersebut. Ok, aku rasa berdebar kerana ini kali pertama masuk gua, takut juga. Tapi kami akan di ketuai oleh orang yang berpengalaman di situ. Sewaktu masuk, awal-awal lagi kami terpaksa melalui sungai di dalam gua tersebut. Kali pertama masuk, aku juga terkejut. Ada sungai dalam gua? Anda tak terasa pelik? Tapi ini satu keunikan di Gua Tempurung.

Lama berjalan di dalam kegelapan, dengan kaki yang kesejukan kesan dari melalui sungai tadi. Kami terpaksa berhati-hati kerana terdapat stalaktit yang terpacak dari bumbung gua ke bawah. Jalan-jalan di dalam gua juga bukanlah rata seperti biasa. Bermacam-macam permandangan yang kami lihat di dalam gua tersebut. Ada ketika, semasa ingin menuruni curam, aku tergelincir,mujur telah ditahan oleh petugas yang menunggu di bawah curam. Bukan salahku, tapi kasut 'Converse' yang aku guna mempunyai tapak yang tidak sesuai dengan keadaan lantai gua. Agak cuak dan berdegup kencang juga jantungku. :)

Akhirnya, kami tiba di hujung gua, kelihatan sebuah taman di dalam gua, serius lawa. Bagi yang ingin melihatnya, bolehlah ke gua Tempurung. Anda tak akan rugi. Aku ingatkan sudah tamat perjalanan, maka aku telah mencabut kasutku. Ramai yang telah rilek dan menghisap rokok, aku terkecuali. Kami juga sempat mengambil gambar. Pelik tak kenapa mereka boleh membawa semua barang-barang tersebut? Ok, sebenarnya mereka awal-awal lagi dah menyediakan plastik untuk menyimpan barang. Kecewa aku, kerana kalau aku tahu, aku akan bawa kamera. Haih.

Kemudian, kami diberitahu bahawa kami perlu meneruskan perjalanan. Aku dah penat, serius penat. Lama berjalan. :(

Akhirnya kami meneruskan juga perjalanan dalam keadaan penat. Aku ditemani Khairiah. Agak malang baginya kerana kasutnya telah rosak, maka dia akan berkaki ayam sehingga ke luar gua. Kesian melihatnya, nak tergelak pun ada. Ramai juga yang mengambil berat. :P

Maka, aku menolongnya sehingga ke luar gua. Aku memimpinnya sepanjang jalan. Untuk pertama kali, kami telah tersalah jalan. Kumpulan pertama telah jauh meninggalkan kami. Yang tertinggal termasuklah Marquis Paul dan juga Marquis Henry. Kami terpaksa menunggu sementara pemandu pelancong mengambil kami. Agak takut juga kerana sesat, haih. Setelah lama menunggu, kami akhirnya dapat keluar juga dari gua. Tapi agak memenatkan ketika menaiki tangga, sumpah aku kepenatan.

Keluar gua, kami terus membersihkan diri, mandi dan menukar baju. Kemudian, kami singgah membeli burger sementara menunggu semua orang bersiap. Kami kemudian ke Jusco Ipoh untuk menjamu selera. Akhirnya, kami tiba di NZ Bistro pada sekitar jam 10 malam.

Walaupun aku dah tak menyertai SYN lagi, namun perkara ini tetap menjadi pengalaman yang berharga.

Bergambar di Jusco Ipoh

Bergambar di tepi NZ Bistro, berdekatan KLCC

Sekian di sini saja coretan aku.

Salam.

12 comments:

The Lulu said...

jusco ipo??
tmpt sy lepak2 lyn shppng

wa..sungguh hapenning..
nari2 dlm bus...hehe

Faiz Syazwan said...

haha..yeke?jom lepak lg..hehehe..

mmg happening la,dorg ajak menari,menari jela..haha..

flovatedz said...

waaa bestnye pegi gua tempurung!

Faiz Syazwan said...

mmg best,jom la pergi..hehe..seronok gak la dpt g..

Anonymous said...

best!

Faiz Syazwan said...

best..mmg best..hehe..tieha nk ikut klu ada lg trip?hehe..

Milimilo said...

dulu time skolah kat ipoh slalu g jj ipoh n ipoh parade..huhu

Faiz Syazwan said...

milimilo - haha..ms tu first time g jusco ipoh,haha..bsr la gak..smpt makan kat food corner..best..hehe..:)

Anonymous said...

nk nk..tpi kekwn kt sini slu xkasik..diorng ckp nt susahkan diorng..huhuu...

;(

Faiz Syazwan said...

haha..watpe ajak depa..ajak kami la..kami sure nak je g tmpt2 tu..ajak tfa la,plan g sana..hehe.. :)

Anonymous said...

ohoo..nk nk..

;D

Faiz Syazwan said...

hehehe..jom2.kita wat gathering dgn dak2 ni kat gua tempurung,mesti gempak..impian je tu..mtk2 jd kenyataan..hehe..