Wednesday, September 16, 2009

Menjawab tag dari Fawani lagi

Salam kepada semua.

Disebabkan dah nak bermula cuti raya, aku mengambil masa yang lapang sebelum balik ni dengan menjawab tag dari Fawani. (Esok 17hb September ada ujian Calculus, :P).

1. Apa perasaan anda sekarang?
Mengantuk, sebab penat menaik taraf Windows XP.

2. Saya nak makan?
Nasi kerabu lauk paru. Kegemaran sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. :)

3. Impian saya?
Membahagiakan keluarga.

4. Haiwan yang saya tak suka?
Ulat sampah.

5. Saya harapkan?
Segala amalan saya diterima oleh Allah S.W.T. dan sentiasa mendapat keredhaan-Nya.

6. Jika boleh putarkan masa?
Mustahil.

7. Saya pada 10 tahun akan datang?
Seorang yang berjaya dalam bidang yang diceburi. InsyaAllah.

8. Handphone saya adalah sebuah?
Alat perhubungan dengan rakan-rakan. Model Sony Ericsson K660i.

9. Saya pernah bercinta sebanyak?
Banyak kali. Cinta teragung adalah cinta kepada Allah S.W.T.

10. Saya suka pada?
Bearbrick!

11. Kawan-kawan saya?
Sangat baik, terima kasih sahabat!

12. Pernah dikhianati?
Pernah juga.

13. Apa yang anda hendak lakukan terhadap dia?
Siapa si dia ni?

14. Senaraikan 8 orang untuk d itag?
- Tfa
-Mira
-Ash
-Tieha

Sekian!

Sunday, September 13, 2009

Perlancaran blog rasmi Proceez



Jangan malu, jangan segan. Berkunjunglah ke blog rasmi Proceez di : Proceez Propaganda

Saturday, September 12, 2009

Saya suka ini!

Salam.

Saya suka lagu ini -> 2pac - Ghetto Gospel

Silakan memuat turun, jangan malu-malu. :)


Tuesday, September 8, 2009

Friday, September 4, 2009

Hati lebih mengerti segalanya

Hidup ini penuh cabaran, rintangan, dan segala halangan. Semua itu berlaku untuk membina manusia menjadi lebih kreatif, lebih berdaya saing, lebih bijak mencari jalan penyelesaian dan banyak lagi perkara positif lain.

Aku, menerima semua ujian yang mendatang, walaupun pahit untuk ditelan dan memeritkan, dengan redha. Aku belajar untuk menuntut ilmu sebagai satu fardhu kifayah. Banyak lagi ilmu dalam dunia ini yang belum diteroka. Yang telah ditemui juga banyak. Aku bukan ilmuan yang boleh menguasai banyak jenis ilmu, tapi aku juga ada kemahuan untuk menguasai ilmu-ilmu yang ada.

Sepanjang aku hidup, aku telah menghabiskan usia dari 5 tahun hingga ke 21 tahun (sekarang) semata-mata untuk mendalami pelbagai ilmu. Aku tak pernah terfikir untuk belajar semata-mata untuk peperiksaan atau ujian. Aku belajar kerana ingin memenuhkan ilmu di dada, dan dapat menggunakan ilmu tersebut ke arah kebaikan. Belajar untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T. Menuntut ilmu sebagai bekalan untuk mengharungi ranjau kehidupan di dunia. Tapi, banyak dari ilmu yang aku tuntut seolah-olah lenyap dari mindaku. Aku akui memang aku mempunyai masalah 'Short Term Memory' atau lebih senang di panggil pelupa. Sebab itu, aku sering belajar 'Last Minute'. Tapi seolah-olah ruang simpanan di otakku akan mem'format' semua data-data selepas aku selesai menduduki peperiksaan, contohnya.

Aku terfikir, adakah aku perlu belajar dengan lebih tekun untuk berjaya menyimpan dan memanfaatkan ilmu-ilmu yang telah ku pelajari?

