Wednesday, October 7, 2009

Kisah hari ini

Salam kepada semua.

Ok, di sini aku ingin menceritakan apa yang telah berlaku pada hari ini.

Pertama sekali, pagi tadi aku ada kelas CTU (Tamadun Islam dan Tamadun Asia). Oleh kerana aku tak menghadiri kelas pada minggu lepas, aku terkejut besar bila Ustaz Yusof mengedarkan kertas Ujian 2. Pada mulanya, aku buntu juga. Betul ke ni? Akhirnya, aku menjawab juga, mengikut logik akal juga. Minta-minta dapat juga markah logik. :)


Kemudian, ke Pejabat Am Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Tujuannya adalah untuk mendapatkan surat pengesahan pelajar. Surat ini akan dihantar ke pihak Yayasan Pelajaran Mara (YPM) berhubung dengan penangguhan bayaran DPPT. Surat pengesahan ini akan di proses, dan akan di berikan dalam tempoh masa 3 hari bekerja, sama ada Jumaat ini atau Isnin hadapan.

Seterusnya, ke Pusat Kesihatan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan Guarantee Letter (GL) yang akan digunakan semasa menjalani pembedahan nanti. Menggunakan GL ini, pihak UiTM akan membayar semua kos pembedahan, di mana meliputi lingkungan bajet RM5000 ke bawah. Ini merupakan GL kedua aku selepas GL pertama dikeluarkan semasa pembedahan pertama. Tarikh berkuat kuasa GL ini adalah bermula pada hari ini (7hb Oktober 2009) sehingga sebulan (7hb November 2009). Maknanya, aku akan menjalani pembedahan pada lingkungan waktu ini. Dan semestinya, masa ini merupaka tarikh peperiksaan akhir tahun iaitu 28hb Oktober 2009 - 15hb November 2009. Boleh ke macam ni?

Buntu.

5 comments:

Anonymous said...

oh.da amik titas..??

hurm..sem dpn bru titas..
eheee..


eh!time exm tu.. cane exm nt..?


hurm~~~


ape2 pn...hop semua lancar oke..?

Faiz Syazwan said...

haha..standard la..sem 2 br amek subject ni..

xtaw la camne,tgk la nnt,papepun berserah jela..:)

Anonymous said...

ooo..same.. oh! kalu cmtu.. berdoa je k..

;)

insyaAllah semua oke..


;))

ayieq said...

go for the operation, pls. yg penting u as good as before. I may not knowing you well, but, hurm.. no worries, my pray for u. take a good care of yourself.

much love,
ayieq.

Faiz Syazwan said...

tieha - baiklah..thanks taw..:)

ayieq - thanks a lot ayieq..mtk2 semua berjalan lancar..:)