Salam kepada semua.
Agak lama aku tak mengemaskini blog ini. Aku lebih menumpukan perhatian terhadap pelajaranku. Harap maaf. Namun, aku mempunyai juga kesempatan untuk menulis sedikit perkara di sini.
Pertama, hidup aku di Shah Alam tak seperti di rumah di Batu Pahat. Ada perbezaan ke?
Memang berbeza, di Shah Alam, aku hanya makan 2 kali sehari, maka dengan itu, aku akan mengurus secara automatik. Hahaha... Ini bukan gurauan walaupun aku rasa agak kelakar. Kenyataannya, sehari aku akan menggunakan RM10 untuk makan sahaja. Agak mahal bukan?
Kedua, aku akan ke fakulti dengan cara menumpang kawan. Wah! Agak sedih saja bunyinya buka. Kadang-kadang aku terasa seperti menyusahkan kawan-kawan saja. Tapi kawan-kawanku juga memahami keadaan aku. Alhamdulillah. Aku berharap pada satu hari nanti, aku akan dapat membalas jasa kawan-kawanku.
Ketiga, aku telah belajar subjek baru iaitu 'Programming C++'. Agak menarik juga kerana kau pernah mempelajarinya sebelum ini semasa berada di dalam program Asasi. Sekurang-kurangnya aku lebih memahami subjek ini kerana telah mempelajarinya sebanyak 2 kali.
Keempat, aku agak terperanjat kerana sepanjang aku berada di fakulti, kelihatan ramai juga orang yang berbasib seperti aku. Sama-sama bertongkat, namun dalam hati mereka, masih lagi tabah menghadapi ujian. Semoga mereka semua di kuatkan hati untuk bertahan hingga ke akhir. Oh, seperti berperang pula bunyinya. Hahaha... :P
Dan akhirnya, esok iaitu 24hb Julain 2009, aku akan mempunyai 'test' untuk subjek calculus. Semoga di permudahkan bagiku semasa menjawab. InsyaAllah.
Kepada Tieha yang dah berada di UPM, di harap dapat bersabar dan dapat mebiasakan diri dengan cepat di UPM. InsyaAllah Tieha boleh. Ganbatte kudasai (Do your best).
Baiklah, sampai sini saja nukilan aku. Berjumpa lagi di lain. InsyaAlah.
Salam.
8 comments:
yeahh chaiyok2 you two!(tieha n paes)
heh :P
hehe. standard mkn kt sane rm10 seari kan. mahal btol.
cptnye test calculus.. ak ad subjek x msk chapter 1 lagi. intro je sume.. aduhai.. =)
ak juge jmpe ramai org yg bertongkat. tp bkn kao.. hehe
tfa - haha..tengkiu2..kami akan berusaha sebaik mungkin..lalala..
khay - ha,mmg pun,lunch je dah abes rm4,makan mlm poun rm4..kira rm2 untuk air la (lunch+dinner),mmg abes rm10 la kan..ades..haha..
aku br lps test,lg 2 mggu ada lg..haha..siut tol calculus ni..asek2 nak test je kan..haha..
aku bertongkat,tp macho la..cuba cr..haha..:P
macho la sangatttttt.hahaha
tfa - hahaha..betul apa?:P
ini kebenaran,cuma nak tegakkan kebenaran je.hahaha..
huhuuuu.. ganbatte faiz!!! n so do i...
;)
hehe..all the best for us..:)
yepp! ;)
Post a Comment