Wednesday, July 28, 2010

Azam baru

Salam kepada semua.

Maaf!

Aku memohon maaf di atas kelewatan membuat entri baru. Sebenarnya banyak perkara yang ingin diceritakan, tapi masa itu terlalu mencemburui aku. Semester baru, aku datang dengan azam baru. Aku selesa dengan keadaan begini. Belajar sambil menekan diri dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

Apa yang aku buat?

*Bermain luncur ais di Sunway Pyramid
*Menghadiri kelas ko-kurikulum iaitu Catur I
*Sering mengulangkaji pelajaran
*Bersenam di tasik berdekatan
*Melaksanakan diet
*Cuba menyibukkan diri dengan melakukan tugasan-tugasan dengan lebih awal

Perkara-perkara yang aku buat ini menyebabkan aku sedar beberapa perubahan dalam diri aku.

Aku perasan yang cara pemakanan aku telah berubah. Di waktu pagi, aku hanya minum Q Vital iaitu oat segera 3 dalam 1. Kemudian, di waktu tengahari aku akan makan seperti biasa, cuma aku akan lebihkan kepada sayur-sayuran. Malam pula, aku tidak makan, jika teringin, aku hanya akan memesan roti bakar. Keadaan begini membolehkan aku melatih perut untuk persediaan berpuasa di bulan Ramadhan kelak.:)

Bersenam pula membuatkan otak aku menerima lebih banyak oksigen, dan membuatkan badan aku lebih sihat. Namun, aku terpaksa berhenti sementara kerana masalah lutut yang di hadapi. kemungkinan besar disebabkan kurangnya penggunaan kaki kanan setelah kecelakaan 2 tahun lalu. Aku perlu bersabar sehingga menjalani fisioterapi. Bila agaknya nak buat temu janji fisioterapi? Mmm...

Di kelas pula, aku juga lebih memberi tumpuan. Aku perlu berubah jika inginkan kejayaan. Bukan aku tak boleh mendapat CGPA yang baik, boleh tu memang boleh. Hanya usaha dan tekad yang akan menentukan semua itu.

Oh ya, sebelum terlupa, aku akan ke UIA pada Sabtu ini (31 Julai 2010), dan akan ke MMU Cyberjaya pada Ahad ini (01 Ogos 2010). Kedua-duanya adalah berkaitan dengan graffiti. :)

Semakin hari semakin sibuk. Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 00:50 AM. Masa untuk berehat. Tidur juga perlu mencukupi.

Jumpa di lembaran lain.

Salam.

*Sedang mendengar lagu Muse - Fury.
*Sebenarnya PTPTN tinggal sedikit, kerana banyak digunakan untuk membayar hutang. :s

Saturday, July 17, 2010

Gambar yang ke-1000

Salam kepada semua.

Di petang yang sunyi, aku khusyuk membelek-belek gambar yang telah diambil menggunakan kamera telefon bimbit aku. Jadi, aku terperasan gambar yang ke-1000. Dan kini, aku muat naik ke blog ini. :)

DSC1000 - Zainatun Adilah, Nur Hazwani, Asmahan.
*Info
Camera Model - K660i
Size - 1200x1600
Focal Length - 3mm
ISO Speed - 640
Light Source - Fluorescent
Date Taken - 14/07/2010, 00:13 A.M.

*Sedang mendengar lagu Ali Mamak - Semua Naik.

Monday, July 12, 2010

Rumusan beberapa hari

Salam kepada semua.

Kecewa sebentar kerana pagi tadi aku terbangun lambat, maka secara automatik nya aku telah terponteng kelas. Takziah kepadaku. Inilah bahana menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia. Walaupun menumpang gembira dengan kemenangan Sepanyol, masih juga terselit sedikit kegusaran dalam diri.

Setelah bangun, aku bersiap-siap untuk menghantar baju ke dobi, kemudian terus ke Bank Islam untuk memindahkan wang ke akaun Fahrul, kemudiannya terus menghantar baju yang ditempah oleh Along melalui Pos Ekspres. Akhirnya aku pulang semula ke tempat dobi untuk mengambil baju. Penat juga.

Sampai di rumah, ternampak roti Gardenia yang tarikh luputnya pada hari ini. Datang idea untuk memasak roti campur telur. Akhirnya aku berjaya memasaknya. Rasanya boleh tahan juga. Maklumlah, orang bujang memasak. :D

Berbalik kepada hari Sabtu lepas. Kami telah ke Sunway Pyramid untuk bemrain luncur ais. Ini kali pertama aku meluncur ais. Setelah 3 kali terjatuh, akhirnya aku berjaya mengimbangi badan di atas ais tersebut. Seronok sangat rasanya. Aku pasti akan ke sana lagi untuk bermain luncur ais semula.

Dari kiri : Pian, Eyla, Mun, Aku, Nur, Efa, Nadia.

Roti + Telur. :D

Kita berhenti setakat ini saja, ada beberapa hal lagi yang perlu diuruskan. Sehingga berjumpa lagi. :)

*Sedang mendengar lagu Glee Cast - Gives You Hell.