Friday, September 4, 2009

Hati lebih mengerti segalanya

Hidup ini penuh cabaran, rintangan, dan segala halangan. Semua itu berlaku untuk membina manusia menjadi lebih kreatif, lebih berdaya saing, lebih bijak mencari jalan penyelesaian dan banyak lagi perkara positif lain.

Aku, menerima semua ujian yang mendatang, walaupun pahit untuk ditelan dan memeritkan, dengan redha. Aku belajar untuk menuntut ilmu sebagai satu fardhu kifayah. Banyak lagi ilmu dalam dunia ini yang belum diteroka. Yang telah ditemui juga banyak. Aku bukan ilmuan yang boleh menguasai banyak jenis ilmu, tapi aku juga ada kemahuan untuk menguasai ilmu-ilmu yang ada.

Sepanjang aku hidup, aku telah menghabiskan usia dari 5 tahun hingga ke 21 tahun (sekarang) semata-mata untuk mendalami pelbagai ilmu. Aku tak pernah terfikir untuk belajar semata-mata untuk peperiksaan atau ujian. Aku belajar kerana ingin memenuhkan ilmu di dada, dan dapat menggunakan ilmu tersebut ke arah kebaikan. Belajar untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T. Menuntut ilmu sebagai bekalan untuk mengharungi ranjau kehidupan di dunia. Tapi, banyak dari ilmu yang aku tuntut seolah-olah lenyap dari mindaku. Aku akui memang aku mempunyai masalah 'Short Term Memory' atau lebih senang di panggil pelupa. Sebab itu, aku sering belajar 'Last Minute'. Tapi seolah-olah ruang simpanan di otakku akan mem'format' semua data-data selepas aku selesai menduduki peperiksaan, contohnya.

Aku terfikir, adakah aku perlu belajar dengan lebih tekun untuk berjaya menyimpan dan memanfaatkan ilmu-ilmu yang telah ku pelajari?

Kemudian, aku sedar, aku seolah-olah semakin jauh dari Allah S.W.T. Aku terasa tahap keimanan juga semakin berkurangan. Aku mengikuti usrah, tapi kadangkala terfikir, kalau kita mengikuti usrah, sepatutnya kita lebih beringat-ingat. Namun, aku keluar berjalan, kadangkala memakai seluar pendek. Adakah itu tanda orang yang beringat-ingat?

Belakang cerita.

Al-Quran, mukjizat terulung yang diturunkan kepada nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Berapa lama aku tidak menyentuhnya, apatah lagi membacanya. Sudah lama sangat. Aku seolah-olah merasakan hidup ni tiada keberkatan jika kita melupakan membaca Al-Quran. Setiap hari, aku terniat untuk membacanya, namun niat hanya tinggal niat, tak terlaksana dek hasutan duniawi.

Buat julung kalinya, aku telah 'skip' kelas. Banyak juga. Kenapa?

Pertama, aku tak suka dengan gaya mengajar pensyarah yang terlalu tegas. Aku yang pada mulanya bersemangat, menjadi tertekan, sehingga takut untuk masuk ke kelas. Di manakah niat asal aku? Aku hanyut.

Kedua, aku sering masuk lambat ke kelas walaupun aku telah bersiap awal. Aku tetap akan masuk lambat juga. Kenapa?

Kerana aku menumpang kenderaan orang. Di sini, semangat aku juga beransur-ansur luntur, hingga menjadi malu kerana sering masuk lambat ke kelas. Aku teringin membawa motorku sendiri ke Shah Alam, tapi seperti ayah akan menghalang niatku. Banyak kali juga ayah membebel disebabkan aku pernah terlibat di dalam kemalangan. Katanya, membawa motor akan melalaikan aku. Kedua, sangat berbahaya. Aku sedar ada betulnya, tapi fahamkah ayah bahawa aku semakin kehilangan semangat belajar?

Bagaimana pula dengan menaiki bas? Sudah tentu boleh, tapi sehari aku terpaksa menyediakan RM1 untuk menaiki bas. Kalau 100 hari? RM100 dah. Bukankah boleh berjimat? Bagi aku, menaiki motor lebih jimat, cepat dan fleksibel. Walaupun menaiki bas lebih selamat, betul ke?

Semester ini, aku tidak mendapat PTPTN. Ini semua gara-gara PNG aku yang di bawah 2.o. Jadi, semua kos makan minum, sewa rumah, bil air dan api, ditanggung sepenuhnya oleh keluargaku. Di mana tanggungjawab aku untuk meringankan beban keluarga?

Adakah aku masih tak sedar diri lagi?

Orang kata, cabaran dan dugaan mengajar erti kehidupan.

Terimalah dengan redha.

Hero of War

3 comments:

Ash said...

kadang2 hidup ni rasa macam serba tak kena.. kena sabar ye!

arriefa said...

sOri ek...br nk jOt kOmen ari ni...sediy ble bace...sbb mksdnye mndlm...faiz kene saba n terangkn kt ayh btOl2...n yakinkan die mende buruk tu x kn jadi lg...die risau faiz akn eksiden lg...+ x jd keje kl da de extra kaki ni...sedangkn sbenanye ssh nk bergerak ke mane2 + tgk plak Org lain de transpOrt sndiri...nape tidak kte kn? hmm...saba tau...jOm dOa same2=)hOpe faiz dpt kete..senang n x terlalu bhy=)

Faiz Syazwan said...

Ash - hidup mmg byk dugaan..tp kita kena hadapi gak..mmg kdg2 terasa menghiris2 hati,tp nak wat camne..kne kuatkan hati!

Iefa - mm,mmg betul pun,dia xnk anak dia xcdnt lg,tp mslhnya tu la,klu slalu nak pnjm mtr kwn,terasa malu gak..kdg2 br nak pnjm dah tny nak ke mana,tambah2 kalau kwn tu lak nak gne mtr,segala planning kt pun jd mcm bercelaru..susah xde transport sndiri ni..

nak keta bley je,tp lesen keta mna da..kne amek lesen keta dulu..haih..