Wednesday, July 29, 2009

Kembali ke UiTM

Salam.

Setelah beberapa hari aku berada di kampung, terterbit kebosanan dalam diri. Setelah tiba di Batu Pahat, aku mula di ajak keluar berjalan-jalan pusing bandar oleh sahabat-sahabat handai yang sentiasa mempunyai kelapangan (anda tahu apa maksudnya). Aku cuma mengikut sahaja. Pada hari Ahad, aku mengikut mereka ke studio jam, maklumlah mereka sentiasa mempunyai kelapangan, jadi 'Jamming' adalah kegemaran mereka. :)

Kemudian, hari Isnin aku selamat menjalani pemerkisaan di Hospital Batu Pahat. Keputusannya, Alhamdulillah ada juga perkembangan di dalam tisu tulangku. Telah ada tanda-tanda tulangku bercantum kembali walaupun mengambil masa sehingga 9 bulan sejak kemalangan. Doktor juga memberitahu ada lebih kurang 20% untuk tulangku bercantum sepenuhnya. Aku besyukur kepada Allah. Kemudian, akan ada lagi pemeriksaan seterusnya pada 28 September 2009. AKu juga memohon kepada doktor supaya membuat surat untuk melakukan pemeriksaan di HTAR Klang sahaja, lebih dekat, dan senang untukku menjalankan pemeriksaan.

Selesainya pemeriksaan, aku dan sahabtku iaitu Zaireen ke pejabat MAA untuk membuat insurans untuk motor Lagenda ku. Aku memilih 'First Party' insurans kerana ianya lebih menyeluruh. Semuanya berkos RM152. Untuk cukai jalan (road tax) pula, adalah RM2.

Maka, bermulalah misi menjelajah bandar Batu Pahat dengan motorku. Akhirnya bernyawa semula motorku, terima kasih kepada ayah. :) Dan berterima kasih kepada sahabatku yang mengajakku merayap sehingga lewat malam, hahaha...

Maka, untuk mengelakkan aku merayap sehingga lewat malam tanpa arah, aku memutuskan untuk pulang ke Shah Alam pada 29 Julai 2009 iaitu hari ini. Dan aku dah berada di Shah Alam sekarang, sedang menaip entri istimewa ini (perasan lebih).

Tugas yang perlu dilaksanakan adalah menghantar cek bernilan RM1450x2 kepada Mr. Steve, kemudian ke HTAR Klang untuk menetapkan masa temu janji seterusnya, membayar yuran UiTM, dan melakukan 'validation' kos.

Semoga semuanya berjalan lancar. InsyaAllah.

Ok lah kawan-kawan, semoga bertemu di entri akan datang.

Salam.

5 comments:

Anonymous said...

glad to hear dat ur kaki is getting beter day by day..

;)


tke care k..?




eh..da blik s.alm..??


awlnye..bkn cuti smpai 2 ke..?

Faiz Syazwan said...

haha..dah balik pun,bosan duk mah la..xtaw nak watpe except merayap je..haih..

Anonymous said...

ooo..xpe ea cmtu..?

khayze said...

dok sah lam buat pe je weyh????

hehe.

Faiz Syazwan said...

tieha - xpe je..haha..duk cn on9 jela semata2..:)

khay - mstilah aku on9 je..kat mah x laju mcm kat cn la..gne digi lmbt,baik gne streamyx..promote ni..hehehe..:P