Monday, November 21, 2011

21 November 2008 - 21 November 2011

Salam kepada semua.

Sudah 3 tahun rupanya sejak aku terlibat dalam kemalangan tersebut.

Walaupun sudah lama, masih terpahat di ingatan saat-saat ketika kejadian itu berlaku.

Dan aku juga ada terlibat dalam kemalangan baru-baru ini, segala yang kualami ketika itu masih lagi jelas di ingatanku.

Aku mengatakan begini bukan kerana ingin mengenang kisah lalu, tetapi kerana ingin mengingatkan diriku dengan peluang yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepadaku untuk terus hidup dan beramal.

Kakiku ini sudah 3 tahun dimasukkan besi, sehingga kini masih terasa sakitnya, dan masih belum normal dalam berjalan.

Aku tidak menyalahkan takdir, kerana dari apa yang berlaku itu, pasti ada hikmah di sebaliknya.

Alhamdulillah.

Sebelum terlambat, tahniah kepada pasukan 'Harimau Muda' B23 yang berjaya merangkul emas di dalam acara bola sepak Sukan Sea 2011.

'Proud to be Malaysian'

Tuesday, November 15, 2011

12 November 2011

Salam kepada semua.

Belum pun jejak 3 tahun aku mengalami kemalangan, iaitu pada 21 November 2008 yang lalu, pada tarikh 12 November 2011 ini aku terlibat lagi dalam sebuah kemalangan di Parit Raja, Batu Pahat.

Akibatnya, aku mengalami luka-luka dan bengkak di badan. Motorku pula mengalami kerosakan di bahagian kiri dan telah dihantar ke kedai Yamaha Batu Pahat untuk dibetulkan. Menurut tuan kedai, motorku mungkin akan mengambil masa hingga sebulan lebih untuk disiapkan berdasarkan kerosakan yang dialami.

Maka, untuk tempoh itu, aku juga sama sekali tidak akan 'mengukur jalan ' ke mana-mana lagi kerana ketiadaan kenderaan. Dengan ini, aku harus fokus pada sesi praktikal aku yang akan habis pada 23 Disember 2011 kelak.

Namun, aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberiku peluang untuk hidup walaupun kemalangan itu agak teruk. Dari kemalangan ini, aku dapat mengambil nilai-nilai positif serta aku yakin ada hikmah di sebalik semua ini.

Kepada motorku, jumpa lagi di bulan hadapan. :)

Friday, November 11, 2011

11 November 2011

Salam kepada semua.

Ya, tarikh ini mungkin agak istimewa. Tarikh ini berlaku hanya sekali dalam seribu tahun.

Pada 17 tahun yang lepas, seorang insan telah dilahirkan ke muka bumi ini. Insan itu tak lain tak bukan adalah adik aku yang berusia 17 tahun pada masa ini.

Tahun ini, dia akan menduduki peperiksaan yang sangat penting iaitu SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).

Aku dan ahli keluargaku telah merancang untuk memberinya hadiah, iaitu seutas jam tangan yang dipilih oleh aku. Ini kerana jam tangan yang aku berikan kepadanya sebelum ini telah mengalami kerosakan. Jam yang kami pilih merupakan dari jenama CASIO, dan melalui rangkaian produknya iaitu G-Shock yang sememangnya dikenali dengan ketahanannya. Aku harap jam ini akan bertahan dengan tuan barunya sama ada di dalam susah dan senang.

Semoga dengan hadiah jam tangan yang kami berikan ini akan membuatkan dia menjadi lebih bersemangat dalam menduduki peperiksaan. Dan juga aku mahu dia tahu yang kami semua menyayangi dia. :)

Casio G-Shock DW-5600MS-1
Adikku, Mohammad Aizat yang berbaju hijau. Yang lain adalah sepupu-sepupu kami.
*Mr Scruff - Kalimba