Sunday, December 19, 2010

Perginya beliau


Salam kepada semua.

Beliau telah pergi untuk selama-lamanya. Alasan tentang pemergiannya memang susah untuk diterima, tapi itulah hakikatnya.

Pertama kali berjumpa adalah semasa 'Graff Jam' pada 30 Ogos 2009. Kemudian berjumpa lagi seminggu kemudiannya. Kali terakhir berjumpa adalah pada karnival 'Meeting Of Styles 2010'. Sempat juga aku mengangkat tangan kepadanya ketika itu, tanda aku masih ingat padanya.

Beberapa hari lepas, aku dikejutkan dengan berita pemergiannya. Aku terus mengimbau saat berkenalan dengannya. Dia seorang yang baik, malah peramah. Walaupun kami berlainan bangsa, itu bukan masalah. Minat menyatukan kami semua.

Semoga kau bahagia dengan pilihan itu.

Oh ya, bekas menyimpan botol semburan itu masih ada padaku, itu saja yang mengingatkan aku pada kau.

R.I.P. Jeng. You will always be on our minds. Peace.

R.I.P. Jeng.

*Gambar diambil dari 'Facebook' mendiang.

Thursday, December 16, 2010

Musykil dan percaya

Salam kepada semua.

Satu pertanyaan di sini, kerana aku agak musykil dengan sikap segelintir pasangan bercinta yang aku kenali. Aku juga bukanlah sempurna dalam perhubungan, tetapi ada beberapa perkara yang aku perlu rahsiakan dari pasangan. Ini perlu jika tujuannya untuk menjaga keharmonian hubungan, betul tak?

Ok, pertanyaan tersebut adalah, ‘Perlukah pasangan yang bercinta menukar nombor telefon masing-masing kepada pasangannya?’.

Perkara ini aku tekankan di sini kerana aku berasa diperbodohkan ketika menghubungi rakanku ini. Aku menghubungi rakanku, tetapi yang membalasnya adalah teman wanitanya. Bukankah itu sangat memalukan? Kemudian, rakanku ini menggunakan nombor telefon teman wanitanya. Jadi, tiada perkara yang bersifat rahsia boleh dibincangkan melalui teks pesanan ringkas. Aku tidak bebas membicarakan sesetengah perkara dengan rakanku. Dan aku juga tidak tahu jika rakanku ini akan menukar kembali nombor telefonnya dengan pasangannya.

Bodoh kan?

Lantak mereka lah, hak masing-masing. Haih.

Pertanyaan terakhir. Adakah itu maksudnya teman lelaki/wanita mereka tidak mempercayai pasangan mereka?

*Baru sahaja kehilangan rakan graffiti. RIP Jeng.

Tuesday, December 7, 2010

Aizat - Sungai Lui

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini

*************************************************************************************


Friday, December 3, 2010

Pengapit Pengantin

Salam kepada semua.

Ya, memang benar aku menjadi pengapit pengantin. Aku telah ditugaskan sebagai pengapit salah seorang sahabatku di Batu Pahat pada 21 & 22 November 2010. Agak terasa cuak juga, tapi itu semua dapat dikalis dengan membuat muka selamba. Ini kali pertama aku menjadi pengapit, jadi memang normal jika berasa takut. :)

Untuk tujuan itu, beliau telah menempah sepasang baju melayu berwarna emas sebagai pakaian rasmi pengapit. Untung juga, dapat baju percuma. :)

Baju melayu percuma. :)

Pasangan pengantin (Nizam & Ana)

Di meja makan damai. :)

*Penat sebenarnya jadi pengapit pengantin.

Thursday, December 2, 2010

Meeting Of Styles KL Malaysia 2010


Salam kepada semua.

Apa itu 'Meeting Of Styles' atau dalam singkatannya 'MOS"?

Baiklah, 'MOS' merupakan festival graffiti antarabangsa yang menjadi tempat pertemuan seni-seni di dalam hip-hop. Biasanya 'MOS' ini di adakan di luar negara pada setiap tahun. Dan pada tahun ini, kita seharusnya berbangga kerana menjadi tuan rumah bagi festival terkemuka ini. Ramai artis graffiti akan datang dari seluruh pelusuk dunia seperti dari Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei, Korea, Jepun, China, Amerika Syarikat, Eropah, Australia, New Zealand, Itali, Sepanyol, Portugal dan banyak lagi.

Festival ini juga adalah yang pertama diadakan di Asia. Tabik!

Dihoskan oleh :

KUL Sign Festival (Diselia oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur/DBKL)

Juga didukung oleh nama-nama berikut :

SUPER SUNDAY WRITER TEAM (MAS/SWISS)
POP COLLECTIVE (MAS)
BUMBLEBEE CONSULTANCY (MAS)
PHIBER WRYTE CONNECTIONS (MAS/SIN)
KUKUBESI MANIPULASI (MAS)

Festival ini juga mendapat kerjasama dari :

BLUBBERS COLOR(USA)
AIRASIA
NIKON
DISNEY PICTURES
CROCS
LEE
7-ELEVEN
DOOF INDUSTRIES

Turut bekerjasama :

8TV
ASTRO
BFM
AESTHETIC

Jadi, mari kita beramai-ramai datang!

Lokasi : Sungai Klang (Pasar Seni)
Masa : Sabtu (10 pagi) - Ahad (10:30 malam)

Tahun 2010 ini akan menjadi titik permulaan negara kita, Malaysia dikenali di seluruh dunia sebagai salah satu negara yang mengamalkan kebebasan berseni. Ingat, graffiti itu adalah seni. :)

*Selamat maju jaya 'Proceez'. :)