Kemudian, aku sedar, aku seolah-olah semakin jauh dari Allah S.W.T. Aku terasa tahap keimanan juga semakin berkurangan. Aku mengikuti usrah, tapi kadangkala terfikir, kalau kita mengikuti usrah, sepatutnya kita lebih beringat-ingat. Namun, aku keluar berjalan, kadangkala memakai seluar pendek. Adakah itu tanda orang yang beringat-ingat?

Belakang cerita.

Al-Quran, mukjizat terulung yang diturunkan kepada nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Berapa lama aku tidak menyentuhnya, apatah lagi membacanya. Sudah lama sangat. Aku seolah-olah merasakan hidup ni tiada keberkatan jika kita melupakan membaca Al-Quran. Setiap hari, aku terniat untuk membacanya, namun niat hanya tinggal niat, tak terlaksana dek hasutan duniawi.

Buat julung kalinya, aku telah 'skip' kelas. Banyak juga. Kenapa?

Pertama, aku tak suka dengan gaya mengajar pensyarah yang terlalu tegas. Aku yang pada mulanya bersemangat, menjadi tertekan, sehingga takut untuk masuk ke kelas. Di manakah niat asal aku? Aku hanyut.

Kedua, aku sering masuk lambat ke kelas walaupun aku telah bersiap awal. Aku tetap akan masuk lambat juga. Kenapa?

Kerana aku menumpang kenderaan orang. Di sini, semangat aku juga beransur-ansur luntur, hingga menjadi malu kerana sering masuk lambat ke kelas. Aku teringin membawa motorku sendiri ke Shah Alam, tapi seperti ayah akan menghalang niatku. Banyak kali juga ayah membebel disebabkan aku pernah terlibat di dalam kemalangan. Katanya, membawa motor akan melalaikan aku. Kedua, sangat berbahaya. Aku sedar ada betulnya, tapi fahamkah ayah bahawa aku semakin kehilangan semangat belajar?

Bagaimana pula dengan menaiki bas? Sudah tentu boleh, tapi sehari aku terpaksa menyediakan RM1 untuk menaiki bas. Kalau 100 hari? RM100 dah. Bukankah boleh berjimat? Bagi aku, menaiki motor lebih jimat, cepat dan fleksibel. Walaupun menaiki bas lebih selamat, betul ke?

Semester ini, aku tidak mendapat PTPTN. Ini semua gara-gara PNG aku yang di bawah 2.o. Jadi, semua kos makan minum, sewa rumah, bil air dan api, ditanggung sepenuhnya oleh keluargaku. Di mana tanggungjawab aku untuk meringankan beban keluarga?

Adakah aku masih tak sedar diri lagi?

Orang kata, cabaran dan dugaan mengajar erti kehidupan.

Terimalah dengan redha.

Hero of War

Thursday, September 3, 2009

Kakiku sering sakit-sakit lagi


Salam kepada semua.

Kebelakangan ni, aku sentiasa mengalami kesakitan di bahagian peha kananku. Adakah disebabkan aku lasak sangat? Aku rasa setakat ni tiada sebarang perkara lasak yang aku lakukan selain berjalan tanpa tongkat. Lasak ke tu? Berjalan di bazar pun sering mengalami kesakitan.

Atau mungkin kerana aku berjalan jauh sangat? Menggunakan kaki tanpa had, seperti dulu kala?

Aku faham, aku tak seharusnya melakukan sesuatu yang melebihi keupayaan pada masa ni.

Walaupun aku mengalami kekejangan kaki selepas Graff Jam pada hari Ahad lepas, aku masih berpuas hati kerana sekurang-kurangnya aku berjaya menunaikan salah satu impian aku. Alhamdulillah.

Selepas ini, aku akan mengambil langkah berhati-hati apabila ingin melakukan kerja.

InsyaAllah.

Tuesday, September 1, 2009

Graff Jam 2009 - Misi berjaya

Salam kepada semua.

Semalam, aku telah menyertai Graff Jam yang dianjurkan oleh Thalanjang, dan juga The Super Sunday. Bermula dari jam 3 petang hingga ke malam. Tapi aku berjaya menyiapkan 'piece' yang dibuat bersama rakanku iaitu 'Peroltz'. Kami pulang seawal jam 8 malam selepas berbuka dan solat Maghrib.