Saturday, June 20, 2009

Urusan beberapa hari

Salam.

Untuk beberapa hari yang akan datang ni, aku akan jadi sibuk sedikit dari hari biasa. Semester baru akan bermula beberapa minggu lagi.

Antara beberapa perkara yang harus aku lakukan ialah melakukan pendaftaran kursus. Aku akan ke UiTM Shah Alam untuk menyelesaikan perkara ini. Mulanya aku ingin ke sana dengan menaiki bas, mungkin dengan perkhidmatan bas Cepat
Ekspres. Perjalanan dari Batu Pahat ke Shah Alam. Kemudian, Idham (rakan UiTM) akan menjemput aku di stesyen bas seksyen 17.

Malam tadi mak aku memberitahu abang saudaraku yang bekerja sebagai tentera darat di Kem Sungai Besi pulang ke kampungnya di Kota Tinggi pada hari minggu ini. Jadi, mak aku mencadangkan aku menumpang abang saudaraku pada hari Ahad, iaitu semasa abang saudaraku pulang ke Kuala Lumpur. Satu kemudahan bagi aku yang agak sukar bergerak. Alhamdulillah. Aku masih memikirkan untuk menumpangnya ataupun tidak. Nak tumpang ke tak nak?

Apa yang aku perlu lakukan di Shah Alam?

Pertama sekali, aku dah memutuskan untuk menumpang di rumah Afiq (rakan UiTM) buat sementara waktu. Dalam beberapa hari sehingga selesai urusan aku. Afiq duduk di rumah sewa di seksyen 7. Dekat dengan UiTM tersebut. Sebelum ini, aku telah menetapkan untuk menumpang di rumah Idham, tapi kerana dia duduk dengan keluarganya, aku merasa tak elok jika menumpang di rumahnya. Sama ada Afiq atau Idham yang akan menjemputku, itu aku belum putuskan. Masih berfikir. Pada waktu ini, Afiq melakukan kerja sambilan di restoran. Mana lebih baik?

Kemudian, urusan yang perlu dilakukan. Pertamanya, pergi ke pejabat Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, tanya tentang kes aku. Pada pra pendaftaran yang lepas, aku telah terlepas kerana telah tutup tarikh. Pada 22 Jun - 24 Julai, akan ada pendaftaran kursus, lebih kepada memilih kelas. Kemudian pada 28 Julai - 10 Ogos pula, akan ada pengesahan kursus. Aku ingin terus ke pejabat kerana dalam surat kebenaran cuti aku ada dinyatakan, aku kena melakukan pendaftaran awal sebelum semester baru bermula. Jadi, aku akan mengambil kesempatan ini untuk memilih kelas yang aku suka dan menyusun jadual dengan rapi. :)

Seterusnya, urusan permohonan kolej. Aku rasa ada baiknya aku memohon kemudahan kolej. Oleh kerana kedudukan rumah sewa di luar kampus akan menyukarkan aku ke fakulti, lebih baik aku duduk di kolej sahaja. Kolej yang akan aku pohon ialah kolej Perindu. InsyaAllah dengan mengemukakan surat dari doktor dan melihat kepada keadaan aku, pihak pengurusan kolej akan memberi kebenaran untuk duduk di kolej. Aku juga akan memohon sekali untuk Idham, kerana ianya lebih mudah. Kami kawan rapat, maka senang untuk aku meminta tolong jika ada masalah. Aku pada dasarnya, jarang meminta pertolongan orang. Tapi dengan keadaan begini, aku memang memerlukan pertolongan. Terima kasih kepada Idham.

Oh ya, jika Tieha jadi ke UPM dan UiTM untuk menghantar rayuan, aku akan dapat berjumpa juga dengannya. Bergantung pada keadaan juga. InsyaAllah jika tiada aral yang melintang, kami dapat berjumpa. :)

Kemudian, aku akan pulang ke Batu Pahat semula, mungkin dengan menaiki bas pula. Yang aku harapkan ialah, kelancaran urusan semasa di UiTM nanti. InsyaAllah.

11 comments:

Anonymous said...

kamoo!!

erm.. gudluck n take care k.??

kalu ade sne leh tlg kamoo jugak!

huhuu..


kamoo... insyaAllah..

;D

Ash said...

ehem ehem,
nak jumpa tieha?
ehem ehem..
hehehehe

The Lulu said...

aiyo..da bli tiket da??
lepas ni kte jrg la jmpe..
uitm perak ye wifi sgt slow...

The Lulu said...
This comment has been removed by the author.
Faiz Syazwan said...

tieha - klu tieha jd,ok la..kt jumpa je nnt ea..dkt je pun fact bahasa dgn fact engine.. :)

ash - jgn pk bukan2 ea..haha..kami rkn yg baik..hehe..

ana - belum beli la,br nak beli ptg ni..haha..x jd tumpang abg sedara..xpela jrg chat,tp leh je msj kan..komunikasi ada byk cara..hehe..betul x ash?hahaha..

Ash said...

a ah..btol2.
nk communicate ngan faiz ni byk mediumnya..hehe

Faiz Syazwan said...

hahaha..dgn kamu jela yg byk,dak2 lain sket je..pelik betul kan..hehe..:P

Kotak Hati said...

tu lah faiz..
kalo dok luar payah nanti..
mcm aku..
susah nk g kelas..jauh..

fareast said...

semoga berjaya chot.

Tfaaaaaa said...

good luck paes :)

jumpe tieha?
whoaa ini membikin kn kejelesan.muahaha

Faiz Syazwan said...

kotak hati - haha..taw xpe..mmg jauh kot..so,baik mtk je kat dlm..mintak2 dptla..by the way,aku dah kat s.alam..lepak mah idham..kwnaku,hr ni (selasa) br g uitm selesaikan urusan..

fais - thanks fais..

tfa - thanks..hehe..insyaAllah,ada rezeki jumpalah..:P