Salam.
Ok, hari ini, kenapa dengan secara besemangatnya aku akan mengendalikan tutorial, hehehe... Perasan hebat lah pula. :)
Ceritanya begini, oleh kerana terpengaruh dengan cik milimilo, maka aku juga ingin memberikan sedikit tutorial. Diharap dapat membantu kawan-kawan sekalian. Tutorial hari ini adalah berdasarkan kepada subjek 'comment'. Anda tahu apa itu 'comment'? Ok, dalam bahasa Malaysia, 'comment' ni adalah komen. Belajar bahasa sekejap bagi yang tak faham. :P
Anda perasan tak? Selalunya jika ada pelawat yang membaca entri yang kita buat, paling tidak pun, mereka akan meninggalkan sedikit komen, sama ada yang baik atau buruk. Komen ini dapat membangkitkan semangat kita untuk memperbaiki mutu penulisan atau boleh juga menjatuhkan semangat kita. Tapi, bergantung pada jenis komen juga. Tapi macam mana kita boleh tahu jika mereka meninggalkan komen? Jika blog anda adalah seperti aku, yang cuma membenarkan 5 entri dipaparkan pada satu-satu halaman, agak sukar untuk anda mengesan jika ada sesiapa yang meninggalkan komen pada entri-entri anda yang lama.
Aku juga berfikir begitu sebelum ini. Bagaimana caranya? Lantas, dengan melakukan 'blogwalking', aku terjumpa blog milik Syada, iaitu seorang 'blogger' dari UiTM Shah Alam. Mata aku tertarik pada satu bahagian di sisi blog. Ya, ianya adalah 'sidebar comment'! Ini yang aku cari-cari selama ini. Maka, aku pun mula bertanya kepada Syada mengenai hal tersebut. Maka, beliau telah berbesar hati membantu aku mendapatkan kod HTML untuk 'sidebar comment' tersebut. Terima kasih Syada.
Berikut adalah contoh HTML bagi 'sidebar comment'. Tadi aku telah mencuba meletakkannya di dalam 'scroll box' seperti yang di ajar milimilo, tapi disebabkan ada kesilapan sedikit, maka aku terpaksa menjadikannya kepada format jpeg (gambar). Jadi, minta maaf kerana tidak dapat membekalkan 'text format'. Bagi yang tak keberatan, bolehlah menyalin semula kod-kod tersebut. :)
Ok, seperti yang anda lihat, ada url blogku iaitu http://bilapenabersuara.blogspot.com/, tukarkan url ni kepada url blog anda. Kemudian, anda akan lihat angka '3' iaitu di bahagian var a_rc=3; tukarkan nilai '3' tersebut kepada jumlah komen yang ingin anda paparkan. Jika seperti di atas, ianya akan memaparkan 3 komen. Anda bebas untuk menukarnya kepada 5 atau 7 atau 10, terpulang kepada anda. :)
Kesimpulannya, aku terpaksa belajar lagi sebelum memberi tutorial pada anda semua. Tapi bagiku, berbaloi mencuba, ilmu perlu dikongsi. Hati dah tak tertahan lagi ingin berkongsi ilmu. Oh, perasan mulia lah pula, hahaha...Ok, maka dengan sedikit tutorial ini, anda bolehlah mencubanya. Semoga berjaya. :D
Salam.
8 comments:
oooo... menarik utk dicuba...
hohoo..
thanx...
;D
penatnye nk taip balik.muahaahha
tieha - cubalah,sangat menarik..hehe..yeah3..
tfa - ala,taip sket je pun..cubalah,hasilnya pasti memberangsangkan..hahaha..
ala.. stuju ngn tfaaa..
ngeee..
tlg taip boleh ka..??
eheheee..
;D
tieha - haha..nak kne tlg gak ke?adeh..
wajib!
tieha - hahaha..klu nak,t faiz bg by YM ea..ok x?
Post a Comment