Saturday, October 24, 2009

Agenda dan peperiksaan akhir

Salam kepada semua.

Seperti biasa, aku memang sudah jarang mengemaskini blog. Nak cakap sibuk, ada juga, nak cakap tak sibuk, ada juga. Maknanya, di tengah-tengah lah. Nak kemaskini blog, ada niat dah, cuma tak terlaksana saja.

Alhamdulillah, ada kesempatan untuk mengemaskini blog ini juga. Kebelakangan ini, banyak perkara yang berlaku. Maklumlah, peperiksaan akhir bakal tiba, maknanya setiap pelajar memang kena bersedia untuk menerima beban 'assignment' yang berlambak-lambak. Sama seperti aku, banyak juga yang perlu disiapkan. Alhamdulillah, dapat diselesaikan. Cuma memberi laluan untuk mengulangkaji pula.

Oh ya, sempat juga aku melakukan urusniaga dengan rakan di Jepun, iaitu Hilmi. Rancangan untuk membekalkan 'spray cap' akan terlaksana. InsyaAllah. Pelbagai rancangan lagi di buat untuk memajukan 'scene' graffiti di Malaysia. Yang sebenar-benarnya ialah seni. Tetapi lebih kepada graffiti itu sendiri. Aku telah memesan lebih kurang 160 biji 'spray cap'. Agak sedikit, sebagai permulaan untuk melihat sambutan ramai. Maklumlah, 'spray cap' ini agak terhad di Malaysia. InsyaAllah dalam 2 minggu akan sampai ke Malaysia.

Untuk tempahan boleh melayari blog proceez di Proceez Propaganda.

Spray cap jenama 'SCOTCH'

Semoga Proceez semakin maju, dan aku juga lulus dengan cemerlang di peperiksaan.

InsyaAllah. Semoga berjumpa lagi di entri akan datang. :)

3 comments:

ana farhana said...

dan lagi promote..
xnk beli..heeee :)

Faiz Syazwan said...

hahaha..ces..kamu x gne benda ni,jgn la beli,haha..:P

flap.etynine said...

Salam....cap spray ni ade lg x?...ingt nk beli la....