Sunday, May 22, 2011

Pendakian ke Bukit Broga

Salam kepada semua.

Selamat pagi!

Ok, Alhamdulillah, nampaknya suasana di Sungai Buloh baik-baik saja, cerah saja, belum nampak gaya untuk rintik-rintik air membasahi bumi seperti petang-petang sebelumnya. Oh, lupa pula, baru pagi, petang nanti lain ceritanya.

Berbalik kepada topik iaitu Bukit Broga. Ini pertama kali aku mendaki Bukit Broga ini. Perancangan pun tak berapa sistematik, ini semua boleh dikatakan 'main terjah' je. Tapi apa-apa pun semuanya selamat.

Perjalanan kami bermula pada pagi hari Jumaat baru-baru ini (19hb Mei 2011), iaitu pada jam 01:30 pagi. Di awal pagi ni, semua orang sedang lena dibuai mimpi, kami gigih meneruskan perjalanan ke Bukit Broga. Sebelum ke sana, kami singgah sebentar di IKBN Hulu Langat untuk santai di kolam air panas sekitar kawasan tersebut. Tapi nasib tak berapa menyebelahi kami, air panas pada malam itu sangat-sangat panas suhunya bagi kami. Kaki terasa sangat panas tatkala kami menjejakkan kaki di atas permukaan air tersebut. Mungkin bukan rezeki kami untuk merendam kaki di situ.

Kemudian, kami bergerak ke Semenyih sekitar jam 04:00 pagi melalui jalan gelap, sangat jauh rasanya. Tapi disebabkan bersemangat waja dan berkobar-kobar, kami bergembira saja di dalam kereta. Malam itu ceria.

Setelah tiba di Semenyih, kami singgah di 7 Eleven untuk mendapatkan bekalan air dan juga makanan ringan. Seterusnya kami teruskan perjalanan ke kaki Bukit Broga. Bahagia ni sangat lawak. Kami tak jumpa dengan jalan masuk ke kaki bukit. Setelah berkali-kali berpusing, kami singgah ke balai polis berdekatan untuk bertanyakan arah. Ok, ada juga gunanya polis di Malaysia ni, hahaha...

Tiba saja di kaki bukit, kami mengemaskan barang dan kelengkapan seperti kamera, tripod, khemah dan juga bekalan air dan makanan. Kami merupakan kumpulan pertama yang tiba di kaki bukit tersebut. Pendakian bermula dengan hanya berbekalkan cahaya lampu suluh dari Arif Zahran (Zack) dan juga dari cahaya 'flash' iPhone ku. Perjalanan terasa jauh akibat kegelapan kawasan tersebut.

Setelah lebih kurang 30 minit pendakian, kami tiba di puncak Bukit Broga. Keadaan masa itu masih lagi gelap, maklumlah masa itu lebih kurang jam 05:00 pagi. Aku pun lupa masa sebenar ketika itu dek kepenatan mendaki. Ini merupakan aktiviti lasak pertama aku sejak patah peha 2 tahun lalu. Tahniah untuk diri aku kerana berjaya mendaki bukit. :)

Ok, kita lihat beberapa gambar yang sempat diambil sewaktu di sana.

Berehat, kepenatan setelah mendaki.

Syaeful dan aku. Boleh jadi 'cover album' ni. :)

Maskot 'Twisties'.

'Posing' ketika mendaki. Wafa terlebih berlakon tu. :P

Perjalanan menuruni bukit.

Muka 'gembira' setelah berjaya menuruni bukit.
Alhamdulillah syukur, memang sangat gembira diberi peluang untuk mendaki bukit. Lain kali aku bercadang untuk melakukan aktiviti-aktivit lasak seperti ini lagi. InsyaAllah. :)

Berjumpa lagi di entri akan datang.

Salam.

*Plain White T's - Rhythm of Love.

2 comments:

Dekna said...

teringinnya nak naik bukit broga tu..

Faiz Syazwan said...

jom la,kita plan,pastu naik broga sama2..hehe..best woo..