Salam, selamat petang, selamat sore kalian semua.
Kadang-kadang tu, bila fikir-fikir balik, ada benda yang kita harus bawa ke mana-mana, hampir 24 jam kadang-kadang.
Bagi aku, berikut antara barang-barang yang harus ada jika aku hendak ke mana-mana, terutamanya ketika keluar dalam jangka masa yang lama.
1. Jam tangan
-Benda ni sangat wajib di bawa. Fungsi utama sudah tentu untu melihat masa. Bila tak pakai walaupun untuk seketika, rasa lain macam je. Ok, jam ni dari jenama Casio (G-shock G-5500AL-1), berusia hampir 2 tahun setengah di tangan aku.
2. Cermin mata
-Sangat wajib di bawa, sebabnya aku rabun. Nak memandu kereta, nak menunggang motosikal, nak tengok keadaan sekeliling. Jadi, mata kena betul-betul awas. Cermin mata ni, menggunakan bingkai Oakley Holbrook. Cermin kanta menggunakan kanta jenis 'photochromic' yang mana ianya akan berubah menjadi gelap apabila terdedah dengan sinaran UV yang banyak.
3. 'External battery casing phone'
-Antara yang wajib. Sebagai sumber kuasa untuk telefon bimbit, tapi yang ini unik sedikit. Sebabnya, ia merupakan 'external battery' dan juga sebagai 'phone casing'. Jenama Mophie, berharga sekitar RM250, dan berupaya membekalkan sehingga 2000mAh kepada iPhone 4 aku. Sudah berkhidmat denganku hampir 2 tahun setengah.
4. 'Wallet'
-Paling wajib, sebab ada duit, dan dokumen-dokumen berkaitan seperti kad pengenalan, lesen memandu dan sebagainya. Yang ini dari model Leno, dihadiakan oleh yang tersayang pada ulangtahun hari jadi yang ke-24. Berusia hampir setahun setengah.
5. Telefon bimbit
-Sangat wajib di bawa, sebab mengandungi banyak benda-benda berkaitan terutamanya sebagai medium perhubungan. Model telefon bimbit aku dari model Apple, iaitu iPhone 4. Sudah hampir 2 tahun setengah berkhidmat. Masih hebat seperti dulu. Dan telah banyak berjasa kepada tuannya. :)
Disebabkan beberapa faktor seperti penggunaan telefon bimbit yang kerap, aku sedang berkira-kira untuk mendapatkan sebuah 'powerbank' untuk kegunaan jangka masa panjang. Yang kini menjadi 'target' sudah tentu daripada model 'Pineng' yang berkapasiti 16800mAh. :)
1 comment:
https://nhacchuonghay.info/nhac-khong-loi/,
https://nhacchuonghay.info/nhac-hai-huoc/,
https://nhacchuonghay.info/,
Post a Comment