Salam sejahtera kepada semua pembaca, dan juga selamat pagi.
Sejuk sungguh pagi ini, adakah kerana memang cuaca sejuk? Atau kerana kesan selepas penggunaan kipas sepanjang malam tadi. Tak kisah yang mana satu pun, yang pastinya sejuk. Warghh!
Pagi-pagi lagi aku sudah mendengar lagu menggunakan 'iPod Shuffle' ku. Agak lama juga si kecil ini menetap di dalam bekas simpanannya tanpa diusik. Baru saja malam tadi aku mengecas semula baterinya.
Dengar punya dengar, sampai ke lagu dendangan Maher Zain. Lagu yang bertajuk 'For The Rest Of My Life' itu menyentuh hati aku, tambahan pula dengan cuaca yang sejuk ni. Terasa begitu bersyukur masih hidup hingga kini, masih ada masa untuk memperbaiki diri.
Aku sangat bersyukur kerana dilahirkan dengan nikmat Islam. Dan aku juga amat bertuah dilahirkan dalam kalangan kaum Melayu dan juga sebagai anak jati Malaysia. Dibesarkan pula di dalam keadaan aman harmoni. Alhamdulillah.
Berbalik kepada lagu Maher Zain tadi, bila diamati semula, memang meremang bulu roma. Alangkah bahagianya nikmat Islam ini bagi seorang mualaf. Perasaan mereka ini sukar digambarkan. Kesyukuran mereka melebihi segolongan orang yang sememangnya sejak azali itu adalah beragama Islam.
Aku sering terfikir, alangkah bertuahnya diri ini jika hidup di zaman Nabi Muhammad S.A.W.. Jika aku diberi kesempatan berjumpa baginda, pasti aku akan menangis berjumpanya, seorang yang betul-betul sempurna dari segala aspek. Walaupun di hayat ini, adalah mustahil berjumpa dengan baginda Rasulullah, di akhirat sana pasti berjumpa dengan baginda.
Marilah kita bersama-sama berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Oh, kena bersiap-siap untuk ke tempat praktikal. Kita berjumpa lagi di entri akan datang ya.
Semoga hari ini menjadi hari yang elok untuk anda semua. :)
*Entri ini ditaip pada 18hb Oktober 2011.
No comments:
Post a Comment